PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Saturday, May 21, 2011

Melaka Maju : Bina gelanggang silat terbesar di dunia



TAWAU, 16 Mei - Sebuah gelanggang silat terbesar di dunia akan dibina di negeri Melaka tahun ini.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Ketua Menteri Melaka itu berkata, gelanggang silat yang bakal diberi nama ”Gerbang Persilatan Melayu Sedunia” akan dibina di Perkampungan Hang Tuah, dengan kos dianggarkan sebanyak RM37 juta. Katanya, gelanggang yang boleh menampung kira-kira 5,000 penonton pada satu-satu masa itu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 24 bulan.

"Ini sudah tentu akan memartabatkan lagi seni silat kita dan menunjukkan betapa seriusnya Pesaka untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kegiatan silat sedunia pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Silat Nusantara dan Jemputan Antarabangsa 2011 di sini hari ini.
Menurut Mohd Ali, sebaik sahaja gelanggang silat itu siap kelak, pelbagai program akan dirangka bagi pembangunan silat di negara ini serta di seluruh pelosok dunia. - Bernama

Sumber : Utusan Online, 16/05/2011

RM37 juta Wang Rakyat Dibazirkan Demi Pertunjukan Silat

“Gerbang Persilatan Melayu Sedunia” - nama memang nampak gah, namun ianya tidak lebih daripada pembaziran wang rakyat. RM37 juta dihabiskan begitu sahaja demi untuk memartabatkan seni silat? Apakah dengan membuat program seperti Festival Silat Nusantara ini mampu untuk menggerunkan musuh- musuh Allah? Walhal dalam masa yang sama, musuh-musuh Allah seperti Amerika tidak pernah putus-putus melaburkan wang mereka berbilion-billion dolar setahun untuk pembangunan senjata dan kelengkapan perang demi menghancurkan umat Islam.

Alangkah baiknya sekiranya wang itu digunakan untuk membina kem-kem latihan tentera tambahan di mana kesemua tentera ini akan dikerahkan untuk berjihad di jalan Allah dan bukan tentera yang cuma digunakan untuk perarakan pada hari kemerdekaan. Ataupun wang tersebut digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan senjata-senjata canggih yang akan digunakan untuk menentang musuh- musuh Islam. Adalah menjadi kewajiban dan tanggungjawab negara untuk menyiapkan segala sarana dan kelengkapan dalam menyediakan umat untuk melakukan jihad di jalan Allah. Wahai kaum Muslimin, sampai bilakah kita ingin terus berharap kepada para pemimpin yang tidak mengutamakan Allah dan Rasulnya dalam setiap polisi politik mereka? Sampai bilakah kita sanggup untuk menjadi penonton setia ke atas segala penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang korup dan khianat ini? Marilah kita bersama-sama berjuang untuk mengembalikan kegemilangan Islam dengan mendirikan semula Khilafah. Semoga Khilafah yang bakal bangkit tidak lama lagi akan mengembalikan kemuliaan ke tangan umat Islam. Wallahu a’lam

2 comments:

abu idris said...

AR RAYAH WORLD NEWS

Berita Terkini Kebangkitan
Negara Islam Global - Khilafah Islamiyah

http://ibnuyassir.blogspot.com/

Tips said...

jadi apa benda yg tak membazir?? sila senaraikan..