PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, December 22, 2010

Penyerahan Waran Untuk Bertindak

Seramai 300 orang Peneroka Felda sekitar Kilang Sawit Felda Jengka 3 akan berkumpul di Felda Jengka 6, Bandar Jengka untuk menyerahkan borang Waran untuk Bertindak kepada para peguam Parti Keadilan Rakyat pada 25hb Disember 2010 jam 3.00 petang.
Peneroka-peneroka tersebut tidak berpuas hati kerana peratusan perahan KPG yang mereka terima adalah tidak sepadan dengan perahan sebenar.
Walaupun kini telah dinaikkan hingga melebihi 19%, tetapi peratusan itu masih kecil jika dipadankan dengan perahan sebenar.
Mereka juga akan menuntut Felda membayar gantirugi diatas perbezaan peratusan perahan sejak 15 tahun yang lalu.
Perbezaan 4 hingga 5% sejak 15 tahun yang lalu adalah satu jumlah yang besar dari segi pendapatan kepada setiap peneroka. 1% perbezaan itu dinilai dengan harga RM20-RM40 bagi setiap tan, dan jika pengeluaran setiap bulan berjumlah 8 tan, bererti setiap peneroka telah dinafikan pendapatan bulanan sejumlah antara RM160-RM320, dan didalam satu tahun setiap dari mereka kerugian antara RM1,920 - RM3840 selama 15 tahun sejumlah RM28,800 - RM46.080.
Kes Kemahang 3 telah membuktikan bahawa Felda telah didapati menipu peneroka-peneroka dan Mahkamah Persekutuan memerintahkan Felda membayar sejumlah RM11 juta kepada 354 orang peneroka yang terlibat.
Walaupun Peneroka-Peneroka sekitar Jengka 3 ini akan menyerahkan Borang Waran Untuk Bertindak kepada peguam-peguam pada 25hb Disember nanti, mereka juga membuka ruang untuk berunding dengan Felda agar kedua-dua pihak akan berada didalam keadaan menang-menang.
Akan turut sama didalam Majlis penyerahan Waran untuk Bertindak itu adalah Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang, Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat, T. Kumar, Timbalan Setiausaha PKR Pusat, Rebin Birham Ahli Jawatankuasa Biro Felda PKR Pusat dan Man Kadir, Setiausaha Kerja Biro Felda PKR Pahang.

No comments: