==
Seramai 105 orang peneroka-peneroka Felda Jengka 13 menyerahkan Borang Waran untuk Bertindak kepada Peguam Latheefa Koya untuk memulakan saman terhadap Felda mengenai perahan KPG yang tidak adil yang berlarutan lebih dari 10 tahun.
Seramai hampir 100 orang lagi akan turut menyerahkan borang selepas ini didalam perjumpaan yang akan diadakan di Felda Jengka 9 pada 4hb Disember 2010. Sementara itu hampir 200 orang peneroka Felda Jengka 9 akan turut menyerahkan Borang Waran Untuk Bertindak pada 4hb Disember nanti.
Sementara itu seramai lebih kurang 1000 orang peneroka-peneroka Felda dari sekitar kilang Felda Jengka 3 akan menyerahkan Borang untuk Bertindak pada 4hb Disember dan diikuti oleh Peneroka-Peneroka Felda Jengka 11, 8 dan 10.
Peneroka-peneroka tersebut mengajak Felda supaya mengadakan rundingan agar perahan KPG mereka dinaikkan hingga 22% dan membayar pampasan gantirugi sejak 10 hingga 15 tahun yang lampau. Terserahlah kepada Felda samada bersetuju untuk berunding atau sebaliknya.
Didalam ucapan Latheefa Koya, beliau menerangkan bahawa peneroka-peneroka Felda hanya membayar RM50.00 sahaja untuk turut serta didalam tuntutan ini dan menyifatkan pembohongan oleh Felda mengatakan bahawa peneroka-peneroka membayar RM5000.00 seorang kepada Peguam sebagai suatu penipuan untuk menakut-nakutkan peneroka.
Bagaimana pun, pihak Peguam akan mengambil tindakan saman malu terhadap Felda kerana telah menaburkan fitnah kononnya peguam-peguam tersebut mengenakan RM5000.00 sebagai yuran guaman.
1 comment:
Post a Comment