PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, May 16, 2011







“Setiap tahun, 16 Mei disambut untuk menghargai pengorbanan dan jasa para guru. Guru adalah pembentuk siasah generasi akan datang yang akan mendidik dan membimbing mereka terutama dari segi nilai moral dan akhlak peribadi yang tinggi.

“Guru diibaratkan bintang-bintang yang bergemerlapan dan sinarannya itu memberikan arah tuju kepada yang memerlukan,” dan guru ibarat " Lilin membakar diri " untuk menerangi yang lain.

Ohhh sungguh tinggi nilai mu " CikGu " Jasamu , CikGu tetap dikenang,walaupun jasadmu dikandung tanah.....walaupun CikGu telah merubah rasa dari seorang guru ke jawatan yang lebih glamour...contohnya jadi Yang Berhormat atau Raja sekali pun ...namun panggilan " CikGu " tetap abadi...contoh MB Pahang ..walaupun sorang bertaraf Menteri Besar ...namun panggilan " CikGu " terhadapnya masih berkumandang pada anak didiknya dan masyarakat persikatarannya dalam dunia " CikGu " dulu.....begitu juga bekas Raja Permaisuri Agong , Raja Bainun..asalnya "CikGu" sebelum menjadi Raja Permaisuri Agong . Panggilan Raja tetap sebagai protokol negeri...namun dalam kehidupan biasa ...mungkin kawan kawan lamanya lebih seronok dengan panggilan CikGu.

Begitu mulia dan harmonis sekali panggilan mu " CikGU " dan cikgu bukanlah malaikat..tapi sebagai seorang guru yang beriman dan akhlak tetap memelihara maruah/dignity sebagai GURU dan jangan nodai maruah tu ke dalam longkang dengan tingkah laku demi duniawi sebagaimana yang lihat depan mata kita sekarang.

Mengikut Buku Jingga yang dianggap " idea hingusan pembangkang " sebagai menghargai jasa keseluruhan Guru maka dicadangkan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru dan pendidik bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam sistem pendidikan negara., Kementerian Pelajaran ( menteri dulu dengan panggilan Kementerian Pendidikan..berubah menteri ...berubah panggilan ...namun benda tu sama..pi mai pi mai tang tu juga )....dalam hati kecik Penguasa berderab juga idea hingusan tu...maka Penguasa mencadangkan HADIAH SEKOLAH CEMERLANG , BAI'AH ( NEW DEALS) dimana Pengetua sekolah berkenaan dapat RM7500 dan guru guru nya pula RM900.....hanye beberapa sekolah saja dalam 1Malaysia...menunjukkan guru guru sekolah lain tidak dihargai jasa pengajaran dan pembelajarannya , namun indah khabar dari rupa...mengikut maklumat sekolah yang di istiharkan dalam media ,sekolah yang cemerlang tu...hingga kini habuk pun tiada ...5 sen pun takde !!! Jadi begitu relevennya cadangan dalam BUKU JINGGA YANG DICEMEKKAN TU

..." CikGu kencing berdiri..anak murid kencing berlari".....








SELAMAT HARI GURU...

No comments: