PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, February 11, 2011

MESYUARAT BIRO MASYARAKAT FELDA KEADILAN PAHANG
Setelah dilantik semula oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang didalam mesyuarat Jawatankuasanya, maka saya terima jawatan itu dalam keadaan yang serba-salah kerana ingin memberikan tumpuan kepada tugas saya selaku Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal di peringkat Pusat.
Jawatan ini akan saya pegang sehinggalah akan dilantik oleh Majlis Pimpinan PKR Pahang kepada seorang Pengerusi yang baru. Dan sementara itu saya pikul tanggungjawab sehinggalah dilantik pengganti saya.
Didalam menjalankan tugas yang diamanahkan itu, maka saya dengan ini membuat perlantikan seperti berikut agar Biro Masyarakat Felda peringkat PKR Pahang dapat berjalan dengan lancar:
Penaung/Penasihat
Dato Fauzi Abdul Rahman
Pengerusi
Suhaimi Said
Timbalan Pengerusi
Rabidin Kasmawi
Naib Pengerusi (Zon Timur)
Haji Zahari Awang (Paya Besar)
Naib Pengerusi (Zon Tengah)
Bostamin Bakar (Maran)
Naib Pengerusi (Zon Barat)
Ali Wahid (Raub)
Ketua Penerangan
Rosli Ahmad (Jerantut)
Pengerusi Penyelidikan
Razali Ithnain (Maran)
Ketua Wanita
Khalia Sh Mohamed (Kuala Krau)
Setiausaha
Ab Kadir Abd Manap (Temerloh)
dan
(setiap ranting didalam Rancangan Felda di Negeri Pahang diwakili oleh
2 orang anggota - seorang lelaki dan seorang wanita)
Mesyuarat Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda akan diadakan pada 19hb Februari jam 2.30 petang di Rest House, Temerloh
dan semua AJK dijemput hadir, taklimat khas akan diberikan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan
Negeri Pahang, Dato Fauzi Abdul Rahman.
Semua Ketua-Ketua dan Setiausaha-Setiausaha Cabang dimana wujud Rancangan-Rancangan Felda di kawasan masing-masing dijemput hadir untuk berkongsi pandangan.
HAJI SUHAIMI SAID
Pengerusi
Biro Masyarakat Felda Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang.

No comments: