PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, May 11, 2011

TASK-FORCE UMNO UNTUK GULINGKAN MUSA?


RESTU.....Benarkah Najib merestui Kudita yang dianjurkan Shafie melalui Perayaan Pesta Menuai? Jika tidak kenapa Najib berdiam diri dan membiarkan Shafie terus menggunakan pengaruh beliau seperti poster ini?


Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

SETELAH beberapa kali sesat di belantara politik dan sering menemui kegagalan untuk merintis jalan pulang ke Sabah, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini menubuhkan Task Force UMNO; konon atas restu Presiden UMNO bagi menggulingkan Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Jika sebelum ini, Shafie menggunakan Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin dan Adun Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail sebagai ‘kuda’ dan ‘keldai’ politiknya, namun sering menemui kegagalan, menyebabkan Shafie terpaksa menukar ‘Modus Operandi’ dengan menjual nama Presiden UMNO untuk memberi kekuatan dan memastikan cita-cita menumpaskan Musa Aman di luar gelanggang menjadi kenyataan.



Pengkhianatan Shafie begitu ketara pada Pilihanraya Umum Ke 12 apabila langsung tidak membela pemimpin USBO sekalipun sebagai Penasihat USBO beliau telah berjanji untuk memastikan bahawa pemimpin tertinggi USBO akan tetap dipilih sebagai calon; namun ketika senarai calon diumumkan, nama Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, Tan Sri Pandekar Amin Haji Mulia dan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha tercicir dan tersingkir.

Kini menjelang Pilihanraya Umum Ke 13, Task Force UMNO (KDM) digunakan untuk menyingkirkan Musa Aman dan semua penyokongnya bagi memastikan beliau terpilih sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan mengetuai pilihanraya umum akan datang.

Task Force UMNO (KDM) yang dibentuk Shafie akan mengguna platform Perayaan ‘Pesta Menuai’ untuk melancarkan ‘Saiwar’ bagi meraih sokongan akar umbi dan pemimpin bahagian agar berpaling tadah daripada menyokong Musa Aman.

Sebagai bukti kesungguhan Shafie, Task Force UMNO (KDM) yang diketuai ‘Bapa Ayam’ John Ambrose dengan bantuan ‘Raja Kelab Malam’ Peter Anthony akan mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Pelajar Termiskin Luar Bandar dan Sumbangan Sekolah Sempena Pesta Kaamatan 2011 pada 15 Mei 2011 di SK Our Lady Fatima, Kampung Kelatuan, Papar yang dirasmikan oleh ‘Ketua Menteri Sabah Dalam Penantian’, Datuk Seri Haji Mohd Shafie Hj Apdal, yang juga Menteri KKLW.

Saiwar politik ini amat menarik kerana majlis berkenaan diadakan di Parlimen KImanis ketika Ahli Parlimennya, Datuk Anifah Aman yang juga adik Musa Aman berada di luar negara kerana menjalankan tugas rasmi.

Menurut maklumat dalaman KKLW, John Ambrose dan Peter Anthony diberi projek bernilai NKRA RM300 juta sebagai dana untuk memperkukuhkan operasi Task Force UMNO (KDM); terutama memastikan arahan ‘Perdana Menteri’ yang disampaikan melalui Shafie dijayakan dengan sempurna.

Penggulingan Musa Aman menjadi agenda utama Task Force UMNO (KDM) dan dimulai dengan menyerang kawasan Pro-Musa Aman iaitu Kimanis, Tenom, Beluran, Papar dan sebagainya bagi melumpuhkan pengaruh Musa Aman untuk memudahkan beliau melalukan kudita (coup-de-taat) dengan restu ‘Big Brother’, Najib Tun Razak.

Penggunaan gambar Najib dalam poster majlis berkenaan memang disengajakan atau direstui Perdana Menteri kerana masih teragak-agak membuat keputusan sehingga Chin Su Phin menjadi burung kakak tua menyuarakan hasrat Shafie dengan menjadikan pilihanraya umum Sarawak sebagai peluru untuk menembak Ketua Menteri Sabah.


--------------------------------------------------------------------------------

No comments: