PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, July 16, 2010

Dato Fauzi Abdul Rahman diundang berceramah di Felda Jengka 9

Peneroka-peneroka Felda Jengka 9,Jengka 8, Jengka 10, Jengka 11, Jengka 12 dan kawasan-kawasan Felda sekitarnya mengundang Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang untuk berceramah di Felda Jengka 9, Bandar Jengka Pahang.
Ahli-ahli UMNO di kawasan rancangan Felda tersebut mahu mendengar dari dekat kenapa dan mengapa Dato Fauzi meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.
Ramai dikalangan ahli-ahli UMNO disekitar rancangan Felda dikawasan berkenaan sedang terhintai-hintai untuk turut keluar dari UMNO kerana mereka tidak tertahan lagi dengan pelbagai manipulasi oleh UMNO/BN dan Felda yang mengenakan kepada mereka pelbagai tekanan sehinggakan mereka terpaksa menanggung hutang yang besar dan pendapatan yang tidak sepadan.
Telah diura-urakan kini bahawa Felda mahu mengenakan syarat baru kepada peneroka-peneroka Felda yang selama ini menanam semula secara bersendirian. Dan tindakan yang bakal dilakukan oleh Felda ini memburukkan lagi hubungan diantara peneroka dan Felda/UMNO.
Peneroka-peneroka dikawasan ini mahu juga mengetahu hujah dari Parti Keadilan Rakyat mengatakan bahawa Felda akan bankrap. Mereka setakat ini mengambil sikap berkecuali dan tidak mahu memihak kepada Felda/UMNO atau kepada PKR. Mereka sudah dengar versi penerangan dari Felda dan mereka mahu dengar daripada Parti Keadilan Rakyat.
Untuk itu mereka mengundang juga Haji Suhaimi Said, Pengerusi Felda Negeri Pahang untuk memberikan hujah dari kacamata Parti Keadilan Rakyat berhubung dengan isu Felda Bankrap.
Turut diundang ke Majlis itu ialah Sdri Felicia Ling, Ketua PKR Cabang Cheras merangkap Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Pusat. Felicia telah terkenal di kawasan ini setelah mengadakan beberapa Majlis Ceramah di kawasan Kuala Krau dan Jerantut khususnya apabila beliau berjaya memukau lebih dari 1000 orang hadirin di Majlis Ceramah anjuran PKR-PAS di Felda Jengka 11.
PKR-PAS Jengka 9 dengan ini mengundang orang ramai ke Majlis Ceramah pada 23hb Julai 2010 jam 9.00 malam di Markaz PAS Felda Jengka 9, Bandar Jengka.

No comments: