PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, December 31, 2009

Melangkah Ke Tahun Baru

Saudara-saudara seperjuangan,
Mengambil kesempatan menempuh Tahun Baru, sedikit gurindam untuk ingatan diri saya dan kita bersama.
SELAMAT TAHUN BARU !

Melangkah kita ke tahun hadapan
Pasti berhasrat dengan harapan,
Agar dikurnia segala kebaikan,
Dari Allah penuh keRahmatan,
Namun wajib jua menjadi ingatan,
Usia makin menghampiri penghujungan,

Kulit tegang sudah pun kendor,
Gigi garang sudah berterabor,
Rambut perang dah putih mengapor,
Lebat atau jarang, habis dah gugor,
Mata nan terang sudah mula kabur,
Dunia menendang, "mari" kata kubor!

Olih itu, mari kita menghitungkan diri,
Agar dihari kemudian tidak dikesali,
Setiap di Suruh wajip dipatuhi,
Setiap larangan kita bersama menjauhi,
Bersihkan amal, serta sucikan hati,
Agar dalam iman kita kembali.
Ameen...Ya Rabbul 'alameen.

Arfauzi. 64

SELAMAT TAHUN BARU 2010 DARIPADA PKR CABANG BERA

BANDAR BERA 31 DISEMBER 2009 / KHAMIS:

Kehadiran 01 Januari 2010 esok diharapkan membawa sinar yang lebih gemilang kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya di Bera ini. Sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat umumnya dan PKR sendiri khususnya semakin mendapat sambutan rakyat. Di Bera sendiri. di sepanjang tahun 2009 lalu berbagai usaha telah kita lakukan bagi ‘menjenamakan’ semula serta memperkenalkan PKR di Bera ini khususnya sejurus selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke 12 lalu.

Kita yakin PKR boleh diterima rakyat khususnya kepada mereka yang telah sekian lama di tindas atau di anak tirikan oleh Umno/BN di Bera ini.

Adalah menjadi harapan kita di tahun 2010 nanti, aktivit yang bakal dijalankan dapat disertai bersama oleh penduduk-penduduk di Bera ini khususnya kepada mereka yang bersimpati kepada perjuangan kita selama ini.

Pimpinan PKR Cabang Bera menyeru kepada semua khususnya kepada penduduk-penduduk di Bera ini terutamanya kepada penyokong PKR yang masih belum mendaftarkan diri sebagai ahli agar menyegerakan dirinya untuk menjadi ahli yang sah PKR sebagai sumbangan yang tidak ternilai kepada parti bagi menjayakan hasrat kita menawan Bera khususnya di PRU 13 nanti.

Sebagai akhir, sekali lagi pimpinan PKR Bera mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010, Selamat Tinggal 2009 dan Selamat Datang 2010!


DARIPADA;
JAWATANKUASA PIMPINAN PKR
CABANG BERA
SESI 2007-2010.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PADA 01 FEBRUARI - 15 MAC 2010

Menurut sumber Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), tempoh Mesyuarat Agung Tahunan Cabang-Cabang PKR di seluruh negara akan bermula dari 01 Februari 2010 sehingga 15 Mac 2010 nanti.

Ini bermakna setiap cabang parti hendaklah mengadakan mesyuarat cabang didalam tempoh tersebut. Manakala Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula akan diadakan pada 28, 29 dan 30 Mei 2010, namun begitu tempat dimana perhmpunan itu bakal diadakan masih belum ditetapkan.

Tuesday, December 29, 2009

KENYATAAN AKHBAR P.SARAWANAN, TIMBALAN KETUA AMK BERA

KENYATAAN JAWATANKUASA BERTINDAK SKJT LADANG MENTERI, SDR P.SARAWANAN YANG JUGA TIMBALAN KETUA AMK BERA MERANGKAP EXCO ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) MALAYSIA DI AKHBAR SINAR HARIAN BERA HARI INI 29/12/2009

ISU SJKT : SERAH MEMO KEPADA PM

BERA – Walaupun isu projek pembinaan Bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Menteri dan SJKT Ladang Kemayan sudah dijelaskan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan MIC Bahagian Bera, namun terdapat pihak yang mempertikaikannya.

Isu murid India menumpang bangunan sekolah di daerah ini telah diperjuangkan golongan berkenaan sejak hampir 30 tahun lalu, yang diwakili oleh MIC Bahagian Bera ketika itu.

Malah, sehingga ini, gerakan terbabit masih memperjuangkan perkara sama, sehinggalah kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan besar bagi membina bangunan baru bagi kedua-dua sekolah itu.

Perkara yang sama juga turut dijelaskan Jabatan Pelajaran Negeri awal Disember lalu dalam siaran akhbar terbitan Sinar Harian, yang mengesahkan Kementerian Pelajaran Malaysia meluluskan peruntukan sebanyak RM1,476 juta bagi membina SJKT Ladang Menteri.

Berdasarkan laporan terbabit, projek itu mengandungi dua blok bangunan membabitkan enam bilik darjah dan blok pentadbiran.

Semalam, Jawatankuasa Bertindak SKJT Ladang Menteri mewakili ibu bapa dan penjaga murid sekolah ini mahu projek pembinaan sekolah baru itu disegerakan tanpa ada sebarang faktor terbengkalai.

Pengerusi, P Sarawanan berkata, suara hati masyarakat India di daerah ini termasuk komuniti luar kawasan ini menandatangani satu memorandum mengenai masalah ini.

Menurutnya, selama lebih 30 tahun, murid India di daerah ini terpaksa menumpang di sekolah lain untuk menimba ilmu.

“Banyak masalah yang timbul berikutan masalah ini, dan kita berharap masalah kelewatan pembinaan sekolah ini dapat diatasi dengan lebih bijak dan progresif daripada semua pihak.

“Murid kaum India terlalu banyak ketinggalan daripada asepk akademik dan ko-kurikulum, berikutan perkongsian bilik darjah dan masa pembelajaran waktu petang yang kurang sesuai, terutama bagi murid Tahap Satu,”
katanya kepada Sinar Harian.

Sarawanan tidak menafikan projek pembinaan bangunan sekolah telah pun dimulakan sejak 3 November lalu, tetapi tiada sebarang perkembangan untuk Projek SJKT Ladang Kemayan.

Katanya, walaupun kerja-kerja meletakkan batu asas itu telah pun dijalankan dua tahun lalu, termasuk papan tanda telah dinaikkan, tetapi kawasan seluas enam ekar itu kini menjadi semak-samun.

Menurut beliau, tindakan jawatankuasa bukanlah mahu mengeruhkan keadaan, tetapi mahu masalah ini diselesaikan dengan cara lebih baik dan segera serta tidak lagi ditangguhkan.

Sinar Harian difahamkan, sebelum ini juga, peruntukan RM250,000 telah disalurkan untuk permulaan pembinaan bangunan baru SJKT Ladang Kemayan, termasuk derma orang ramai berjumlah RM50,000.

Menurut Sarawanan, dengan jumlah RM300,000 itu sepatutnya banyak pembangunan yang telah dimulakan dan tidak sepatutnya masalah ekonomi mengganggu kerja-kerja pembinaan terbabit.

Beliau berkata, sebuah persatuan akan menghantar surat kepada SPRM untuk menyiasat perkara ini, supaya nasib masyarakat India di Bera mendapat pembelaan sewajarnya.

Memorandum masalah pembinaan sekolah itu diserahkan kepada 17 orang individu, termasuk Perdana Menteri, Menteri Pelajaran Malaysia, Menteri Besar Pahang dan Menteri Kerja Raya.

Hadir sama, Presiden Persatuan Penasihat Pengguna-pengguna Malaysia, Varatharajoo Murugan.

MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KE 9 / 2009 (27 DISEMBER 2009) PKR CABANG BERA

BANDAR BERA, 27
DISEMBER 2009 / AHAD:

Mesyuarat JawatanKuasa bulanan Cabang Bera kali ke 9 / 2009 (kali terakhir untuk tahun 2009) ini telah berlangsung dengan jayanya apabila 14 daripada 18 Ahli Jawatan Kuasa (AJK ) hadir semalam untuk bersama membincangkan beberapa agenda penting PKR lebih-lebih lagi perancangan untuk tahun 2010 nanti.

Di mesyuarat tersebut, sebanyak tiga agenda utama untuk PKR Bera dibincangkan yang mana ianya lebih terarah kearah perancangan dan penyusunan peringkat cabang untuk tahun hadapan 2010 yang akan menjengah beberapa hari lagi. Antara perkara-perkara yang dibincangkan tersebut ialah seperti;

1) Mencari seramai 20 orang perwakilan PKR Bera untuk ke Konvensyen PKR Negeri Pahang pada 16-17 Januari ini yang dijangka dibuat di Kuantan, Pahang.

2) Membincangkan Takwim Aktiviti bagi PKR Cabang Bera untuk sepanjang tahun 2010 nanti.

3) Membincangkan persiapan awal untuk Mesyuarat Agung Tahunan Cabang nanti yang dijadualkan berlangsung mulai 01 Februari 2010 sehingga 15 Mac 2010 nanti. Manakala Kongres Nasional PKR pula akan berlangsung pada 28, 29 dan 30 Mei 2010 nanti.

Pada mesyuarat semalam yang diadakan di Pejabat PKR Bera, seramai 20 orang yang terdiri daripada AJK cabang, AMK serta wakil wanita telah dipilih untuk menghadiri konvensyen yang bakal berlangsung di Kuantan nanti pada 16-17 Januari 2010 ini.


Pihak PKR Bera semalam juga telah menetapkan beberapa aktiviti peringkat cabang Bera akan dibuat dan ini selaras dengan dasar kita untuk mengaktifkan secara ‘all out’ segala program di sepanjang tahun depan mulai Januari 2010 ini. Beberapa perkara dan faktor keperluan ianya perlu diadakan serta sesuai dan ‘relevan’ di peringkat cabang PKR ini telah di ambil kira.

Antara aktiviti yang telah diluluskan untuk di buat pada tahun hadapan ialah kursus PACA peringkat cabang Bera, Kursus pengukuhan dalaman parti, perayaan ulangtahun Ke 5 PKR di Bera, penyerahan bantuan hari raya, jamuan rumah terbuka cabang disamping program ceramah-ceramah yang lazim diadakan sebelum ini.

Semua program dan aktiviti yang dirancangkan ini akan dipantau secara berterusan dan dibincangkan diperingkat biro di setiap kali mesyuarat bulanan J/Kuasa PKR Bera di adakan. Disamping itu juga aktiviti di peringkat biro, ranting serta kerjasama bersama NGO di Bera ini akan terus di pertingkatkan dan dimasukkan ke dalam Takwim mengikut kesesuaian kita.

Mesyuarat ini yang bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira satu jam setengah kemudian nya juga telah bersetuju untuk menetapkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang & Pemilihan Jawatan Kuasa PKR untuk sesi 2010-2013 di rancang untuk diadakan pada 14 Februari 2010 (Ahad) dan tarikh ini akan diberikan kepada Majlis perhubungan Negeri (MPN) Pahang bagi tujuan pengesahan negeri dan pusat.

"Police seek British help to find RPK"

"Police believe Malaysia Today portal editor Raja Petra Kamarudin is still in London and have asked the authorities in the British capital to trace him, inspector-general of police Musa Hassan said.

"Based on intelligence, police believe Raja Petra is still hiding in London and I have asked the authorities there to trace him," he told Bernama.

He said Raja Petra was wanted back in the country to prove his innocence."

Tajuk dan berita diatas adalah dipetik dari Laman web Malaysiakini. Lihat para 3 dimana Ketua Polis dipetik sebagai berkata, bahawa Raja Petra dikahendaki kembali ke negara Malaysia untuk membuktikan yang dia tidak bersalah!!!
Inilah punca huru hara dalam perundangan negara kita. Jika apa yang dipetik itu benar, jelas Malaysia ini adalah dalam "Police-state" dan mengamal sistem perundangan Komunis!
Falasafah perundangan kita yang paling asas adalah, "That one is innocent until proven guilty" dan bukan sebaliknya, iaitu, "Raja Petra is guilty until he proves his innocence!".
Apakah kita harus berdiam diri lagi??
Hari ini hari Raja Petra, hari esok hari siapa??
mungkin tidak hari anda, tidak mungkinkah HARI ESOK hari anak, cucu atau sesipajua yang ada sayangi.
Jangan tukar Ketua Polis, TUKAR SAHAJA KERAJAAN MELALUI PETI UNDI.
REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!

Tahun 2010 menjelang tiba
Sama-sama kita muhasabah diri
Untuk keselamatan anak cucu kita
Pemerentah kini wajib diganti

Roboh sudah kota Melaka
Papan di Jawa tiada kesampaian
Jika itu hashrat bersama
Ayuh! Raayat semua kita gerakkan

Fauzi Abdul Rahman
Pengerusi Pimpinan PKR Negeri

Wednesday, December 30, 2009

Program Cabang Lipis 02 Jan 2010

KeADILan cabang Lipis akan membuka tahun baru 2010 dengan mengadakan program sehari di kawasan Parlimen Lipis. Semua AJK cabang akan turut serta menjayakan program tersebut di bawah.
1. Mesyuarat KeADILan Cabang di Pejabat Cabang Bandar Baru Lipis bermula jam 10 pagi
2. Perasmian Ranting Merapoh oleh Ketua Cabang Sdr. Zakaria di Merapoh(DUN Padang
Tengku) pada jam 2 petang
3. Pertemuan dengan penduduk kaum Tionghua di Penjom (DUN Cheka) jam 6petang
4. Perasmian Ranting Tanjung Besar di Tanjung Besar (DUN Benta) jam 8 malam
Sebarang Pertanyaan boleh diajukan kepada Sdr. Sabri SU Cabang di talian 0199937507

Sunday, December 27, 2009

PROJEK PEMBODOHAN ORANG MELAYU

United Malays National Organisation (UMNO) berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili orang Melayu. Dakwaan ini sebenarnya satu dongeng yang sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu. Projek pembodohan Melayu ini sebahagian daripada strategi politik United Malays National Organisation. Selama lebih 50 tahun, proses pembodohan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini, mereka akan hilang kuasa untuk memerintah. Pada zaman feudal dahulu, orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini. Dakwaan ini semuanya dongeng. Semua ini sebahagian daripada projek membodohkan Melayu. United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri daripada gerombolan ini. Manusia yang berfikir akan berupaya untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat; ada pula yang amat jelas dan dapat dilihat dengan mudah. Projek pembodohan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.
Cara pertama: Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan - orang Cina. Kaum ini dijadikan “momok” untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu. Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang Cina. Racun membenci Cina telah memandulkan fikrah Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong Cina. Para cukong yang mengaut harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation - kerjasama mereka ini seperti hubungan abang dengan adik. Cuba kita kembali kepada kes bank Bumiputera Malaysia Finance (BMF) yang lingkup pada tahun 1980-an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul; kemudian diikuti nama George Tan. Siapakah Lorraine Osman? Dia ini tidak lain dan tidak bukan bendahari gerombolan sendiri!Skandal bilion ringgit ini hanyalah satu contoh daripada berjuta-juta contoh lain – belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun, Perwaja, Formula 1, Piala Monsoon, KLCC – wujud kerjasama antara gerombolan dengan “orang asing” ini untuk menjarah hasil negara.
Cara kedua: Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Dakwaan ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak. Orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan, menentang atau mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.Dalam sejarah negara Arab, banyak raja telah dicampakkan dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk (Mesir), Raja Idris (Libya), Raja Bagi Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi (Iran) – semuanya dihumbankan.Justeru, menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju. Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa “menjunjung ke bawah duli” itu ertinya “menjunjung tapak kaki”. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa “pacal” itu ertinya “anak anjing”. “Patik pacal yang hina menyembah duli tuanku” bermakna “saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu”. Bukankah kenyataan ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri?Kenapa orang Melayu boleh dibodohkan sebegini? Kenapa orang Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan?
Cara ketiga: Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion dikatakan menentang Islam. Dakwaan ini juga projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkutpautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas. Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam wujud 1,500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988. Manusia Melayu menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malays National Organisation. Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama. Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini wakil tuhan di atas bumi ini. Dakwaan ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan di atas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang tuhan. Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organisation untuk menjadi wakilnya. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik pope, sami, dalai, ayatollah, paderi, rabbai untuk menjadi wakilnya. Apa yang terjadi, para agamawan ini orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran daripada kitab-kitab suci. Semua mereka hanyalah manusia yang sama seperti makcik dan pakcik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh berfikir dan berilmu.
Ahkirnya: Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ertinya, ia menjadi sebahagian daripada proses pembudayaan fikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini. Kaedah pembelajaran dan media menjadi dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu – jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu – amat ketara perbezaan kandungannya. Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi. Begitu juga kaedah pembelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru, ibu bapa dalam masyarakat Cina tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu. Mereka tidak mahu anak-anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama, makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Cina. Di sekolah aliran bukan Melayu, masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar berfikir, bukan diajar untuk menjadi bodoh. Kemelut politik hari ini adalah hasil daripada projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah; apa yang hak dan apa yang batil. Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu. Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah, malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah. Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh. Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh gagal melihat pembunuh, penculik, pengambil rasuah – ini semua bukan pekerjaan salah. Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu sebagai baik dan suci kerana ia dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.
Dipetik dari Malaysiakini.com.my/bm

Friday, December 25, 2009

KISAH KELAKAR (?) HUJUNG TAHUN 2009,INILAH NEGARAKU YANG KU CINTAHI...

Semua orang tahu apa yang diceritakan ini adalah perkara serius yang sepatutnya tidak terjadi di negara kita.Sehari dua ia mecetuskan kontroversi,dan menjadi tajuk utama media.Tetapi saya melihatnya sebagai kelakar.Susah hendak diterima akal yang waras bahawa perkara seperti ini boleh berlaku. Betul-betul macam dalam cerita kartun.Dua unit enjin pesawat,pemintas F-53 milik (TUDM) hilang dari gudang material udara 1(Matra 1),sungai besi ,pada tahun 2007.nilai setiap enjin itu dianggarkan RM50 juta.Ertinya tentera udara kita kehilangan barang bernilai RM100 juta.Boleh diterima akal sekiranya yang hilang ialah jam tangan telefon bimbit,komputer riba,atau barang-barang mewah lain.Sebab benda-benda ini kecil,ringan dan mudah disembunyinkan dalam saku,di bawah ketiak,atau disorokkan dalam kain sarung atau dalam kain telekung.Kehilangan benda-benda ini selalu kita dengar,tidak sedikitpun menghairankan.

Tidak juga saya hairan sekiranya yang hilang ialah basikal,motosikal,kereta,kerbau,lembu dan sebagainya.Kehilangan benda-benda ini juga adalah perkara biasa.Usahkan pencuri profesional,orang yang baru belajar jadi samseng jalanan pun boleh mencuri benda-benda itu.Malah,kalau orang curi enjin bot sangut pun,kita boleh terima logiknya.

Tetapi,macam mana orang boleh 'curi' enjin pesawat TUDM? ini yang kita susah hendak percaya.Enjin kapal terbang bukan macam enjin bot sangkut.Enjin bot sangkut ringan,dan ukurannya tidak sampai setengah pemeluk.Mungkin enjin itu boleh dimasukkan dalam guni beras dan dipukul seorang sahaja.

Tetapi dua buah enjin jet pejuang tentu jauh lebih berat.Kalau Badang masih hidup pun dia tidak sanggup menerima upah mengangkat benda itu.Lima enam orang sekuat Badang pun rasanya tidak akan terangkat enjin pesawat itu.Sudahlah berat,saisnya pun tidak sekecil komputer riba atau enjit bot sangkut.Pasti tidak boleh disorokkan dalam kain sarung atau telekung.Pendek kata,bukan kerja mudah untuk mencuri dua enjin pesawat tersebut.

Lebih tidak masuk akal lagi ialah barang yang bernilai RM100 juta itu bukan di simpan di padang letak kereta Dataran Merdeka atau diletakkan di tepi Lebuhraya Utara Selatan.Tidak juga di biarkan berembun ditepi belukar Bukit Jelutong.Sebaliknya,injinpesawat itu disimpan di gudang TUDM yang pasti dikawal ketat sepanjang 24 jam.

Macam mana barang begitu berat,berukuran besar pula,disimpan dalam kawasan tentera dan dikawal setiap saat oleh pengawal bersenjata canggih,boleh lesap?Apakah pencuri,atau pencuri-pencuri itu mengupah ahli silap mata tersohor David Copperfield untuk melarikan dua enjin jet berkenaan?Tidakkah itu kedengaran lucu?Perkara ini boleh berlaku hanya dalam siri kartun Doremon.

Malangnya,apa yang sepatutnya terjadi dalam kartun dan dalam silap mata itu betul-betul terjadi di alam nyata.Walaupun tidak disebut dalam Laporan Audit Negara terkini,Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak,Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan telah mengesahkan kehilangan tersebut.Malah,menurut Zahid selain RM100 juta,mungkin ada banyak lagi barang TUDM yang telah di lesapkan.

Soalnya sekarang siapakah penyangak profesional yang telah melakukan jenayah tersebut? Menurut Zahid 'sekumpulan pegawai-pegawai peringkat rendah'TUDM telah bekerjasama dengan orang awam dalam skandal terbaru negara ini.Apakah benar hanya pegawai-pegawai peringkat rendah yang membuat angkara?Hebat betul sarjan,dan koperal kita sehingga berjaya 'membutakan' mata pihak-pihak lebih tinggi.Mesti dia orang menggunakan ilmu pukau!

Tidak kira siapa melakukannya,'kecurian' dua enjin pesawat pejuang bernilai RMIOO juta itu adalah amat memalukan.ini adalah rompakan siang hari dan di hadapan mata yang betul-betul mencabar kewibawaan pihak keselamatan,khasnya di TUDM.Sekiranya enjin jet dalam dalam simpanan dan kawalan boleh di curi,diseludup atau dijual begitu mudah,apakah ada kepastian bahwa peralatan-peralatan keselamatan lain tidak akan digelapkan seperti ini dan apakah jaminan keselamatan negara secara keseluruhan?

Menurut menteri,siasatan telah di buat,mereka yang disyaki terlibat sudah dikenal pasti,dan pendakwaan di mahkamah akan dilakukan.Mungkin benar yang melesapkan enjin tersebut ialah koperal atau sarjan.Tetapi mesti ada semakan,tapisan dan kelulusan pihak lebih tinggi sebelum barang itu dikeluarkan dari gudang.Mengeluarkan enjin pesawat dari gudang tentu tidak semudah mengeluarkan duku langsat atau bawang putih dari pasar borong.

Rakyat kini berharap mereka yang terlibat secara langsung atau sipi-sipi-tidak kira prebet,koperal,sarjan atau pegawai tinggi,hatta jeneral-hendaklah di kenakan tindakan.Zahid menganggap mereka yang terlibat dalam skandal ini sebagai pengkhianat negara.Mereka patut dihukum seberat-beratnya.

Sekiranya tidak ada hukuman,juga tidak ada tindakan,sahlah yang terjadi ini betul-betul cerita kartun,dan satu lagi kelakar dalam slogan'MALAYSIA BOLEH'. Rakyat sudah puas ketawa menerusi sekian banyak'lawak bodoh'menerusi skandal demi skandal yang tidak dapat diselesaikan sehingga kini.Janganlah kes enjin pesawat TUDM ini menambahkan siri lawak bodoh negara!

Wednesday, December 23, 2009

Reaksi Ahli Politik Negeri Pahang mengenai pendedahan pencerobohan tanah kerajaan negeri didalangi oleh Ahli Politik yang didedah oleh Dato T

Isu enjin pesawat pejuang yang lesap angkara siapa?Siapa yang harus dipertanggungjawabkan?


Kelihatan digambar YB Tuan Azan Ismail Ahli Parlimen Indera Mahkota bersama Saudara Ram Timb Pengerusi 3 PKR Pahang menunjukan buku laporan Audit Negara yang tidak menyenaraikan mengenai kehilangan enjin Pesawat Pejuang yang hilang pada 2007 dan yang terkini pada 2008.Enjin bernilai RM50 juta sebuah didapati telah dijual kepada pihak ketiga di Eropah dan Amerika Selatan.Kehilangan ini boleh dikatakan sebagai skandal didaalm TUDM yang terbesar dan didalangi oleh anggota-angota keselamatan negara yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara.Sebelum ini kita dikejutkan oleh skandal kehilangan sebilangan besar dadah yang dirampas oleh PDRM.Persoalannya disini masih selamatkah Negara kita terhadap pencerobohan kuasa asing apatah lagi anggota keselamatan sendiri membelot.Siapa yang harus dipertanggungjawabkan Menteri,Pegawai kerajaan,ahli politik atau pun orang kampung?

Gambar sekitar pertemuan dengan Pengarah SPR Pahang dengan Pakatan Rakyat


Sekitar kunjungan hormat Pakatan Rakyat Kuantan yang diketuai oleh YB Fuziah ke Pejabat SPR Negeri Pahang pada 22 Disember 2009 jam 9 pagi


Sdr Kamarul Hatta Timb Ketua AMK Pahang bersama Timb Pengarah SPR Pahang

YDP PAS Kuantan Ust Rosli Jabar juga hadir pada pertemuan di SPR


Pengarah SPR Pahang Tuan Hj Ismail B Mohamamd bersama MP Kuantan di bilik mesyuarat SPR Pahang sedang menjawap soalan yang diutarakan oleh delegasi Pakatan Rakyat Kuantan.

Keratan Akhbar Sinar Kuantan mengenai isu SPRM oleh Timbalan AMK Pahang

Keratan Akhbar Sinar Rompin oleh Pengarah Seketeriat PKR Pahang semasa ditemuramah di Muadzam Shah

Isu Balak Pahang dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh MP Kuantan



Isu Balak yang menjadi Bala kepada Kerajaan Pahang






KENYATAAN MP KUANTAN DI LOBI PARLIMEN

PENGERUSI BN PULAU PINANG : UMNO VS GERAKAN

UMNO buat hal lagi!!! Kali ini di Pulau Pinang. Zahid Hamidi ketuanya. Nak rebut menjadi Pengerusi BN Pulau Pinang. Singkirkan Koh Tsu Koon Menteri pintu belakang KPI dan Pengerusi Gerakan atas alasan parti-parti komponen yang lain tidak buat kerja. UMNO buat kerja? Entah lah. Kerana kuat sangat UMNO buat kerja selama 52 tahun, orang Melayu Pulau Pinang sekarang kaya raya. Kaya dengan kemiskinan.

Dengan nada lunak dia kata terpulang kepada keputusan Pengerusi BN. Pengerusi BN punya kuasa mutlak melantik Pengerusi BN Negeri. Siapa Pengerusi BN? Najib. Zahid kata cadangan menukar Pengerusi BN Negeri ini dibuat bukan atas alasan peribadi tetapi diputuskan secara bersama oleh pimpinan UMNO negeri. Keputusan ini sudah lama dibuat tetapi baru sekarang diumumkan. Hai..macam pernah ku dengar seloka ini..tapi di mana ye.. Ooo..baru ingat.. itu memang ayat klasik UMNO.. Dalam hal GST pun mereka cakap macam itu. Nak naik harga barang pun cakap macam itu. Nak bagi subsidi pun cakap macam itu. Nak kaji semula BTN pun cakap macam itu. Nak tangkap dan lepaskan orang dari ISA pun cakap macam itu.. Itu lah UMNO.

Kata Zahid lagi UMNO Pulau Pinang tidak berniat merampas kuasa tetapi mahu mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN. Tidak rampas kuasa konon!! Piiirah...Nak kembalikan keyakinan rakyat..masa bila rakyat yakin kepada BN? UMNO? jauh sekali. Tak perlu buang masa Zahid!! Rakyat sudah benci dan meluat kepada BN. UMNO? ampun..perkataan itu sangat merbahaya!! Amat memudaratkan kepada seluruh rakyat Malaysia dan keturunan mereka..Bukan sahaja memudaratkan manusia malah turut memudaratkan flora dan fauna. Alam sekitar musnah kerananya. Hutan belantara musnah kerananya. Bukit dan gunung ganang runtuh kerananya.
Harta rakyat hilang kerananya. Mahathir kata kawan dia kata UMNO sudah busuk sampai dalam usus.!!

Menteri KPI lawan. Marah kepada Zahid dan UMNO. Tsu Koon kecil hati. Walaupun dia dan partinya sudah kalah dalam pilihanraya lepas, dia tetap pertahankan pendiriannya. Gerakan Pengerusi BN Pulau Pinang!! Tsu Koon lah orangnya. Bercakaran. Najib kata dia kena berunding dengan semua pihak sebelum buat keputusan. Berjayakah Najib selesaikan perkara ini? Apakah sejarah kejayaan Najib menyelesaikan perkara seumpama ini? Krisis MCA belum menampakkan kejayaan. Dulu kata boleh selesai. Sampai sekarang tetap tidak berubah. MCA masih macam itu. Bertelagah. Untuk apa? Jawatan. Apa pentingnya jawatan? Berkhidmat untuk rakyat? TIDAK!! Dengan jawatan mudah untuk membolot kekayaan. Jawapan sebenar ialah DUIT dan HARTA!! Itulah yang mereka kejar...sama dengan UMNO vs Gerakan di Pulau Pinang.

Pengarah Sekretariat

Tuesday, December 22, 2009

TAN AMINUDDIN : Jantankah Kamu???

Pencerobohan tanah kerajaan di Negeri Pahang oleh ahli politik dan suku sakat mereka dilihat sebagai satu lagi siri rompakan khazanah negeri milik rakyat Pahang. Pendedahan yang dibuat oleh Dato' Tan Mohd Aminuddun Ishak, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda baru-baru ini membuktikan kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob. Persoalannya bagaimana pihak berkuasa negeri tidak menyedari tanah yang begitu luas diteroka secara haram. Ini bermakna tiada pemantauan yang dilakukan di kawasan masing-masing atau pun pihak berkuasa hanya menutup mata walaupun tahu kegiatan tersebut dijalankan.

Kecuaian seperti ini amat tidak wajar kerana melibatkan kerugian kepada Kerajaan Negeri dan seterusnya merugikan rakyat. Mungkin juga terdapat salah guna kuasa atau pun penyelewengan sehingga kegiatan penerokaan tanah secara haram semakin berleluasa di seluruh negeri. Penglibatan ahli politik sama ada secara langsung atau pun tidak langsung amat dikesali. Ahli politik mana yang mampu mempengaruhi pihak berkuasa sehingga memungkinkan kegiatan haram ini? Adakah mereka dari kalangan pemimpin PKR, PAS atau DAP? Parti politik mana yang memerintah dan berkuasa di Negeri Pahang?

Bagi menjawab persoalan ini saya kira rakyat Negeri Pahang sudah tahu jawapannya. Barisan Nasional yang ditunggangi UMNO yang berkuasa di Pahang. Sudah tentulah ahli politik mereka yang mempunyai hubungan rapat dan secara langsung dengan pentadbir dan pihak berkuasa. Dalam sesetengah perkara ahli politik BN/UMNO yang menguasai pihak berkuasa. Oleh itu tidak sukar untuk kita meneka ahli politik mana yang terlibat sepertimana yang di dedahkan oleh Tan Aminuddin itu.

Pencerobohan tanah kosong malah hutan simpan dan kawasan tadahan air adalah perbuatan orang yang hina. Mereka mengaut keuntungan peribadi dengan cara merompak hak rakyat. Dengan sebab itu maka tidak hairan kepada kita apabila Ketua Audit Negara di dalam laporannya baru-baru ini menyebut terdapat banyak ketirisan dalam pengurusan kewangan dan ekonomi Negeri Pahang. Salah guna kuasa dan penyelewengan turut menjadi penyumbang besar kepada Bajet Negeri yang mengalami defisit sehingga 12 tahun berturut-turut. Hasil negeri lebih kecil berbanding belanja pengurusan dan pembangunan.

Apakah pencerobohan tanah kerajaan oleh ahli politik dan kuncu-kuncu mereka mempunyai unsur-unsur rasuah? Jawapannya jelas sekali kerana adalah mustahil pihak berkuasa tidak mengetahui langsung kegiatan ini. Kalau tanah yang diceroboh itu berkeluasan 1 atau 2 ekar mungkin tiada sesiapa yang perasan. Tetapi jumlah keluasan yang terlibat mencecah ribuan hektar. Satu lagi persoalan ialah beranikah Tan Aminuddin mendedahkan nama-nama ahli politik yang terlibat? Beranikah Tan Aminuddin menongkah tangga pejabat SPRM? Kalau betul Tan Aminuddin anak jantan Chenur sila dedahkan nama-nama tersebut supaya rakyat tahu siapa sebenarnya dalang yang merompak khazanah milik negeri yang merupakan hak mereka. Sama-sama kita tunggu!!! Tan Aminuddin, jantankah kamu???

Dari kacamata Pengarah Sekretariat




KONVENSYEN PERTAMA PAKATAN RAKYAT : LANGKAH PERTAMA SISTEM DUA PARTI POLITIK DI MALAYSIA

Konvensyen Pertama

Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat yang berlangsung pada 19hb Disember, 2009 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam adalah langkah pertama kepada wujudnya sistem dua parti politik di Malaysia. Konvensyen ini adalah sejarah buat negara apabila tiga buah parti utama komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) buat julung kalinya bersidang bersama untuk membincang dan membahaskan dasar bersama. Tepat jam 8.00 pagi seramai 1500 perwakilan ketiga-tiga parti mula mendaftar dan memasuki dewan persidangan. Turut hadir ialah seramai kira-kira 1000 orang pemerhati ketiga-tiga parti, Duta-Duta, wakil media dalam dan luar negara.

Dato’ Seri Anwar

Tepat jam 9.15 pagi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memulakan Ucapan Perdana. Beliau menyentuh beberapa perkara iaitu kerjasama Pakatan Rakyat semakin kukuh dan jitu dalam membawa aspirasi rakyat yang mahukan negara ini diurus dan ditadbir dengan baik. Sudah lebih 52 tahun UMNO dan sekutunya di dalam Barisan Nasional mentadbir negara namun kehidupan rakyat semakin terhimpit, rasuah menular ke akar umbi, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang semakin parah. Beliau juga menyentuh institusi polis yang dipergunakan dan kehakiman yang sudah hilang kebijakan dan keberanian untuk memutuskan kes dengan adil dan saksama.

Anwar menyatakan Pakatan Rakyat mempunyai iltizam yang tinggi untuk menghapuskan politik perkauman yang selama ini dimanipulasi oleh UMNO dan BN dengan mengangkat ketuanan rakyat sebagai agenda utama perjuangan. Semua rakyat akan dibela oleh Pakatan Rakyat tanpa mengira kaum, agama dan gender.

YAB Lin Guan Eng

Manakala YAB Tuan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP pula menyatakan Pakatan Rakyat akan memperjuangkan Malaysia yang adil dan saksama. Beliau juga menyatakan DAP akan memberi komitmen yang tinggi bagi memastikan BN kalah dalam pilihanraya yang akan datang. DAP katanya lagi akan terus mendokong dasar-dasar bersama Pakatan Rakyat bagi membebaskan rakyat negara ini dari belenggu kehidupan. Kegagalan UMNO/BN mengurus negara dengan baik menyebabkan rakyat semakin susah dan sengsara.

YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS memberi jaminan PAS akan tetap setia bersama Pakatan Rakyat. Kesetiaan PAS tidak perlu diragui kerana selama ini PAS adalah penentang kuat kepada kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh BN terhadap rakyat Malaysia. Dasar Pakatan Rakyat adalah dasar yang telah dinukilkan bersama-sama dengan PKR dan DAP. Oleh itu PAS akan terus berjuang untuk kepentingan rakyat di dalam Pakatan Rakyat.

Pidato Dan Perbahasan

Wakil-wakil dari ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat turut membahaskan Pidato Dasar Pakatan Rakyat yang sebelum itu di sampaikan oleh YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, YB Tony Phua, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP dan YB Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR. Kesemua pidato dan perbahasan berkisar di sekitar isu-isu politik, ekonomi, sosial dan hubungan Kerajaan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara yang akan menjadi intipati kepada perjuangan Pakatan Rakyat untuk membangunkan rakyat dan negara.

Rumusan Pemimpin

YB Karpal Singh, Pengerusi DAP merasa sangat bangga akhirnya Pakatan Rakyat secara rasminya berjaya duduk bersama mengadakan konvensyen ini. Beliau membuat pengumuman bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat. Beliau menyatakan komitmen akan terus berjuang untuk mempartahankan Anwar dalam kes yang dikenakan kepadanya di mahkamah. Karpal juga menyatakan Dasar Pakatan Rakyat adalah satu dasar yang akan mampu membawa rakyat dan negara mencapai tahap yang lebih baik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS menyatakan rasa sangat gembira dengan penubuhan dan kerjasama Pakatan Rakyat. Beliau menyatakan hal ini sangat bersesuaian dengan jiwanya dan bertepatan dengan pengajian ilmu Islam yang dipelajari dan dipraktikkan selama ini. Nik Aziz menyatakan beliau sangat mengambil berat tentang kerjasama di dalam Pakatan Rakyat. Katanya UMNO tidak boleh dijadikan sahabat kerana mereka akan menyingkirkan sesiapa sahaja apabila sudah merasa kuat. Ini berlaku kepada PAS yang pernah menjadi ahli gabungan BN suatu ketika dahulu.

Dato’ Seri Anwar dalam rumusannya menyatakan Dasar Pakatan Rakyat yang dikemukakan secara bertulis dan dibukukan adalah tanda komitmen tinggi parti-parti komponen untuk memacu rakyat dan negara menuju kecemerlangan. Barisan Nasional katanya tidak pernah mempunyai dasar yang jelas dan bertulis. Malah mereka tidak pernah mengadakan konvensyen atau persidangan bersama. Oleh itu Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat ini adalah satu sejarah besar buat negara. Beliau menyeru semua pemimpin dan perwakilan serta ahli-ahli parti turun padang bertemu rakyat untuk menerangkan tentang dasar bersama Pakatan Rakyat ini. Beliau amat yakin Pakatan Rakyat akan memenangi pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Sunday, December 20, 2009

Program BACK TO SCHOOL : Ahli Parlimen Kuantan Perihatin Kesusahan Rakyat


Kuantan 20 Disember, satu majlis ringkas yang dinamakan “Back To School” telah diadakan di perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Kuantan. Majlis penyerahan kupon kepada 100 orang anak yatim dan miskin di sekitar Parlimen Kuantan untuk membeli peralatan dan keperluan persekolahan telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh. Majlis tersebut diadalah bermula pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengahari.

Sempena bermulanya musim baru persekolahan pada awal bulan Januari 2010 nanti, Fuziah berharap pemberian kupon itu akan dapat meringankan beban ibu bapa untuk membeli peralatan dan keperluan persekolahan anak-anak. Beliau menyatakan akan sentiasa memberi komitmen yang tinggi bagi membantu golongan yang memerlukan. Beliau juga menyeru kepada mereka yang berada supaya turut mengeluarkan sumbangan bagi membantu golongan miskin. Ini kerana harta kekayaan yang diperolehi adalah anugerah Allah SWT dan sebahagiannya adalah menjadi hak golongan miskin.

Ibu bapa yang ditemui turut menyatakan kesyukuran kepada Allah kerana bantuan seumpama ini dapat meringankan beban mereka. Pertambahan beban kehidupan semakin terasa akibat kenaikan harga barang-barang keperluan. Oleh itu mereka amat berterima kasih kepada Ahli Parlimen Kuantan di atas usaha murninya ini.

Fuziah juga menyeru kalangan korporat agar turut sama membantu mereka yang susah dan miskin. Keperihatinan masyarakat terhadap nasib yang menimpa golongan ini akan dapat membentuk satu budaya tolong menolong dan kasih sayang di dalam sesama insan. Beliau juga menyatakan rasa kesal kerana sebagai seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat di dalam pilihanraya yang lalu tidak diberikan sebarang peruntukan. Ini berbeza dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang diberi peruntukan sebanyak RM 1 juta setahun untuk parlimen masing-masing.

Tindakan kerajaan ini menunjukkan mereka tidak dapat membezakan di antara politik dan pentadbiran sekaligus menandakan mereka masih tidak matang dalam aspek menguruskan negara. Sebagai orang yang dipilih oleh rakyat untuk menjadi wakil mereka, semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri mesti diberi peruntukan tanpa mengira mereka dari parti politik mana sekalipun. Oleh yang demikian langkah kerajaan ini sebenarnya adalah satu penghinaan terhadap rakyat yang telah membuat pilihan mereka sendiri.

UMNO vs GERAKAN di Pulau Pinang

Pertamanya, diucapkan setinggi taaniah kepada semua yang menjayakan Konvensyen Pakatan Raayat yang ulung. Disamping ianya mencipta sejarah sebagai Konvensyen pembangkang paling berjaya, pengisiannya juga telah diterima olih sebahagian besar raayat sebagai sangat menyengat dan sesuai dengan motto "Harapan Baru Untuk Malaysia", sekaligus mempamirkan kematangan Pimpinan Parti2 komponen Pakatan Raayat berserta dengan kematangan anggota2nya semua peringkat.

Kesepakatan yang dicapai dan dipersetujui bersama secara sebulat suara adalah isyarat awal bagi UMNO dan BN mencari jalan pintu keluar dari Putrajaya.

Semasa kesemua ini sedang berlaku di Shah Alam, di Pulau Pinang heboh pula berita pertelingkahan UMNO dan Parti Gerakan. Mereka berebut kerusi Pengerusi BN Negeri yang persamaan dengan merebut kerusi Ketua Menteri.

Hari semalam, berita mempaparkan kenyataan olih Zahid Hamidi, selaku Pengerusi UMNO PP bahawa Perhubongan UMNO PP menuntut agar Pengerusi BN Negeri diserah kepada UMNO atas alasan hanya UMNO sahaja yang laku di PP, sekaligus membayangkan bahawa Gerakan sudah tidak laku lagi. Tuntutan ini adalah hasil mesyuarat JK Perhubungan Negeri PP. Hari ini pula, berita menyiarkan bantahan dari Ketua Parti Gerakan, Koh Su Koon, dan dia menyatakan bahawa kerusi itu adalah hak Gerakan.

Yang anehnya, Pengerusi BN, Najib Razak menyatakan tuntutan itu adalah pandangan peribadi, dengan beliau tidak menyedari bahawa tuntutan itu adalah hasil dari mesyuarat Perhubungan Negeri. Mari kita sama-sama tunggu perkembangan selanjutnya.

Tanda2 perubahan lebih besar dari tsunami 08 akan menjelang tiba.

Fauzi A. Rahman
Pengerusi,
M.P.N. PKR Pahang

Friday, December 18, 2009

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI PAHANG MENGALU-ALUKAN KEPADA SEMUA PENDOKONG, PENYOKONG DAN MEREKA YANG CINTAKAN KEADILAN AGAR DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGAN DAN DERMA KEPADA TABUNG PARTI. TABUNG TERSEBUT DIPERLUKAN UNTUK KEGUNAAN SEPERTI BERIKUT:-

• PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT NEGERI
• PENGURUSAN AKTIVITI-AKTIVITI PARTI
• PROGRAM PENAMBAHAN AHLI
• TABUNG KEBAJIKAN
• DANA PILIHANRAYA

SEMUA SUMBANGAN BOLEHLAH DIKREDITKAN TERUS KE AKAUN
PARTI KEADILAN RAKYAT PAHANG :-

HONG LEONG ISLAMIC BANK
11201007698


PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI PAHANG MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYUMBANG DAN PENDERMA. SEMOGA SUMBANGAN DARI SEMUA AKAN DAPAT MEMANTAPKAN LAGI PARTI BAGI MENERUSKAN AGENDA PERJUANGAN UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN DAN KEBENARAN SERTA SETERUSNYA MEMBENTUK KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI NEGERI PAHANG DAN NEGARA KITA MALAYSIA.

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1431

PENGERUSI
DAN
AHLI JAWATANKUASA
MAJLIS PIMPINAN NEGERI
PARTI KEADILAN RAKYAT
NEGERI PAHANG
MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1431
(1 MUHARRAM)
KEPADA
SELURUH UMAT ISLAM .
SEMOGA PADA TAHUN BARU HIJRAH INI RAKYAT MALAYSIA AKAN BERTAMBAH BAHAGIA DAN SALING HORMAT MENGHORMATI DI ANTARA SATU SAMA LAIN. PERJUANGAN UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN DI BUMI MALAYSIA WAJIB DITERUSKAN.
PKR PAHANG MENYERU SELURUH WARGA MALAYSIA BERSATU BERSAMA PAKATAN RAKYAT UNTUK MEMBENTUK MALAYSIA YANG ADIL.

