
PKR juga turut mendakwa langkah memberikan bantuan tunai seperti itu juga menunjukkan kegagalam kerajaan memahami masalah ekonomi yang menyelebungi Malaysia.
“Ia bukan tindakan bijak kerana bakal menyebabkan perbelanjaan besar tanpa mengubah struktur ekonomi apabila sejumlah antara RM7 bilion hingga RM11 bilion dibelanjakan setahun boleh digunakan untuk mengurangkan harga, memansuhkan tolo dan menurunkan harga kereta,” katanya kepada pemberita di sini.
Rafizi (gambar) menjelaskan, anggaran untuk mencapai sasaran BN meningkatkan pemberian BR1M kepada RM1,200 daripada RM500 sebelum ini akan meningkatkan kos sebanyak RM7.2 bilion pada tahun pertama dan RM11 bilion pada 2023.
“Ia tidak menyelesaikan masalah mereka atau mengubah kedudukan ekonomi,” katanya dalam respon kepada manifesto BN yang dilancarkan Sabtu lalu.
No comments:
Post a Comment