Apa sudah jadi dengan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional dikala ini. Mereka bukan sahaja sukar turun padang, tidak ambil tahu tentang kesusahan rakyat. I bet, mereka ni tak tahu pun tentang kejatuhan harga getah secara mendadak!
Sebelum PRU-12 harga getah melambung hingga RM4.50 sekilo. Selepas sahaja pilihanraya harga getah dah mula beransur-ansur turun, kini harga getah diparas dibawah RM2.00 sekilo. Orang-orang kampong sudah mula mengeluh. Orang-orang UMNO di kampong semacam tak percaya harga getah sudah jatuh sedemikian rupa.
Masa harga getah naik dulu, kita telah beritahu mereka bahawa harga ini naik kerana komoditi itu naik diperingkat antarabangsa, bukan kerana perlakuan oleh Kerajaan UMNO/BN. Mati-mati mereka marah kepada kita sebagai tidak bersyukur dan cemburu kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Rasa-rasanya nak pulangkan paku buah keras kepada puak-puak UMNO ini. Sekarang terimalah parahnya, kalau harga getah naik, itu kerana UMNO pandai memerintah; dan kini harga getah turun tidakkah ia bererti bahawa UMNO tak pandai memerintah? Ke ada alasan lain kali ini? Itulah nasib orang UMNO, selalu menjadi ayam daging, tak tahu bahawa mereka nak kena sembelih!
Ahli-Ahli Parlimen UMNO pulak, udahlah tak ambil tahu tentang keresahan rakyat; tugas mereka di Parlimen pun, mereka abaikan.
Sebagai Ahli Parlimen, mereka kena hadir di Parlimen, terlibat dengan perbahasan, memberi kupasan yang bernas supaya tak sia-sia pengundi-pengundi menghantar mereka kesana.
Tetapi brand Ahli-Ahli Parlimen BN ni, hanya pandai berjenaka di Parlimen, tidak serius didalam perbahasan, dan takut untuk mendengar kupasan yang bernas dari pihak Pembangkang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi masa selama 5 jam untuk menghujahkan kupasannya terhadap Bajet yang dibentangkan oleh bekas Menteri Kewangan. Tetapi bukan sahaja bekas Menteri Kewangan itu gagal menghadiri Parlimen, Menteri Kewangan yang baru pun gagal dan Menteri Kewangan Kedua pun gagal menghadiri sidang Parlimen.
Kalau udah takut benar untuk berhadapan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan takut untuk mendengar hujah Ketua Pembangkang itu, lepaskan sahajalah jawatan di dalam Parlimen dan Kerajaan kerana anda semua sudah tidak layak bergelar Menteri-Menteri.
Adapun Ahli-Ahli Parlimen BN yang lainnya bermegah pula bahawa mereka tidak menghadirkan diri semasa penghujahan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Barisan Nasional yang ada pada hari ini adalah yang paling lemah. Semasa hendak diadakan Pilehanraya Kecil Permatang Pauh suara-suara dari Utara, Pantai Timur dan Selatan dari kalngan pimpinan UMNO mencadangkan supaya Barisan Nasional memboikot Pilehanraya itu. Pernah dengar tak sebelum ini Barisan Nasional memboikot pilehanraya? Tak pernah, kan? Jadi, bila UMNO/BN mahu bokot Pilehanraya, ini bererti parti itu sudah mulai senget!
Sekarang, ertinya semalam 13.10.08, mereka memboikot Parlimen pulak. Apa makna ni, ini bermakna Barisan Nasional sudah hilang halatuju, dan mudah cakapnya, BN sudah menjadi semakin tidak relevan.
Rakyat semakin yakin kini bahawa UMNO/BN sudah tidak berperanan di Negara ini dan keyakinan inilah yang akan membawa PR ke Putrajaya!
No comments:
Post a Comment