PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, March 12, 2012

Penduduk Sg Lembing Demo Tolak MB Samseng


Penduduk Sg Lembing dekat Kuantan hari ini mengadakan perhimpunan membantah cadangan pembuangan sisa radioaktif di lombong tinggal di kawasan mereka. Disertai kumpulan anti Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) -- Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) -- kira-kira 300 orang berkumpul di pasar pagi kawasan itu sambil melaungkan pelbagai slogan seperti "Hancur Lynas, hidup rakyat" dan "Stop Lynas, save Malaysia" (hentikan Lynas, selamatkan Malaysia).

Bantahan itu berlangsung sehari selepas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menggelar wartawan harian Cina sebagai "bodoh" kerana melaporkan kenyataannya berhubung isu itu.

Menurut SMSL, penduduk tempatan bimbang cadangan itu menjejaskan ekonomi dan industri pelancongan setempat yang baru berkembang di Sg Lembing. ~malaysiakini

No comments: