Parti akan mengadakan pemilihan pimpinan di peringkat Cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada tahun 2010 ini (Pemilihan 2010).
Proses pemilihan kali ini akan berdasarkan perlembagaan KEADILAN yang telah dipinda dan diluluskan di dalam Kongres Nasional Khas 2009 serta oleh pihak Pendaftar Pertubuhan pada 28 April 2010.
Pindaan perlembagaan KEADILAN ini menterjemahkan hasrat Parti untuk menjadi sebuah badan parti politik yang lebih demokratik dan diwakili oleh suara ramai anggota-anggota Parti dalam proses pemilihan pimpinannya.
Seperti mana lazimnya dan menurut kehendak perlembagaan Parti, pemilihan pimpinan Cabang akan diadakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) tahun 2010. Pemilihan pimpinan MPP pula adalah menerusi suatu sesi undian khas yang akan melibatkan keanggotaan Parti secara langsung.
Berikut adalah jadual bagi Pemilihan 2010 bagi Cabang-Cabang di Negeri Pahang.
1 comment:
PKR telah mengambil langkah berani untuk melibatkan semua anggota sebagai pemilih dan menolak sistem pemilihan mengikut perwakilan sahaja. Ini bererti PKR merupakan parti ulung di Negara ini menegakkan sistem demokrasi yang lohor.
Dengan sistem pemilihan ini akan dapat menolak politik wang yang selama ini menghantui UMNO.
Pemimpin yang bertanding pula pasti akan mendapat sokongan dari kalangan seluruh anggota jika dia pemimpin yang aktif lasak dan memberikan pimpinan yang positif.
Pemimpin-pemimpin yang hanya aktif semasa pemilihan sahaja mungkin akan terkeluar dari pemilihan anggota-anggota.
Moga-moga PKR akan menjadi parti yang benar-benar berteraskan kepada kekuatan anggota.
Post a Comment