Thursday, December 17, 2009

PERTEMUAN DENGAN MEDIA : PENGERUSI MPN PKR PAHANG DAN ADUN BESERAH MENJELASKAN ISU PERMOHONAN TANAH SEBUAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) DI BESERAH

Berikutan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina pada 16hb Disember, 2009 bahawa PKR dan PAS tidak membantu sekolah berkenaan untuk mendapatkan tanah bagi tujuan membesarkan sekolah tersebut, Dato’ Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang telah tampil memberikan kenyataan balas. Dato’ Fauzi menyatakan isu permohonan tanah oleh sekolah berkenaan bermula dari tahun 2004 lagi. Pihak Lembaga Pengelola Sekolah telah membuat permohonan kepada Dato’ Faisal (UMNO). Dato’ Faisal telah menubuhkan jawatankuasa mengkaji permohonan tersebut tetapi sehingga sekarang tiada khabar berita.

Walau pun DUN Beserah diwakili oleh PAS dan Parlimen Indera Mahkota diwakili oleh PKR, namun Pakatan Rakyat bukanlah parti yang membentuk kerajaan di Pahang. Oleh itu PR tidak mempunyai kuasa untuk memberikan tanah kepada sekolah tersebut atau mana-mana pihak yang memohon. Walau bagaimanapun beliau menasihati pihak sekolah agar datang berjumpa dengan Wakil Rakyat PR sama ada Ahli Parlimen mahupun ADUN untuk berbincang. PR akan membantu membawa perkara ini kepada pengetahuan kerajaan negeri.

Dato’ Fauzi juga memaklumkan semasa beliau menjadi ADUN Beserah (1999 – 2004) banyak permohonan tanah telah beliau selesaikan tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Beliau juga telah berusaha membantu sekolah berkenaan. Beliau telah berbincang dengan pemilik tanah bersebelahan sekolah tersebut supaya menjual tanah berkenaan bagi tujuan membesarkan sekolah tetapi pemilik itu tidak mahu menjualnya. Beliau juga mempersoalkan Dato’ Faisal yang juga wakil Menteri Besar dalam urusan tanah (yang mempunyai kuasa) di Daerah Kuantan tidak membantu sekolah berkenaan.

Sementara itu ADUN Beserah, YB Syed Muhammad menyatakan pihaknya sedia membantu membawa isu sekolah ini kepada pihak berkuasa jika pihak sekolah datang berjumpa dan mengemukakan dokumen permohonan tanah. Beliau berkata Wakil Rakyat PR sedia pada bila-bila masa untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan status. Beliau juga menyatakan dihalang pergi ke sekolah-sekolah untuk membuat lawatan dan mengadakan perbincangan dengan guru-guru. Beliau sanggup membantu sesiapa sahaja dan bersedia memberi khidmat pada bila-bila masa.

Wednesday, December 16, 2009

Menyambut Ma'al Hijrah dengan Surah Fatehah

Surah Fatehah
(Gurindam nukilan Fauzi Abdul Rahman)

Pendahuluan
Pembuka Al-Quran surah Fatehah
Membuka lafadz dengan Basmallah
Ikhlas membaca mendapat Barakah
Rahmat datang mencurah-curah

Surah Fatehah ummul Al-Quran
Memahami maksud menjadi kewajipan
Mengenal Islam menggarap iman
Fatehah dihayati, lahirlah ihsan

Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin
“Alhamdulillah” Allah sahaja berhak dipuja
Tanda kesyukuran kepada Yang Esa
Dikurnia ni’mat Nya tiada terhingga
Sewajarnya Allah cinta utama

‘Rab’ mengandungi banyak makna
Al-Malik memilik, Al-Khalid mencipta
Al-Murabbi mendidik, Al-Hofiz memelihara
Al-Mudabbir pula yang mengurus semua

“Rabbil’alamin” mengi’tiraf Pencipta
Seluruh alam Dia yang empunya
Dialah Tuhan di akhirat dan dunia
Dia yang memiliki Neraka dan syurga

Arrahmani Rahim
Rahman dan Rahim merupakan “Rahmat”
Tuhan pemurah kepada semua ummat
Kepada yang engkar atau pun yang taat
Jika berkerja dengan ‘tulang empat kerat’
Tak di kira ringan ataupun berat
Jika diusaha kemugkinan mendapat
Sesungguhnya Allah dengan kudrat iradat
Mudahnya sekali mengabulkan hajat
Ummat yang taat dan tidak pula sesat
Allah menyanyangi setiap waktu dan saat
Semoga di syurga disediakan tempat
Jika di dunia ikhlas beribadat



Malikiyaumiddin
Milik Allah Hari Kemudian
Di situ dibangkitkan semua insan
Siratulmustakin menjadi titian
Mudah dilalui bagi yang beriman
Padang Masyar tempat perhitungan
Keadilan Ilahi tiada tandingan
Tiada kecelaan, tiada kecacatan
Maha suci Allah Dia lah Tuhan

Dengan Allah kita hanya seorang hamba
Kepada Tuannya wajib berjasa
Jika tersalah sembah di dunia
Diakhirat merana di alam neraka

Iyyakana’budu waiyyakanasta’in
Jika Fatehah inti Kitabullah
“Iyyakana’budu” intipati Fatehah
Hanya Dia sahaja berhak disembah
Titik permulaan menuju Al-Falah

Lisan berikrar hati bersumpah
Dikurnia hidayah dunia 'sakinah'
Kepada Nya sahaja ditujukan ibadah
Amal yang disukai dan di redha Allah

Ibadah harta, hati dan lisan
Termasuk anggota kaki dan tangan
Wajib di dunia kita sempurnakan
Hanya di tuju kepada Nya Tuhan

Tidak menyembah Allah di dunia!
Manusia sedemikian engkar namanya
Allah dan yang lainnya, disembah bersama
Perbuatan syirik dilakukan manusia

Jika bukan cara dibawa Rasulullah
Ini dikatakan amal bidaah
Ketiga-tiga amal tertolak sudah
Mendatangkan dosa bukan barakah

Hanya satu jalan menjadi pilihan
Kearah taqwa yang disenangi Tuhan
Taqwa penyelamat di hari kemudian
Inilah jalan menuju “kemenangan”

Hanya taqwa sebaik pakaian
Di dunia ia sebaik amalan
Untuk ke syurga sebaik bekalan
Satu manifestasi kemanisan iman
Jika taqwa mahu kecapaian
Hanya Allah menjadi sembahan
Satu jalan sahaja jadi ikutan
Jalan dibawa Rasul kesayangan

Apabila bercerai roh dengan jasad-nya
Hanya bermunafaat tiga perkara
Amal jariah semasa di dunia
Juga peninggalan ilmu berguna
Anak soleh mendoakan ibu-bapa
Tiga bekalan membawa kesyurga
Amal jariah luas bidangnya
Tak cukup ruang untuk bicara

Mencabut duri di jalan raya
Sedegok air bagi anjing yang dahaga
Asalkan ikhlas nawaitu kita
Amal jariah mendatangkan pahala
Dengan Nya sahaja meminta pertolongan
Manusia hanyalah sebagai saluran
Jika hatinya, tidak Allah gerakkan
Masakan manusia menghulur bantuan

Juga kewajipan kita berista’adah
Apabila usaha dan doa sempurna sudah
Kepada Tuhan bersandar menyerah
Agar baik perjalanan penghujung pun indah

Ihdinassiratulmustaqim
Kepada Nya Allah dipanjatkan doa
Di tunjukkan jalan, lurus dan nyata
Jalan yang Allah restu dan Redha
Matlamat mukminin menuju ke syurga

Menghindar sesat perlukan panduan
Agar matlamat sempurna kesampaian
Jalan dilalui berpeta Al-Furqan
Pemandu jalan Rasul junjungan
Al-Furqan peta penunjuk arah
Laluan yang haq, laluan yang salah
Pemandu hakiki Muhammad Rasulullah
Berguru Tuhan dan kesayangan Allah
Siratallazi naan’amta’alaihim
Setelah ditunjuk jalan yang selamat
Siang dan malam duduk bermunajat
Kepada Allah doa dipanjat
Supaya Allah mengurniakan ni’mat
Hendak di ikut mereka yang empat
Mendapat ni’mat hidup pun berkat
Ni’mat terhindar dari engkar dan sesat
Kehidupan sempurna dunia akhirat

Surah An-Nisa ayat enampuluh sembilan
Dari Al-Quran mendapat penjelasan
Sangatlah beruntung empat kumpulan
Menerima ni’mat kurniaan Tuhan
Para nabi-nabiin di tempat hadapan
Siddiqin dan shuhadah berikut kemudian
Para solihin juga tidak ketinggalan
Ikutlah mereka mengikut kemampuan

Ghairilmaghdubi’alaihim, Waladhalin
Pohon dipinta dijauhkan pula
Dari segala yang mengundang murka
Ilmu yang haq sudah di dada
Mengapa kebatilan yang dipilih juga
Degilnya hati diserta keengkaran
Sifat Yahudi sifatnya sedemikian
Surah Al-Baqarah menjelas keterangan
Sengaja manusia mengundang kecelakaan

Jauhkan juga dari gulongan kedua
Ilmu yang “haq” ketandusan tiada
Ibarat manusia yang sesat didunia
Amal menggunung sia-sia belaka

Amin
Ya Tuhan, kabulkan doa kami ini
Segala seruan dan perentahMu, Ya Ilahi
Seperti dari Rasulullah kami warisi
Bantulah kami agar setiapnya ditaati
Seperti Muaz bin Jabal diajar Nabi
Pada setiap masa agar Allah diingati
Setiap ni’mat yang diberi disyukuri
Ibadah kami tiada putus Dikau perbaiki
Azam kami ingin menjadi insan mithali
Agar, didalam tauhid kami kembali
amin.

ORANG ASAL KG BANGKUNG LUAR HIDUP TERBIAR : AHLI PARLIMEN PEKAN TIDAK PEDULI


Dari RTS Kedaik kami terus ke Kampung Bangkung di Bandar 2 Paloh Hinai Pekan. Di situ kami bertemu dengan Nordin A/L Logam. Sebenarnya saya telah berjanji dengan Nordin untuk datang ke kampungnya selepas Pilihanraya Kecil Bagan Pinang. Lantaran kesibukan maka hari ini baru saya dapat bertemu dengan beliau.

Menurut cerita Nordin, Kampung Bangkung Luar mempunyai seramai lebih kurang 90 keluarga orang asal. Terdapat lebih kurang 30 buah rumah di situ. Penduduk di situ berasal dari Kampung Bangkung Dalam yang terletak pada jarak 4 km. Mereka telah mendiami kampung tersebut selama lebih kurang 10 tahun. Beliau menyatakan baru-baru ini pihak LKPP telah datang memasang pancang batu. Menurut Nordin rumah di perkampungan mereka akan di tolak kerana pihak LKPP bercadang membuka ladang kelapa sawit di situ. Beliau meminta pertolongan dari pihak PKR untuk membantu menyelesaikan perkara ini. Masyarakat orang asal di situ berharap supaya perkampungan mereka tidak dimusnahkan. Ini kerana mereka mahu tinggal berdekatan dengan sekolah dan jalan raya.

Beliau juga menyatakan Kampung Bangkung Dalam turut akan ditolak untuk didirikan penempatan semula orang asal. Ini sangat membimbangkan mereka kerana semua pokok getah dan kebun sayur-sayuran mereka akan turut musnah. Oleh itu akan menjejaskan mata pencarian mereka.

Satelah meninjau perkampungan tersebut, saya memberitahu Nordin dan sekumpulan orang asal disitu bahawa PKR akan berusaha untuk membantu mereka menyuarakan perkara ini kepada pihak berkuasa. Saya akan bertemu dengan pegawai JHEOA dan pengurusan LKPP untuk mengetahui kedudukan yang sebenarnya. Sekiranya kawasan tersebut merupakan kawasan yang telah diwartakan untuk orang asal maka PKR akan meminta LKPP supaya tidak meneruskan usaha mereka membuka ladang di situ.

Hasil tinjauan yang dibuat di dapati keadaan rumah orang asal di situ sangat uzur dan menyedihkan. Mereka didaftarkan sebagai ahli UMNO hanya untuk mendapatkan undi setiap kali pilihanraya. Perdana Menteri Najib tidak pernah peduli kepada nasib mereka bukan sahaja sebagai Perdana Menteri malah sebagai Ahli Parlimen Pekan. Kehidupan mereka terbiar, susah dan miskin.

PKR Pahang akan terus berusaha memperjuangkan nasib mereka dan meminta Kerajaan Pahang memberi perhatian yang serius membangunkan masyarakat orang asal.


ZAIDI AHMAD


MENJEJAK SAHABAT LAMA : ROSALIM MING


Dalam perjalanan pulang dari Muadzam Shah setelah berbincang tentang masalah ladang tenusu Daily Farm, saya, Wak Rabidin (Ketua Cabang Rompin) dan saudara Hatta, pergi ke RPS Kedaik mencari seorang sahabat lama.

Kami tiba di RPS Kedaik lebih kurang jam 3.30 petang. RPS Kedaik ialah kawasan penempatan berkelompok orang asal. Sahabat lama saya itu bernama Rosalim Ming berketurunan orang asal. Kami berkawan sejak dari tingkatan satu lagi. Kami sekelas sehingga tingkatan enam atas. Satelah bertanya kepada beberapa orang penduduk di situ, akhirnya kami sampai juga ke rumah beliau.

Isterinya memberitahu, beliau baru sahaja keluar semasa kami sampai. Isterinya menghubungi beliau berkenaan kedatangan kami. Dalam tempoh lebih kurang 10 minit beliau pulang ke rumah. Hajat saya untuk bertemu sahabat lama akhirnya tercapai. Banyak yang kami bualkan dan perbualan kami itu berkisar di sekitar kisah-kisah lama kami semasa bersekolah. Entah apa sebab beliau sangat dibenci oleh guru matematik semasa kami di tingkatan satu. Saban hari beliau dipukul oleh guru berkenaan sehingga beliau tidak dating ke sekolah selama 3 bulan. Saya dan beberapa orang kawan memujuk beliau supaya bersekolah semula.

Saya dan Hatta memakai uniform parti. Sahabat saya itu akhirnya mengentahui saya dari PKR. Beliau memberitahu sentiasa mengikuti perkembangan politik negara dan PKR. Satu ketika dahulu Wak Rabidin menjemput saya berceramah di Keratong 6. Poster diedarkan sehingga ke RPS Kedaik. Rosalim memberitahu ada nama saya tertera di situ. Beliau juga memberitahu ada membaca beberapa kenyataan saya di dalam surat khabar. Malah beliau mengenali saudara Hatta melalui akhbar. Beliau juga mengenali Wak Rabidin kerana selalu masuk ke RPS Kedaik untuk mengadakan program PKR dan bertemu dengan penduduk di situ. Beliau meminta PKR membantu masyarakat orang asal mendapatkan hak milik tanah kekal dan bergeran. Saya memberitahu beliau itulah perjuangan PKR.

Saya menceritakan kepada beliau berkenaan dengan perjuangan PKR dan menjemput beliau bersama-sama dengan PKR dalam usaha memperjuangkan hak-hak masyarakat orang asal. Hanya PKR Pahang sahaja parti politik yang menubuhkan Biro Hal Ehwal Orang Asal untuk memperjuangkan nasib mereka. Beliau nampaknya sangat berminat dan saya yakin sahabat saya itu akan bersama-sama dengan PKR sedikit masa lagi. Jam 5.00 petang kami bertolak balik dan saya berjanji akan datang lagi berjumpa beliau.