PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Wednesday, April 7, 2010
The Team In Temin
Almost 5,000 people from near and far came and listened as the PKR’s speakers make their presentation. The first was Zaid Ibrahim. The crowd was charmed with his unassuming manner. Then, it was Chua Jui Meng. He was a definite hit with the crowd, mostly Malays, as he delivered his cynical satire of a disease of the kidneys, referring to Malaysia of course. Fauzi Rahman was not bad but he communicates well and a fluent Mandarin speaker. He also mentioned of the rape and abuse to the state of Pahang. However, Anwar was not his usual self tonight. He prefers to mention of issues already known to the audience. Somehow, everybody was waiting for his comment on Hadi’s stand on the Australian ‘interference’ of the judiciary.
The feeling of the multiracial brotherhood was there as there were Chinese and Indians presence. The leaders sitting on the stage signifies the strength of Malaysian brotherhood in the air, and this is only the beginning.
Looking at the audience, I can see that they represent the sad but helpless group of rakyat, who have been left behind in progress, and willing to fight. It strengthens the soul when one sees that I guess. Good job PKR.
Just another Citizen Journalism Malaysia weblog * About Elizabeth Wong on Why PKR Is Going To Win Hulu Selangor.
Met her last Sunday while she was taking a break from a briefing held at PKR stalwart Hj Suhaimi Said’s residence in Temerloh. Earlier, she took centrestage at the briefing and mesmerized her audience with her candidness and almost informal presentation. This feisty lady, Selangor state Exco and Bukit Lanjan assemblyperson, gave me a chance of an interview. Not many chances like this for me, here in the backwoods, to an interview with someone of Eli’s fame and stature. Unlike the CJs in the Klang Valley or Penang.
I didn’t get to know of her being at the meeting until I reached Hj Suhaimi’s house. I was unprepared. ‘Now’, said I,’ what am I going to ask her?’ It was obvious to her, to my embarrassment. Instead of giving me a piece of her mind, she thought up of a question that she would like to answer. I cringed in agreement.
The question is, ‘Is PKR going to win Hulu Selangor?’. ‘Definitely’, she answered with gusto. ‘Why?’. She then detailed out a list of things that PKR has done within two years. To her, PKR is getting better than it was two years ago. She mentioned the term ‘Merakyatkan Ekonomi’ or ‘Peopleizing of the Economy’ created by the State Government has channeled or distributed State’s wealth to the rakyats of Selangor. Whatever the State Government gets, it will distribute to its citizens. One is termed as a citizen of Selangor, or anak Selangor, after they have stayed in Selangor for at least five years.
The State also pays its senior citizens, or people above 60, RM2500, regardless of race, religion or party. This practice is called ‘Mesra Usia Emas’ or literally translated, Loving Golden Years. Selangor also provides a fund for health purposes, for citizens with health problems like for a cataract operation, dialysis or for small surgery.
There is also a program for the children of estate workers in getting a better education. And talking about education, there is also an allocation of 12 million ringgit building fund for national and vernacular schools. There is also allocation for those who manage to get into the university.
‘The MB is approachable, by anyone.’ This is not like before, I guess. She told me that he even received an unrehearsed show of support when he was given a standing ovation by a group of people when he was casually visiting a town.
She cited an example where, an old mining town of South Kinta Company which has closed up for the last twenty years, whereby the workers had been living in the quarters without land titles. This was solved by the present State Government. ‘This place is an UMNO territory, mind you.’ The distribution of wealth is for everybody, from any political party, she said.
Another point she mentioned that all state agencies practices transparency and accountability. Even the NGOs are accountable to the State.
Confidently she mentioned that the candidate will the best that PKR can offer, without mentioning who, even as I tried to trick her into telling me who it was. She also stated that there are data proving that people of Hulu Selangor are going to support PKR.
I really admire the confidence that she has and it was infectious among party workers in Pahang even. I had to cut the interview short, though I really would love a longer one, to be in Kuantan in two hours. Looking at how relaxed she was, without a trace of stress milling about her, maybe she will be right. That belongs to the future to know.
Artikel ditulis oleh Akmal Ariffin, AJK PKR Cabang Kuala Krau
Anwar tetap akan menjadi Perdana Menteri!
PENGERTIAN KEMERDEKAAN...SEDARLAH TEMAN.
Lebih 50 tahun rakyat diberi "candu" yang amat mengkhayalkan sehingga mereka lupa untuk menghayati dan memenuhi ruang lingkup kemerdekaan dengan pengisian yang penuh bererti. Semangat kemerdekaan yang sebenar hilang apabila rakyat mula "mabuk" dengan "candu" yang disajikan. Kalau ada pun hanya segelintir yang sedar tentang peri pentingnya mengisi kemerdekaan negara dengan elemen-elemen yang betul dan tepat. Terdapat juga beberapa pihak yang mengadakan pelbagai majlis mengisi sambutan hari kemerdekaan dengan menghayati pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu.
Namun majlis tinggal majlis, program hanya sekadar program; semuanya hilang bersama perginya tarikh sambutan; cuma bergema lagi pada sambutan tahun berikutnya. Begitulah saban tahun..!!!Rakyat kembali kepada penghidupan asal.
petikandarizaidiahmadkeadilanphg.blogspot.com
PKR AKAN BERKUBUR MENJELANG PRU KE 13???
petikan dari zaidiahmadkeadilanphg.blogspot.com
APCO : KERAJAAN KETEPIKAN PANDANGAN RAKYAT.
SHAH ALAM, 7 April: Tindakan segelintir Ahli Parlimen Umno/BN mempertahankan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan firma perundingan antarabangsa Apco Worldwide menghairankan di samping mengetepikan pandangan rakyat, kata Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar).
Baginya, rasa hairan tersebut timbul kerana kerajaan seolah-olah mengetepikan pandangan rakyat umum yang mengatakan Apco itu pro zionis-Israel.
"Ini yang paling menghairankan kita (di kalangan) Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (dan) rakyat umumnya (kerana) dalam kes Apco yang dikaitkan dengan zionis-Israel antarabangsa.
"(Kerajaan) tidak bertolak ansur dengan bukti-bukti yang didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, apatah lagi untuk tarik balik," kata beliau dalam suatu ceramah politik di sini, malam tadi.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan Negara (PAC) berkata, walhal kerajaan masih boleh bertolak-ansur dalam cadangan menarik semula subsidi minyak, isu royalti minyak di Kelantan dan Terengganu serta cadangan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebelum ini.
"Kerajaan boleh bertolak ansur dalam (dan) ditarik balik (tangguhkan) GST apabila kita (Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) dan rakyat bantah, begitu juga dengan subsidi (minyak), tetapi isu Apco ini tidak.
"Begitu juga dalam tuntutan royalti minyak, walaupun kerajaan tetap menafikan hak kerajaan negeri untuk mendapatkan royalti, kerajaan tetap beri 'wang ehsan' walaupun kita (Pakatan Rakyat) tak iktiraf pemberian tersebut, supaya rakyat tidak anggap kerajaan mengetepikan tuntutan mereka," ujarnya.
Bercakap pada pentas yang sama di Dewan MBSA Syeksyen 17, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam berkata, rakyat perlu mengambil iktibar daripada kuasa rakyat dalam mengkritik secara terbuka ke atas cadangan kerajaan untuk melaksanakan GST, tarik subsidi minyak dan penafian hak rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.
Tambahnya lagi, kerajaan sebenarnya sudah berana dalam keadaan paling lemah berdasarkan amalan 'flip-flop' dalam ketiga-tiga isu tersebut.
Sehubungan itu, rakyat, penyokong Pakatan Rakyat dan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat diajak terus berpadu dan menterjemahkan kritikan terhadap kerajaan dalam isu Apco tersebut dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tidak lama lagi.
Turut menyertai Kamaruddin dan Khalid antaranya ialah Saifuddin Nasution Ismail (Ahli Parlimen Machang merangkap Setiausaha Agung PKR) dan Haji Azli Haji Yusof (Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam).
petikandarinewskini
APA LA NASIB AHLI PALIMEN PAKATAN RAKYAT, KARPAL SING AHLI PARLIMEN GELUGOR, DI GANTUNG 10 HARI SIDANG PARLIMEN.
Karpal Singh (DAP-Gelugor) hari ini digantung daripada Dewan Rakyat selama 10 hari berikutan tindakannya menyalahkan speaker yang didakwanya tidak mengikut keputusan yang dibuat sebelum ini.
Drama bermula apabila Tian Chua (PKR-Batu) bangun untuk meminta penjelasan daripada speaker berhubung notisnya untuk merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.
![]() |
Pandikar kemudiannya mengarahkan Tian supaya duduk, namun Karpal pula menghidupkan mikrofonnya dan berkata speaker telah melanggar keputusan yang pernah dibuatnya sendiri sebelum ini.
Karpal mengulangi kata-katanya itu sebanyak enam kali dan juga menggelarkan speaker dengan sebagai 'diktator'.
Pandikar memintanya mengulangi gelaran itu yang dipatuhi Karpal.
Tindakan itu membawa padah apabila Pandikar mengarahkannya keluar dewan.
![]() |
Pandikar juga memutuskan Karpal digantung daripada parlimen bagi tempoh 10 hari.
Tindakan itu kemudiannya menerima bantahan daripada wakil-wakil pembangkang.
Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) kemudiannya bangkit dan berkata keputusan speaker itu tidak adil.
Pandikar kemudiannya berkata, beliau akan berlaku adil dan memutuskan untuk membuka undian secara belah bahagi ke atas usul yang dibawa oleh Tian.
Usul itu bagaimanapun ditolak apabila hanya 56 ahli parlimen menyokong usul berkenaan, berbanding 82 yang menentang.
dipetikdariblogmalaysiakini.
Tuesday, April 6, 2010
PKR SENARAI PENDEK 5 CALON HULU SELANGOR
Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata setakat ini, jawatankuasa pilihan raya Pusat parti itu telah menerima 12 nama yang dicalonkan oleh peringkat akar umbi.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini, Fuziah yang juga anggota Parlimen Kuantan, berkata PKR tidak menetapkan faktor kaum sebagai antara kriteria sebaliknya memastikan calon yang akan dipilih mampu diterima baik oleh rakyat dan boleh berkhidmat kepada masyarakat tempatan.
Katanya pengumuman mengenai calon PKR itu akan dibuat pada satu ceramah pengenalan calon minggu hadapan.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR akibat barah otak pada 25 Mac lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 17 April untuk penamaan calon.
Bernama
FOTOLOG:Aktiviti KEADILAN
Sdr.Bung Tajudin Ramli,Bendahari KEADILAN Temerloh bersama Pak Ibrahim Chik sewaktu kunjungziarah ke rumah beliau.
Sdr.Ahmad Nizam berceramah bersama YB Husam Musa,exco Kerajaan Negeri Kelantan di Darul Amin Sg.Gau
Monday, April 5, 2010
FOTOLOG:KEADILAN DISANA SINI
MP Indera Mahkota saman Utusan RM29 juta
SIKAP TEGAS KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN PAKATAN RAKYAT..INI DI NAMAKAN PEMIMPIN RAKYAT.
"Saya Rela Digantung Daripada Parlimen", Anwar
petikandaribloglagiberita
HULU SELANGOR : RASUAH POLITIK DITABURI SEBELUM PILIHAN RAYA..ITU CARA YANG TERBAIK DARI PEMIMPIN UMNO-BN SELAMA INI.
Ini dapat dilihat melalui kunjungan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor semalam, di mana kempen politik Umno-BN terus-menerus dilaksanakan di kalangan guru yang dipaksa berhimpun di sekolah tersebut.
Di dalam lawatan yang sama, Muhyiddin telah dilihat melaksanakan tiga janji pembangunan yang sama sekali bersifat politik iaitu:
- mengumumkan penubuhan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah di kawasan Hulu Selangor;
- peruntukan RM2 juta untuk penyelesaian masalah banjir di Kampung Sentosa, Batang Kali; dan
- peruntukan RM100,000 untuk pembaikpulihan dan pembelian van jenazah Masjid Al-Sajdin, Kampung Sentosa.
Pertamanya, ini jelas bercanggah dengan Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah atas kesalahan melakukan sogokan apabila:
"tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk manamana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya."
Kedua, AMK melihat tindakan ini adalah satu tindakan terdesak yang sangat drastik, dalam keadaan penamaan calon baru sahaja diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini, dan itupun tarikhnya melangkau dua minggu dari tarikh semasa.
Tindakan menawarkan pembangunan 'mi segera' seumpama ini bukanlah sesuatu yang menghairankan dalam strategi Umno-BN untuk memancing undi, apatah lagi saban waktu pilihanraya kecil, rakyat setempat akan sentiasa ditawarkan ganjaran pembangunan yang mendadak meskipun pembangunan tersebut tidak dapat rakyat kecapi selepas 50 tahun pemerintahan Umno-BN.
DUN Batang Kali misalnya, merupakan kawasan DUN yang menjadi kubu kuat Umno-BN turun temurun, malah pernah melahirkan seorang Menteri Besar iaitu Tan Sri Muhammad Muhd Taib, tetapi jika dilihat keadaan semasa, ia jauh lebih mendukacitakan jika hendak dibanding dengan kawasan-kawasan di Pantai Timur seperti Kelantan yang diperintah oleh Pas-Pakatan Rakyat.
Apakah Umno-BN merasakan bahawa 'fasa pembodohan rakyat' yang mereka jalankan tahun demi tahun melalui taburan pembangunan mi segera seumpama ini mampu menawan hati rakyat di sebalik pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor selama dua tahun?
Rentetan daripada ini, AMK akan mengemukakan bantahan kepada SPR mengenai taburan pembangunan mi segera ini yang jelas merupakan satu bentuk rasuah politik yang sewajarnya dibendung oleh SPR dan SPRM.
Ini merupakan satu cabaran terbuka buat ketua pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Abu Kassim Mohamed yang mahu mengembalikan keyakinan masyarakat ke atas integriti badan pencegahan rasuah itu.
AMK mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat secara 'gentleman' tanpa menggunakan sebarang instrumen kerajaan seperti kementerian kewangan dan unit penyelarasan pelaksanaan (ICU) untuk membanjirkan Hulu Selangor dengan projek pembangunan 'mi segera'.
KALAU AHLI PARLIMEN SELURUH DUNIA FAHAM DENGAN TUDUHAN YANG MELULU TERHADAP DSAI, KENAPA LA AHLI PARLIMEN 1 MALAYSIA MELATAH!!!!!!
145 Ahli Parlimen Seluruh Dunia Tuntut Gugurkan Kes Anwar
petikandaribloglagiberita.
KALAU PEMIMPIN UMNO-BN DAH KATA BEGINI..FAHAM-FAHAM AJE LA..
Ku Li: Umno-BN Akan Hilang Sokongan Melayu Di Hulu Selangor
KOTA KINABALU 4 Apr- Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah menjangkakan KEADILAN-Pakatan Rakyat akan mampu menarik sokongan pengundi Melayu yang menyokong Umno-Barisan Nasional sekiranya parti itu menamakan calon Melayu yang berwibawa dan mempunyai ketokohan.Malah menurut bekas Menteri Kewangan itu Barisan Nasional tidak akan mempunyai jalan mudah menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tersebut.
"Pilihan raya kecil Hulu Selangor tidak akan memberi laluan mudah kepada Barisan National. PKR akan mampu menarik banyak sokongan pengundi Melayu sekiranya calon Melayunya baik.
"Barisan National tidak akan mendapat sokongan pundi Melayu," kata beliau selepas menyampaikan ceramah berhubung isu royalti minyak di Kota Kinbabalu, Sabah semalam.
PRK Hulu Selangor yang dijangka berlangsung pada 25 April depan diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen dari KEADILAN, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71 tahun minggu lalu akibat barah otak.
MIC telah menamakan calon tunggalnya, Datuk G. Palanivel sebelum pucuk pimpinan BN membuat keputusan muktamad sementara Umno Bahagian Hulu Selangor telah menghantar memorandum kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mendesak supaya kerusi itu diserahkan kembali kepada Umno.
Penyokong bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib juga telah memasang kain rentang dan poster untuk menonjolkan beliau sebagai calon berpotensi. -
Petikandaribloglagiberita.
Friday, April 2, 2010
Hulu S'gor: 25 April undi, 17 April penamaan calon
Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ditetapkan pada Ahad, 25 April.
Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat selama dua jam di pejabatnya di Putrajaya. Katanya, SPR menerima pemakluman kekosongan kerusi Hulu Selangor pada 29 Mac oleh speaker Dewan Rakyat. Writ pilihan raya akan dikeluarkan hari ini - 2 April dan notisnya pula akan dikeluarkan tiga hari selepas itu. SPR juga mengumumkan pelatinkan pegawai daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan tujuh orang pembantunya. Abdul Aziz berkata, Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah mensyaratkan supaya kekosongan kerusi yang berlaku perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.
Kawasan pilihan raya parlimen Hulu Selangor itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos. Katanya 32,380 pengundi terdiri daripada pengundi lelaki manakala 32,120 adalah wanita. Daripada jumlah tersebut, Abdul Aziz berkata kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.
Beliau juga berkata SPR akan menubuhkan enam pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) mengikut Seksyen 27B AKta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen dari hari penamaan calon sehingga tamat hari pengundian.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi. Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai. Sejak kematian bekas timbalan menteri besar Selangor itu, Umno berusaha keras untuk melobi kerusi itu yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC. petikandarimalaysiakini. | ||||
| Kepada warga PKR Pahang, moh kita pakat ramai-ramai gi ke Hulu Selangor, tolong kawan kita bertanding...LAWAN TETAP LAWAN !!!!!.. BERSAMA BERUBAH !!!!!.. JUSTICE FOR ALL !!! |
Thursday, April 1, 2010
PEJABAT PENGERUSI PKR PAHANG DICEROBOH
Penceroboh-penceroboh itu nak cari apa sebenarnya??? Duit? Orang PKR banyak duit ker??? Banyak mana dapat projek??? Mungkin juga Dato' Fauzi dan Sdra Nizam banyak duit. Dato' Fauzi kan Bekas Timbalan Menteri... Mesti banyak duit... Sdra Nizam pula seorang peguam.. Banyak kes banyak duit.. Betul ker???... Ntahlah...
Mungkin juga penceroboh-penceroboh itu nak cari dokumen. Dokumen perniagaan Dato' Fauzi dan dokumen kes yang dikendalikan oleh Sdra Nizam. Atau nak cari kalau-kalau mereka berdua menyimpan dokumen PKR??? Semua itu satu persepsi.
Harap-harap pihak polis siasatlah betul-betul. Kita percaya polis Malaysia sangat cekap dan profesional menjalankan tugas. Cekap? Memang cekap. Mudah-mudahan penceroboh-penceroboh tersebut dapat ditangkap dan dibicarakan. Kita pun nak tau sebab apa mereka menceroboh. Nak curi duit ker nak curi dokumen?...sama-sama kita tunggu "kecekapan" polis Malaysia...
Pengarah Sekretariat
KUASA POLITIK DAN KUASA AGAMA.
|
| Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka, apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis. Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa. Kita hendaklah mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang berasaskan keadilan dan kerahmatan. Begini... Sepanjang sejarah kita lihat bukan sedikit pemimpin yang cuba mendakwa dirinya adalah jelmaan Tuhan, atau dia merupakan Tuhan. Jika tidak pun, ramai pemimpin tanpa mengira jenis agama, bangsa dan negara cuba menguasai upacara agama, atau menguasai orang agama. Mengapakah hal ini berlaku? Sebenarnya, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila 'iman rakyat' dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan diri pemimpin dengan 'Tuhan' atau 'pegangan agama' adalah faktor terkuat untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang pemimpin. Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai 'tuhan' atau 'jelmaan Tuhan' adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau menguasai 'iman rakyat'. Begitulah juga penonjolan ciri-ciri agama seperti membawa orang agama menyokong atau berdoa atau berdampingan dengan sesebuah kepimpinan politik itu kadangkala atas tujuan sedemikian. Maka, sikap pemimpin atau raja menonjolkan unsur-unsur agama atau hubungannya dengan ahli-ahli agama mempunyai berbagai andaian; boleh jadi atas kesedaran dan kecintaan serta ikhlas kepada agama atau 'Tuhan', tetapi boleh jadi juga ada tujuan yang membabitkan agenda penguasaan politiknya. Orang Agama Rentetan dari itu, kita hendaklah sedar bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan oleh orang ramai disebabkan faktor agama, dia sebenarnya telah memiliki sebahagian daripada kuasa penguasaan terhadap orang lain. Ertinya, dia mempunyai sebahagian 'penguasaan politik' atau kuasa yang menyebabkan orang lain hormat, patuh dan menurut arahannya. Maka jangan hairan jika ada orang agama yang bersaing antara satu sama lain seperti mana orang politik bersaing. Jangan hairan jika ada imam yang 'senior' tidak mahu memberi laluan kepada 'imam junior' di sesebuah masjid yang hanya berada di hulu kampung. Walaupun kadangkala tiada elaun yang tinggi yang dibayar, namun 'pengaruh politik agama' amat besar harganya bagi seseorang yang terbiasa dengan kuasa penguasaan ke atas orang lain. Itu jika di hulu kampung, bagaimana pulak jika membabitkan tempat, atau wilayah yang lebih besar? Maka janganlah hairan, jika tanpa keikhlasan iman golongan agama juga akan bertarung dan jatuh menjatuh sama seperti orang politik. Bukan kerana perbezaan idea, tetapi kerana 'kemaruk kuasa' seperti mana yang berlaku kepada ramai orang politik yang tidak bersandarkan wahyu. Mereka pun akan menghapuskan apa sahaja yang boleh mengikis penguasaan mereka. Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H): "Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya" (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 7/262). Justeru itu juga, kita melihat bukan sedikit golongan agama yang cuba mendampingi pemerintah atau raja. Perdampingan mereka itu boleh jadi kerana keikhlasan untuk menerapkan nilai-nilai agama dan keadilan demi kebaikan rakyat, tetapi boleh jadi juga kerana tujuan untuk menguatkan penguasaan mereka terhadap masyarakat dan rakyat. Perkongsian dan pertarungan kuasa Sepertimana politik boleh menjadi saluran mendapat kemegahan, sanjungan, kekuasaaan dan harta, demikianlah agama. Maka sepanjang sejarah, bukan sedikit kita melihat dua kelompok ini berpakat untuk menguatkan antara satu sama lain. Tujuannya; sama ada demi mematuhi perintah agama, ataupun demi mengukuhkan cengkaman mereka ke atas orang lain. Begitulah juga kita melihat kedua kuasa ini; kuasa politik dan kuasa agama kadangkala bersaing dan bertarung antara satu sama lain. Boleh jadi pertarungan itu disebabkan kuasa politik merasakan kuasa agama bersaing pengaruh terhadap rakyat, ataupun kuasa agama merasakan kuasa politik telah berperanan merentasi sempadan yang sepatutnya dikawal oleh pengaruh agama. Maka kerja sama atau pertarungan antara dua kuasa ini boleh jadi atas asas menegakkan kebenaran dan keadilan di mana kuasa agama cuba mencegah kezaliman kuasa politik seperti para nabi menentang pemerintah yang zalim di zaman mereka. Ataupun, kuasa politik cuba mencegah kezaliman atas nama agama seperti kebangkitan Eropah menentang kuasa gereja atau Pemerintah Inggeris yang menghapuskan beberapa amalan agama yang zalim di India seperti sati yang membakar hidup-hidup isteri bersama suami yang mati. Islam Dan Pemerintah Islam juga menyatakan pemerintah adalah khalifah yang bertanggungjawab terhadap menegakkan agama dan bersiasah dengan panduan agama. Namun, Islam menjadikan keadilan dan kebenaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas. Pemerintah tiada kuasa mutlak atau dianggap maksum (infaillible). Pemerintah sentiasa terdedah kepada kritikan dan pembetulan. Ini terbukti dalam teksal-Quran dan al-Sunnah serta amalan Khulafa al-Rasyidin yang menegaskan prinsip ini. Membetulkan pemerintah apabila salah adalah satu tanggungjawab. Islam tidak menyatakan semua perbuatan pemerintah itu divine atau diredhai Allah. Islam tidak menyatakan taatlah apa sahaja yang disuruh oleh pemerintah. Sebaliknya, Allah menyebut: (maksudnya) "Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya" (Surah al-Nisa' 59). Ertinya, jika berlaku perselisahan, asasnya bukan pendapat pemerintah tetapi kembali kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Selepas ayat ini, Allah menegaskan tanggungjawab rakyat melantik pemerintah yang berkualiti dan layak, dan tanggungjawab pemerintah yang dilantik melaksanakan keadilan: (maksudnya) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat". (Surah al-Nisa: 58). Terlalu banyak nas-nas yang melarang mentaati pemimpin secara 'membabi buta' (blind imitation). Antaranya, sabda Nabi s.a.w: "Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Islam dan ulama Islam tidak pernah memaksumkan ulama. Seperti mana orang lain, ulama terdedah kepada salah dan silap. Sebab itu adanya istilah ulama al-suk atau ulama jahat yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri sehingga menggadaikan kebenaran. Bahkan al-Quran mensifatkan ulama jahat seperti anjing dalam Surah al-'Araf ayat 75-76. Ulama dilarang mengampu pemerintah atas kesalahan atau bersekongkol dengan mereka atas kezaliman. Sehingga Nabi s.a.w memberi amaran: "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)". Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi, ia dinilai sahih oleh al-Albani). Pemerintah dan ulama Pemerintah dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemaslahatan rakyat. Bukan kepentingan diri ataupun puak tertentu semata sehingga meminggirkan prinsip kepentingan umum. Pemerintah di suruh bersama ulama jujur demi memastikan mereka sentiasa berada atas landasan yang redhai Allah bukan untuk menguatkan cengkaman kuasa kedua kelompok itu. Sabda Nabi s.a.w: "Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang diselamatkan Allah". (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai). Inilah Perbezaannya... Jika gabungan pemerintah dan golongan agama itu jujur, maka natijahnya akan ditegakkan kebenaran, keadilan dan kerahmatan kepada rakyat. Pemerintah akan tunduk kepada agama dan ulama akan bebas daripada kepentingan lantas rakyat menikmati keadilan. Sebaliknya, jika tujuannya untuk cengkaman kuasa, kita akan mendapati kedudukan kedua golongan bertambah selesa sedangkan rakyat bertambah resah. Di dunia Islam, ada mufti-mufti yang berjenama besar, tetapi gagal untuk menasihati pemerintah mereka dengan tegas agar jangan bersekongkol dengan Israel yang menzalimi rakyat Palestin. Lihat apa yang Mesir, Jordan dan negara-negara lain lakukan terhadap nasib rakyat Palestin yang terkepung di sempadan mereka. Ketika golongan agamawan makan mewah di meja bersama penguasa, rakyat Palestin di sempadan mati kebuluran!! Di negara kita juga mesti dilihat keadaan mana yang berlaku. Umpamanya, jika peraturan agama pencetakan atau selainnya dibuat dengan ditegaskan 'tidak boleh mengkritik mufti' atau sultan atau majlis agama, maka itu untuk cengkaman kuasa. Jika dimasukkan 'tidak boleh menghina Allah dan Rasulullah, itu untuk Islam dan kebenaran!!! Setiap pihak terdedahkan kepada kesilapan dan penilaian, sehingga Abu Bakr dan Umar membenarkan diri mereka dikritik, bagaimana ada kelompok yang tidak boleh dikritik!! Apabila sesebuah buku diharamkan tanpa alasan melainkan 'panel kurang selesa' atau 'panel agama merasa keliru' maka itu ke arah negara primitive dan kepentingan kuasa. Namun jika dilarang dengan asas-asas ilmiah yang dibahas secara ilmu dan adil, maka itu prinsip Islam!! Jika yoga diharamkan kerana ada unsur bagai menyembah, tetapi dalam masa yang sama 'adat menyembah raja sehingga merangkak' direstui golongan agamawan, maka itu kepentingan! Jika doa dibaca buat pemimpin dan sultan dimasukkan unsur mengampu dipuja sultan dan raja dalam doa sehingga hilang rasa rendah diri di hadapan Allah maka itu kepentingan 'sambungan jawatan'! Demikianlah seterusnya.. Kita tidak takutkan prinsip Islam ditegakkan, kita takut nama agama digunakan untuk cengkaman kuasa dan kerjasama 'pintar dan putar' antara kedua kelompok ini untuk kepentingan masing-masing! Marilah kita nilai dengan teliti apa sebenarnya yang sedang berlaku... Nota pengarang: Dr Mohd Asri - bekas mufti Perlis - adalah lulusan sarjana mudanya Universiti Jordan dalam bidang bahasa Arab dan syariah, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengajian Islam. Beliau seterusnya mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafahnya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan tesisnya berhubung sebab wurud (terbitnya) hadis. dipetikdarimalaysiakini. |
ANWAR : BN ' CURI ' AGENDA EKONOMI PAKATAN RAKYAT.
| Pakatan Rakyat mempertikaikan tindakan kerajaan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) semalam, yang didakwa 'dicedok' daripada kandungan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan. Ia juga didakwa diumumkan dengan membelakangkan kepentingan parlimen, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum. "Model Ekonomi Baru yang Datuk Seri Najib umumkan hampir sama," katanya lagi. Je
"Tapi persoalannya ialah bahawa persamaan kenyataan itu hanya pada kenyataan, tidak pada program yang konkrit, tidak ada perubahan besar dasar. "Tidak ada komitmen untuk mengubah fasiliti awam, tidak disentuh usaha membanteras rasuah yang menyebabkan kehilangan puluhan juta ringgit, iaitu musuh ekonomi negara," katanya. Lim Kit Siang pula berkata pengumuman berkenaan menunjukkan perdana menteri tidak menghormati institusi parlimen. "Saya fikir perdana menteri tidak menunjukkan hormat kepada parlimen," katanya Tambahnya, kerajaan juga perlu mendapatkan pandangan wakil rakyat melalui penubuhan jawatankuasa khas pilihan parlimen untuk meneliti dasar berkenaan, sebelum ianya diumumkan kepada rakyat.
Pandangan ini dipersetujui presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendirian bahawa tindakan tersebut bercanggah dengan slogan "rakyat didahulukan" yang dicanang oleh kerajaan. "Ini bercanggah dengan slogan rakyat diutamakan. Kami adalah wakil rakyat dan ini sangat berkait dengan kepentingan rakyat," katanya. | |||
| dipetikdarimalaysiakini | |||







Hj.Abas Ketua Cabang Bera dan Ketua Penerangan KEADILAN Pahang sewaktu Majlis Taklimat tertutup Setiausaha Agung di Shah Alam baru-baru ini 









