PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, March 21, 2012

SPR masih belum keluarkan 40,000 pemilih meragukan

KUALA LUMPUR 20 Mac: KEADILAN kesal sikap tidak telus Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) apabila sejumlah 40,000 daftar pemilih meragukan masih tidak dibersihkan walaupun diarahkan berbuat demikian oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Penambahbaikan Sistem Pilihan raya beberapa bulan lalu.
Timbalan Prsiden KEADILAN, Azmin Ali berkata SPR membuat kenyataan palsu kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi Penambahbaikan Sistem Pilihan raya apabila berjanji untuk membersihkan daftar pemilih tersebut namun hingga kini masih gagal berbuat demikian.
“Berdasarkan maklum balas SPR sebelum ini, SPR seperti tidak berminat untuk melaksanakan penambahbaikan sistem pilihan raya negara. SPR masih berdegil dan enggan membersihkan daftar pemilih yang masih kotor selepas PRU-12 lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Pejabat Pembangkang, Parlimen sebelum sesi mesyuarat PSC berlangsung petang tadi.
Turut serta dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.
Katanya, Pakatan Rakyat menuntut agar SPR bertindak secara telus bagi mencapai objektif PSC menambahbaik pilihanraya dinegara ini.
Tambahnya, jawatankuasa penambahbaikan tidak memberi apa-apa makna jika SPR  tidak dapat membersihkan keraguan daftar pemilih.
Azmin berkata, Pakatan Rakyat akan mendapatkan pengesahan daripada SPR sekali lagi pada mesyuarat PSC yang akan diadakan pada Khamis ini dan mengharapkan komintmen yang lebih bertangungjawab daripada suruhanjaya itu.
Pada 14 Oktober tahun lalu, media melaporkan wujudnya 40,000 pemilih ‘diragui’ menimbulkan persoalan terhadap sistem Jabatan Pendaftaran Negara yang dikenali sebagai Agency Link-Up System (ALIS).
ALIS merupakan sistem yang menghubungkan pengkalan data SPR dengan pengkalan data di JPN yang digunakan bagi mengenalpasti samada individu yang mendaftar sebagai pemilih adalah sah sebagai warganegara.

No comments: