PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Sunday, December 20, 2009

Program BACK TO SCHOOL : Ahli Parlimen Kuantan Perihatin Kesusahan Rakyat


Kuantan 20 Disember, satu majlis ringkas yang dinamakan “Back To School” telah diadakan di perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Kuantan. Majlis penyerahan kupon kepada 100 orang anak yatim dan miskin di sekitar Parlimen Kuantan untuk membeli peralatan dan keperluan persekolahan telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh. Majlis tersebut diadalah bermula pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengahari.

Sempena bermulanya musim baru persekolahan pada awal bulan Januari 2010 nanti, Fuziah berharap pemberian kupon itu akan dapat meringankan beban ibu bapa untuk membeli peralatan dan keperluan persekolahan anak-anak. Beliau menyatakan akan sentiasa memberi komitmen yang tinggi bagi membantu golongan yang memerlukan. Beliau juga menyeru kepada mereka yang berada supaya turut mengeluarkan sumbangan bagi membantu golongan miskin. Ini kerana harta kekayaan yang diperolehi adalah anugerah Allah SWT dan sebahagiannya adalah menjadi hak golongan miskin.

Ibu bapa yang ditemui turut menyatakan kesyukuran kepada Allah kerana bantuan seumpama ini dapat meringankan beban mereka. Pertambahan beban kehidupan semakin terasa akibat kenaikan harga barang-barang keperluan. Oleh itu mereka amat berterima kasih kepada Ahli Parlimen Kuantan di atas usaha murninya ini.

Fuziah juga menyeru kalangan korporat agar turut sama membantu mereka yang susah dan miskin. Keperihatinan masyarakat terhadap nasib yang menimpa golongan ini akan dapat membentuk satu budaya tolong menolong dan kasih sayang di dalam sesama insan. Beliau juga menyatakan rasa kesal kerana sebagai seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat di dalam pilihanraya yang lalu tidak diberikan sebarang peruntukan. Ini berbeza dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang diberi peruntukan sebanyak RM 1 juta setahun untuk parlimen masing-masing.

Tindakan kerajaan ini menunjukkan mereka tidak dapat membezakan di antara politik dan pentadbiran sekaligus menandakan mereka masih tidak matang dalam aspek menguruskan negara. Sebagai orang yang dipilih oleh rakyat untuk menjadi wakil mereka, semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri mesti diberi peruntukan tanpa mengira mereka dari parti politik mana sekalipun. Oleh yang demikian langkah kerajaan ini sebenarnya adalah satu penghinaan terhadap rakyat yang telah membuat pilihan mereka sendiri.

No comments: