PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, June 3, 2011

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK: RAKYAT TERUS MENJADI KORBAN



SHAH ALAM 2 JUN :Gaji Pengarah Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Che Khalib Mohamad Noh RM1.8 juta tahun lalu, sekali ganda berbanding 2009.


Manakala seorang lagi pengarah eksekutif TNB Azwan Mohd, yang dilantik April 2010, menerima RM755,320.22, termasuk gaji pokok RM457,440.

Sementara gaji minima pekerja TNB pula hanyalah RM750.

FMT memetik Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB Mohamad Roszeli Majid sebagai berkata TNB hanya menawarkan kenaikan gaji 7.5 peratus dalam rundingan pekerja-majikan yang sedang berlangsung.

Kesatuan meminta kenaikan antara 10 hingga 25 peratus tetapi ditolak oleh majikan. TNB memperolehi hasil RM34 juta termasuk RM4.1 juta keuntungan daripada operasinya.

ULASAN:


“Kenaikan tarif tidak membebankan rakyat”, begitulah intipati tajuk yang menghiasi muka depan Utusan Malaysia dan juga Berita Harian beberapa hari lepas. Dalam pengumuman tarif baru elektrik yang berkuat kuasa 1 Jun 2011, seramai 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna tidak mengalami kenaikan bil elektrik mereka jika menggunakan kurang daripada 300 kilowatt sejam (kWj) tenaga itu sebulan. Kata Perdana Menteri, kenaikan tarif itu perlu demi menggalakkan syarikat-syarikat tenaga melabur dalam bidang cari gali minyak serta gas dan penerokaan sumber tenaga baru. Melalui pelan rasionalisasi subsidi yang diumumkan, kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan taraf asas elektrik sebanyak dua peratus bagi menampung kos pembekalan semasa [UM 01/06/11]. Kenaikan tarif elektrik pada kali ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh kenaikan harga gas asli kepada sektor tenaga daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU berkuat kuasa 1 Jun 2011.



MAK CIK NI TANYE YE KE !! UNTUK MAKCIK ATAU TAUKEI...OHHHHH 1MALAYSIA





No comments: