PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, April 14, 2010

SEMUA PIHAK PERLU MENJALANKAN TUGAS MASING-MASING BAGI MENGTALKIMKAN SEKALI LAGI UMNO-BN DI HULU SELANGOR TANPA BATU NISAN...REFORMASI !!!





Saya lihat jadual Dato Seri Anwar Ibrahim di Hulu Selangor cukup padat; kecuali pada 18hb April 2010, beliau akan bertemu masyarakat Hulu Selangor bermula 13hb April hinggalah ke hari mengundi dengan tidak kurang dari 3 program sehari.

Pemimpin-pemimpin PKR Pusat yang lain a pun begitu. Masing-masing mempunyai jadual yang sangat pada di setiap pelususk Hulu Selangor.


Semua gerak kerja ini baukan untuk bermusuh atau berkonfrontasi dengan sesiapa, tetapi mahu mengajak pengundi-pengundi Hulu Selangor mengekalkan kawasan Parlimen 094 ini kekal di tangan PR.


Hubungan yang begitu erat antara ketiga-tiga parti didalam Pakatan Rakyat juga menjadi asset besar bagi memenangkan calon PKR tersebut yang diura-urakan dari sumber Biro Politik parti itu dipikul kepada Datuk Zaid Ibrahim.


Bagi ketiga-tiga parti didalam Pakatan Rakyat itu, mereka akan melakukan kerja yang sama dan tidak berbelah bagi walaupun siapa pun calon yang ditentukan oleh pimpinan.

Observasi saya semasa berada di Batang Kali, Kuala Kubu Baru dan Hulu Bernam, saya dapat lihat mood rakyat adalah positif kepada calon PR. Bagi mereka kemenangan calon PR adalah penting bagi mereka kerana Ahli Parlimen PR boleh menyuarakan hak mereka di Parlimen. Dari segi kemudahan kepada rakyat, mereka sangat berbesar hati kerana Kerajaan Negeri Selangor telah membuat jasa yang begitu baik seperti pemberian air percuma diatas penggunaan 20 meter padu air, peruntukan untuk warga tua dan yang meninggal dunia, serta peruntukan anak-anak yang baru lahir dan untuk anak-anak yang menyertai Pusat Pengajian Tinggi.


Peruntukan seumpama ini tidak pernah berlaku dibawah pentadbiran Barisan Nasional. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membantu rakyat bawahan yang memerlukan, manakala BN sibuk dengan projek-projek gergasi yang tidak boleh dinikmati oleh rakyat.


Saya juga melihat reaksi Orang Asal di Hulu Selangor. Mereka sangat puas hati kerana Kerajaan PR telah menubuhkan sebuah Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor (BBTOAS) yang kini sedang mengumpulkan data dan profail bagi setiap kampong Orang Asal di Selangor termasuk keatas 17 Kampong Orang Asal di Hulu Selangor untuk pelaksanaan pemberian tanah kepada Orang Asal di seluruh Negeri Selangor.


Mereka dapat bezakan bahawa selama 50 tahun dibawah BN, mereka tidak diberikan tanah, bahkan tanah mereka diceroboh dan dirampas.


Observasi saya juga bahawa bukan sahaja penduduk Melayu dan Orang Asal berpuas hati dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru berusia setahun jagung, perasaan ini juga dikongsi oleh Orang Cina dan India.
Begitu juga dengan perubahan dikalangan peneroka-peneroka Felda di Gedangsa, Suharto, Sg Tengi dan Sg Tengi Selatan. Mereka mahukan perubahan. Anak-anak peneroka Sg Tengi menuntut agar kawasan Felda yang kini dikendalikan oleh Felda tanpa peneroka yang berdekatan dengan kawasan perkampongan mereka diberikan kepada mereka. Mereka di Sg Tengi Selatan menuntut agar Felda Plantation yang menguasai Sg Tengi Selatan dimansuhkan dan mereka selaku peneroka asal sebelum tanah mereka diambil alih oleh Felda Plantation diberikan Suratan Hakmilik sama seperti rakan-rakan mereka di Felda Sg Tengi.


Penduduk Hulu Selangor merupakan penduduk yang seimbang diantara penduduk Melayu/Orang Asal dengan penduduk bukan Melayu yang terdiri daripada Orang Cina dan India, dan di kawasan seumpama ini, ada advantage kepada PR dan advantage inilah yang akan memenangkan calon PR dari Parti Keadilan Rakyat.



No comments: