PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, August 12, 2011

Rumah dijilat api, tinggal sehelai sepinggang

Suhaimi Said, Ketua PKR Cabang Kuala Krau, menyampaikan sumbangan wang tunai dari Dr Syed Husin Ali, mantan Timbalan Presiden PKR.


Saya sampai ke Matau, Jengka lebih kurang jam 5.00 petang, 12.8.11 untuk menemui Sdr Mat Yee, Ketua PKR Ranting Matau. Mat Yee memang tersedia menunggu saya kerana telah menerima panggilan talipon dari Kak Hendon (isteri saya) tentang kedatangan saya.

Saya ke Matau bersama cucu saya, Aina yang nak-nak juga mengikut saya. Dari rumah Mat Yee kami ke Rantau Perintis, Jengka. Lebihkurang 5 minit perjalanan, kami sampai di rumah Mat Dollah, 62.

Mat Dollah dan Siah Che Wil, isterinya, sedang rehat-rehat di rumahnya yang terbakar. Habis licin. Semuanya hangus, tilam, katil, pinggan mangkuk, makanan, dan wang tunai sebanyak RM5000.00.

Keluarga dhaif ini menyimpan sedikit demi sedikit dari puluhan tahun wang RM5000.00 dan pada 8hb Ogos lalu, semuanya menjadi igauan semata-mata.

Rumah yang terbakar itu adalah rumah yang baru dibina oleh Mat Dollah hasil dari pendapatan kecil yang mereka dapat. Mat Dollah bekerja bertujuk tanam dan apa yang dikeluarkan dijual oleh isterinya di pasar borong Jengka.

"Habis terbakar, kad pengenalan saya pun habis terbakar dan saya tak ingat pun nombor kad pengenalan saya itu," kata Mat Dollah. Tetapi dengan bantuan Mat Yee, nombor kad pengenalan Mat Dollah dapat dicari.

Mat Dollah adalah penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat dan saya selaku Ketua PKR Cabang Kuala Krau menyeru kepada mana-mana anggota PKR agar dapat menghulurkan sumbangan, tak kiralah, tilam, bantal, kain baju, gebar, cadar, towel, pinggan mangkuk, alat dapur, barang makanan atau wang tunai.

Sumbangan boleh terus dihantar kepada Mat Dollah melalui Ketua Ranting PKR Matau, Sdr Mat Yee, atau melalui saya di alamat F.128 Tkt 1, Jalan Tengku Ismail, 28000 Temerloh hp 0199321260.

No comments: