PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, May 11, 2011

Sempena 65 tahun UMNO






11hb Mei 2011 Adalah Hari Ulangtahun Ke65 UMNO..Perjuangan Yang Bermula Pada 11hb Mei 1946 DiIstana Johor....Tahniah ! Hidup Melayu....Parti yang ditubuhkan di Istana Sultan Johor...sepatutnya Melayu UMNO hormat dan sanjung pada kesultanan melayu dan megah dengan " ketuanan melayu " dan " kris kontot" nya!

Sempena 65 tahun UMNO perlu wujudkan dalam sukatan pelajaran Sejarah kementerian Pelajaran Malaysia bahawa Orang Melayu UMNO merupakan " Penderhaka pada Raja Raja Melayu " demi kerakusan kuasa...dan Melayu UMNO lah yang membunuh ' Orang Melayu marhein " dalam peristiwa berdarah " Memali "...2 bahan sejarah ni jangan dilenyapkan untuk pengetahuan generasi akan datang !!!begitu juga dengan perbuatan memberi IC Palsu pada pendatang asing di Sabah dan akhir akhir ni di Selangor...perbuatan ini adalah perbuatan " Petualang Negara " yang akan meruntuh keselamatan negara..sebagaimana berlaku dalan sejarah tanah air ...dengan perbuatan si Kitol dalam kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Sempena 65 tahun UMNO....Melayu mudah lupa ?!
Anda sudah lupa ke? Orang yang kuat derhaka kepada Raja adalah Umno. Bahkan boleh menobatkan Sultan Kelantan Palsu dibawah pokok? Ketika krisis dengan raja-raja melayu, siapa yang jadi Jebat derhaka? Ketika itu media beberapa kali menayangkan filem Hang Tuah dan kisah Jebat derhaka. Ketika Datuk Idris Jusoh di Terengganu gagal menjadi MB, siapa yang mengamuk dan mengusung kain rentang mengata ‘binatang’ kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu? Angkara siapa? Umnolah… siapa lagi.


Semua orang tahu bahawa permainan isu sensitif demi mengaut kepentingan politik adalah rekaan Umno-BN. Daripada isu perkauman melayu dan kini isu agama. Seolah-olah ada usaha untuk meletakkan agama kristian sebagai agama rasmi negara. Utusan melayu kekal berperanan membawa isu fitnahnya.



Tidak ketinggalan di Besut. Di sempena kehadiran Naib Presiden Umno selaku Menteri Dalam Negeri lalu diadakan bantahan kononnya menentang isu kristian sebagai agama rasmi. Kekallah Umno sebagai juara dalam memperbodohkan orang melayu sendiri. Kalau dulu dok cerca pembangkang kerana berdemo. Mengganggu orang ramai dan menghalang jalanraya yang dianggap oleh Khairy selaku Ketua Pemuda Umno sebagai ‘beruk-beruk di jalanan’. Sekarang Umno pulak nak jadi juara berdemo. Nak jadi beruk-beruk ditengah jalan pulak ke?

Sekarang kuasa ada dalam tangan Umno dan pemimpin mereka. Datuk Seri Hisyamuddin sendiri sebagai Menteri Keselamatan. Bubuhlah paderi-paderi yang bersidang itu dalam ISA atau penjarakan sahaja. Dah kuasa ditangan kamu. Buktikan kehebatan kamu dalam mempertahankan Islam. Tak perlulah bertempik melolong ditepi jalan. Umno bukan pembangkang tetapi pemerintah. Undang-undang dalam tangan Umno kecuali kalau dah rasa nak jadi pembangkang.



Kita heran. Apabila kain rentang mereka rela menjadi Jebat!!! Umno nak derhaka siapa? Nak jadi Jebat kepada siapa. Yang memimpin Malaysia adalah Najib selaku presiden Umno! Takkan nak derhaka kepada boss mereka sendiri. Bukankah Datuk Deris sendiri AMT Umno. Atau perli kepada Datuk Hisyamuddin kerana melepaskan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu kepada Datuk Mat Said. Ataukah ia nak tunjukkan kepada Sultan Terengganu???



Belum serik ke Datuk Deris yang mengelonsor dari takta MB dan kini dah derhaka lagi? Nak jadi Jebat Derhaka semula ke? Entahlah! Siapa nak bagi jawapan? Kain rentang ‘Kami Nak Deris Natang’ pun tak tahu kesudahan sehingga kini? Ni nak jadi Jebat lagi pe???

No comments: