Mei 12, 11: Polis dinasihatkan agar tidak menambah kekecewaan rakyat dengan kegagalan demi kegagalan dalam mengambil tindakan dalam kes jenayah dan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

“Tindakan mereka dilihat jauh lebih cekap dan segera bilamana sesuatu yang boleh mengugat Umno BN timbul. Pihak polis harus beringat-ingat untuk melakukan pembetulan segera kerana kewibawaan polis dan juga Kementerian Dalam Negeri, di mana ia bernaung sentiasa dinilai rakyat,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

“Ia jelas amat berbeza apabila anggota keselamatan 'dihadapankan bagi menghadapi parti pembangkang sehingga ia menjadi bahan ketawa rakyat – bahawa jika satu-satu demo tersebut itu kelihatan berjalan bebas tanpa polis dan FRU maka rakyat terus tahu itu semestinya demo anjuran Umno dan sekutunya.
“Jikalau Pakatan yang berhimpun, walaupun demi keselamatan rakyat, yang termasuk juga keluarga-keluarga polis dari ancaman radioaktif, mereka terus diberikan amaran,” katanya, yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.

“Bukan tak nak minta permit, kerana dah tahu minta pun tak dapat, buat apa minta? Menyusahkan sahaja. Tidak macam negara luar, yang pihak polisnya menjadi pengawal himpunan agar berjalan dengan baik. Satu masa dulu, Umno juga dakwa demo bukan budaya kita, namun nampaknya kebelakangan ini, ia pun sudah menjadi budaya baru dalam Umno,” katanya.
Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata sikap dwi-standard polis turut terserlah dalam dua isu sensasi terbaru ini.
Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata sikap dwi-standard polis turut terserlah dalam dua isu sensasi terbaru ini.

Manakala yang kedua pula, katanya, permainan berbahaya media arus perdana milik Umno, Utusan Malaysia yang cuba melaga-lagakan penganut Kristian dengan orang Islam. Ini dilakukan dengan membangkitkan tuduhan tidak berasas mengenai 'negara Kristian'.
“Sebelum ini dalam isu klip video; sampai sekarang tangkapan dan dakwaan terhadap trio Umno Datuk T (Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Sharyl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim) tidak dilakukan, sedangkan mereka terus terang melanggar peraturan dan undang-undang negara.

“Apakah pihak polis menunggu berlakunya tragedi malang seperti 13 Mei, yang dua hari lagi sebelum ulang tahun tragedi mendukacitakan negara itu, barulah mereka nak bertindak?” soal Tuan Ibrahim.
Katanya, kini rakyat menunggu dan menghitung hari menunggu bila polis akan bertindak terhadap Utusan Malaysia selepas diam menyepi dalam isu video seks./Malaysiakini
No comments:
Post a Comment