PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, April 1, 2010

PEJABAT PENGERUSI PKR PAHANG DICEROBOH

Malam tadi pejabat syarikat kepunyaan Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman telah dipecah masuk. Perkara itu disedari pagi ini apabila anak beliau Faisal Fauzi dan beberapa orang kakitangan syarikat datang bekerja. Keadaan pejabat bersepah kerana digeledah seolah-olah penggeledah itu "mencari sesuatu". Dato' Fauzi & Faisal memaklumkan mereka tidak menyimpan wang atau barang berharga di pejabat tersebut. Apa yang ada hanyalah fail-fail kerja dan urusniaga. Laporan polis telah dibuat oleh Faisal. Pada minggu lepas pejabat Ketua PKR Cabang Temerloh, Peguam Ahmad Nizam Hamid telah di ceroboh.
"Kayu" betullah penceroboh-penceroboh tersebut. Tiada apa yang mereka ambil. Ada bermacam-macam barang pejabat yang boleh mereka ambil; laptop, desktop, alat tulis, kerusi meja, kertas, lampu, penyapu dan lain-lain yang boleh dijual. Boleh buat duit. Tetapi tidak ambil apa-apa pun. Apa sebenarnya yang mereka cari??? Mungkinkah budak-budak nakal yang "hobi" mereka memecah masuk pajabat dan premis orang??? Namun tidak mahu mengambil apa-apa walaupun berharga. Pelik juga... Lagi pelik dalam masa seminggu dua pejabat Ketua PKR yang diceroboh. Seorang Pengerusi Negeri dan seorang lagi Ketua Cabang. Kebetulan saja tu... Ya kebetulan "agaknya". Pandai juga penceroboh-penceroboh itu memilih pejabat secara kebetulan. Kebetulan pula kedua-duanya pejabat orang kuat PKR Pahang.


Penceroboh-penceroboh itu nak cari apa sebenarnya??? Duit? Orang PKR banyak duit ker??? Banyak mana dapat projek??? Mungkin juga Dato' Fauzi dan Sdra Nizam banyak duit. Dato' Fauzi kan Bekas Timbalan Menteri... Mesti banyak duit... Sdra Nizam pula seorang peguam.. Banyak kes banyak duit.. Betul ker???... Ntahlah...


Mungkin juga penceroboh-penceroboh itu nak cari dokumen. Dokumen perniagaan Dato' Fauzi dan dokumen kes yang dikendalikan oleh Sdra Nizam. Atau nak cari kalau-kalau mereka berdua menyimpan dokumen PKR??? Semua itu satu persepsi.


Harap-harap pihak polis siasatlah betul-betul. Kita percaya polis Malaysia sangat cekap dan profesional menjalankan tugas. Cekap? Memang cekap. Mudah-mudahan penceroboh-penceroboh tersebut dapat ditangkap dan dibicarakan. Kita pun nak tau sebab apa mereka menceroboh. Nak curi duit ker nak curi dokumen?...sama-sama kita tunggu "kecekapan" polis Malaysia...


Pengarah Sekretariat

No comments: