Dari RTS Kedaik kami terus ke Kampung Bangkung di Bandar 2 Paloh Hinai Pekan. Di situ kami bertemu dengan Nordin A/L Logam. Sebenarnya saya telah berjanji dengan Nordin untuk datang ke kampungnya selepas Pilihanraya Kecil Bagan Pinang. Lantaran kesibukan maka hari ini baru saya dapat bertemu dengan beliau.
Menurut cerita Nordin, Kampung Bangkung Luar mempunyai seramai lebih kurang 90 keluarga orang asal. Terdapat lebih kurang 30 buah rumah di situ. Penduduk di situ berasal dari Kampung Bangkung Dalam yang terletak pada jarak 4 km. Mereka telah mendiami kampung tersebut selama lebih kurang 10 tahun. Beliau menyatakan baru-baru ini pihak LKPP telah datang memasang pancang batu. Menurut Nordin rumah di perkampungan mereka akan di tolak kerana pihak LKPP bercadang membuka ladang kelapa sawit di situ. Beliau meminta pertolongan dari pihak PKR untuk membantu menyelesaikan perkara ini. Masyarakat orang asal di situ berharap supaya perkampungan mereka tidak dimusnahkan. Ini kerana mereka mahu tinggal berdekatan dengan sekolah dan jalan raya.
Beliau juga menyatakan Kampung Bangkung Dalam turut akan ditolak untuk didirikan penempatan semula orang asal. Ini sangat membimbangkan mereka kerana semua pokok getah dan kebun sayur-sayuran mereka akan turut musnah. Oleh itu akan menjejaskan mata pencarian mereka.
Satelah meninjau perkampungan tersebut, saya memberitahu Nordin dan sekumpulan orang asal disitu bahawa PKR akan berusaha untuk membantu mereka menyuarakan perkara ini kepada pihak berkuasa. Saya akan bertemu dengan pegawai JHEOA dan pengurusan LKPP untuk mengetahui kedudukan yang sebenarnya. Sekiranya kawasan tersebut merupakan kawasan yang telah diwartakan untuk orang asal maka PKR akan meminta LKPP supaya tidak meneruskan usaha mereka membuka ladang di situ.
Hasil tinjauan yang dibuat di dapati keadaan rumah orang asal di situ sangat uzur dan menyedihkan. Mereka didaftarkan sebagai ahli UMNO hanya untuk mendapatkan undi setiap kali pilihanraya. Perdana Menteri Najib tidak pernah peduli kepada nasib mereka bukan sahaja sebagai Perdana Menteri malah sebagai Ahli Parlimen Pekan. Kehidupan mereka terbiar, susah dan miskin.
PKR Pahang akan terus berusaha memperjuangkan nasib mereka dan meminta Kerajaan Pahang memberi perhatian yang serius membangunkan masyarakat orang asal.
ZAIDI AHMAD
1 comment:
Sdr Zaidi, tahniah diatas usaha sdr, dan saya memohon bantuan sdr supaya menamakan seorang berdua dari kalangan Orang Asal kampong ini untuk dimasukkan kedalam JK Biro Hal Ehwal Orang Asal Negeri Pahang, dan jemput mereka menghadiri mesyuarat pada 27hb Disember 2009 jam 11.00 pagi di Markaz PAS Kawasan Jerantut di Kg Temin untuk mesyuarat Biro itu. Hj Suhaimi
Post a Comment