Adalah diakui bahawa mengadakan ceramah dimusim perlawanan Bolasepak Piala Dunia (FIFA) adalah satu cabaran yang amat terasa. Ceramah Parti Keadilan Rakyat yang diadakan di Kg Padang Perkasa, Lanchang malam tadi (21hb Jun 2010) hanya dihadiri oleh lebih kurang 100 orang sahaja.
Usahkan orang lain, anggota-anggota Parti Keadilan Rakyat dan anggota-anggota PAS juga tidak hadir. Sesetengah dari mereka dari awal lagi memberitahu bahawa Perlawanan Bolasepak Piala Dunia bermula pada jam yang sama dengan ceramah, dan mereka tidak mahu ketinggalan.
Kepada saya kehadiran lebih 100 orang itu sudah cukup baik apabila mengambil kira "kegilaan" pertandingan Bolasepak Piala Dunia itu. Pertandingan bolasepak ini tidak ada sempadan politik, orang UMNO, orang PAS dan orang Parti Keadilan Rakyat semuanya suka kepada bola dan jawapan mereka adalah sama dan senada bahawa "bukan setiap hari atau setiap minggu atau setiap bulan" berlangsung Piala Dunia.
Selepas Piala Dunia ini, Pakatan Rakyat akan menganjurkan sekali lagi Ceramah di tempat yang sama untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat hadir menghadirinya.
No comments:
Post a Comment