PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, April 12, 2010

DIALOG PENEROKA TANAH RANCANGAN FELDA DENGAN AHLI PARLIMAN YB SIVARASA.



Seorang Peneroka mengemukakan masalah yang dihadapinya untuk tindakan guaman
Hj Suhaimi Said, sebagai anggota Panel, memberikan jawapan dan pandangan semasa Dialog itu,
di sebelah kirinya YB Sivarasa, Naib Presiden PKR yang juga seorang Peguam yang sudah mengumpulkan isu-isu guaman peneroka Felda dan bersedia memfailkan saman untuk peneroka-peneroka. Beliau akan juga mengumpulkan semua peguam-peguam untuk dari Negeri-Negeri untuk memfailkan saman di Mahkamah-Mahkamah Tinggi di seluruh Negara, disebelah kirinya Sdr Rebin Birham, Ketua AMK PKR Negeri Sembilan yang juga Timbalan Pengerusi Biro Felda Negeri Sembilan


Sdr Hj Kamal, Pengerusi Biro Felda PKR Negeri Sembilan, merupakan seorang Arkitek dan seorang Generasi Kedua Felda Sendayan, memperbutirkan masalah-masalah yang dihadapi oleh Peneroka-Peneroka Felda


Peneroka-peneroka yang hadir untuk berdialog

Jempol, 12.4.10: Sdr YB Sivarasa, Naib Presiden PKR Pusat yang mengetuai rombongan PKR ke Majlis Dialog yang dianjurkan oleh Biro Felda PKR Negeri Sembilan di Pejabat PKR Serting menyatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh Peneroka-Peneroka Felda sudah berlarutan begitu lama. Beliau mengakui bahawa tujuan asal Felda adalah murni tetapi pentadbiran Felda telah memesungkan tujuan asal itu.
Katanya bahawa Felda sudah menjadi satu gergasi besar, lupa daratan, tidak lagi menjadikan Peneroka sebagai matlamat perjuangannya tetapi untuk mencari untung besar untuk Felda sendiri membelakangkan peneroka-peneroka dengan keuntungan hingga RM15 bilion setahun.
Felda lebih berminat untuk membina hotel 5 bintang dan bangunan besar dan tinggi yang menelan belanja hingga RM600 juta.
Perubahan sikap Felda ini tidak membawa kebaikan kepada peneroka-peneroka Felda yang dihimpit dengan pelbagai masalah. Siva menyatakan bahawa kita tahu tentang "penyakit" yang melanda tetapi apakah rawatannya. Segala penyakit yang melanda itu adalahiran berpunca dari masalah politik, dasar, dan pentadbiran.
Ada masalah yang boleh kita carikan melalui guaman seperti yang dilakukan oleh Peneroka-Peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan dimana peneroka-peneroka berjaya mendapatkan pampasan sebanyak hampir RM12 juta dari Felda kerana penipuan Felda keatas perahan buah sawit peneroka-peneroka.
Baru-baru ini Peneroka dari kawasan Serting telah membuat ujian lab dan mendapati perahan sawit mereka adalah 26% tetapi Felda hanya membayar 18% sahaja, dan ini bererti Felda telah menipu peneroka-peneroka disini dan setiap bulan setiap peneroka kehilangan hingga beratus-ratus ringgit.
Isu ini akan kita bawa ke Mahkamah, kata Siva.
Tetapi YB Siva mengakui bahawa bukan semua isu dapat diselesaikan di Mahkamah. Sikap pengurusan Felda dan Kementerian (Kabinet) yang mengarahkan Felda tidak dapat diselesaikan di Mahkamah, kita tidak dapat selesaikan masalah itu melainkan kita tukar Kerajaan BN ini dengan Kerajaan Pakatan.
112000 Peneroka di seluruh Negara adalah penyumbang besar kepada ekonomi Negara, tetapi peneroka-peneroka tidak mendapat nilaian yang tinggi daripada pemerintah.
Beliau ,mengajak peneroka-peneroka Felda memainkan peranan penting didalam merubahkan Kerajaan kerana hanya Kerajaan yang dinaikkan oleh rakyat melalui Pakatan Rakyat sahaja yang boleh membawakan dasar baru untuk kesejahteraan peneroka-peneroka.






No comments: