Ranting Paya Mendoi merangkap Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal
PKR Cabang Kuala Krau
Didalam ucapannya beliau mengajak anak buahnya penduduk Kg Mendoi supaya mengambil sikap berani memperjuangkan hak mereka. Beliau juga meminta penduduk Kg Mendoi tidak terpesona dengan kemudahan asas yang diberikan untuk kampong itu kerana kemudahan asas di Kg Mendoi adalah jauh lebih mundur dari kampong-kampong sekitar Kuala Krau dengan jalan yang rosak yang bertahun tidak diperbaikki, dan kemudahan asas adalah tanggungjawab Kerajaan yang memerintah, mana-mana Kerajaan sekali pun.
Sdr Jahidin Husin, Timbalan Ketua Ranting PKR Kg Paya Mendoi, menceritakan perbedaan layanan yang diterima oleh Orang Asal semasa mereka berada didalam UMNO dengan semasa mereka berada didalam PKR. Didalam UMNO mereka hanya diperalatkan untuk mengundi calon Barisan Nasional, mereka tidak diberikan kesedaran dan keinsafan mengenai penderitaan kaum mereka, mereka hanya dijanjikan dengan pelbagai janji yang langsung tidak ditunaikan. UMNO hanya membawa hayalan tetapi PKR berjuang untuk perkara yang penting didalam hidup Orang Asal seperti hak keatas Tanah.
Sdr Wahab (ditengah-tengah) dari perkampongan Orang Asal Sg Mai, hujung disebelah kanan adalah Man Kadir dan di tengah-tengah antara Man Kadir dan Wahab adalah Sdr Bakar, Ketua PKR Ranting Kg Seboi.
Sdr Wahab (ditengah-tengah) dari perkampongan Orang Asal Sg Mai, hujung disebelah kanan adalah Man Kadir dan di tengah-tengah antara Man Kadir dan Wahab adalah Sdr Bakar, Ketua PKR Ranting Kg Seboi.
Sdr Jahidin merenung jauh mengenangkan nasib Orang Asal dan generasi mereka akan datang.
Wanita-wanita Orang Asal Kg Paya Mendoi juga turun beramai-ramai meraikan Majlis Ceramah itu.
Dari kiri, Sdr Charli, Setiausaha PKR Ranting Paya Mendoi, Suhaimi Said, Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Sdr Wahab, Timbalan Ketua PKR Ranting Sg Mai, Sdr Halus, AJK PKR Ranting Kg Paya Mendoi (beliau adalah orang pertama menyertai PKR lebih kurang setahun setengah yang lampau), Sdr Bakar, Ketua PKR Ranting Kg Paya Seboi.
Selepas ceramah hidangan nasi goreng, masing-masing mengambil bahagian masing-masing, 200 bungkus nasi goreng disediakan.
Sdr Mat Labu dari Ranting Kg Paya Mengkuang, PKR Cabang Temerloh, juga turut hadir.
Ahli keluarga Sdr Jahidin Husin
Yusri Ahon, Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal Negeri Pahang merangkap Ketua PKR Ranting Sg Mai, beliau membandingkan kemudahan-kemudahan yang diperolehi oleh Orang Asal dengan kaum-kaum lain. Dari segi pengumuman Kerajaan untuk tatapan umum memang sedap didengar. Tetapi beliau menyatakan tentang pahit maung yang dirasainya kerana beliau mempunyai dua orang anak di Universiti dan seorang anak di Kolej Pengajian Tinggi. Tidak ada bantuan yang dijanjikan diberikan dan beliau amat terasa dengan tanggungan yang sangat berat. Namun beliau tetap berjuang untuk Orang Asal kerana inilah perjuangan yang mulia untuk dijayakan.
Ucapan Man Kadir, Setiausaha Kerja PKR Biro Felda Pahang meninggalkan kesan yang mendalam, satu ucapan yang paling hebat menuju kearah perjuangan Orang Asal mengenai kedudukan hak milik tanah Orang Asal yang dipermain-mainkan oleh UMNO/BN, roh TEK HEK MARUAH HEK (kata Orang Jahut), Hak Tanah Kitak, Nyawak Kitak (kata Orang Temuan) menjadi roh ucapan Man Kadir yang memukaukan dan akhirnya beramai-ramai melaungkan REFORMASI sebanyak tiga kali.
Saya mendapati Ceramah ini sangat berjaya kerana orang-orang kuat UMNO di kampong itu, termasuk Ketua UMNO Cawangan dan anak-anaknya turut hadir dan memberikan galakan kepada PKR, "Kami berserta dengan perjuangan PKR," kata kata Sdr Sambut, Ketua Cawangan UMNO kampong itu.
Sdr Ramli Lugan, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau merangkap Pengerusi Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau (paling kiri) bergambar bersama-sama Sdr Jahidin Husin, Sdr Kin Kasim, Ketua PKR Ranting Kg Penderas, dan Sdr Yusri Ahon. Didalam ucapan Sdr Kin Kasim, beliau menceritakan bahawa selama 4 tahun beliau berada didalam UMNO, tidak ada pun perjuangan UMNO menuju kearah memperkasakan Orang Asal keatas tanah mereka. Yang ada ialah orang-orang kaya UMNO mencari kuli dari kalangan Orang Asal untuk membersihkan kebun mereka dengan upay yang tidak setimpal. Orang-orang Asal yang miskin terpaksa juga bekerja untuk Orang-Orang UMNO itu kerana kami mahukan sedikit wang untuk persekolahan anak-anak dan kehidupan. Berkat usaha kami berjaya juga memberikan pendidikan kepada anak-anak kami, dan beliau bersyukur kerana anaknya sendiri mendapat 4A untuk UPSR, dan beliau menyatakan bahawa anak-anak Orang Asal bukanlah bodoh jika mereka diberikan kemudahan yang wajar.
Ramli Lugan menutup tirai ceramah itu dengan menyatakan bahawa UMNO itu adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Dan beliau berasa hairan kenapa Orang Asal mahu menyertai UMNO kerana parti itu bukan parti untuk Orang Asal dan perjuangan UMNO pun tidak jelas dengan perjuangan untuk Orang Asal, tidak ada didalam Perlembagaan UMNO untuk memperjuangkan Orang Asal, tidak seperti Perlembagaan PKR didalam Perkara 15 dengan jelas memperuntukkan perjuangan untuk membela Orang Asal. Beliau menyeru Orang Asal bersatu dibawah panji-panji Parti Keadilan Rakyat.
No comments:
Post a Comment