PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, April 20, 2010

BN guna taktik "cara menghalalkan matlamat"

Setiap hari risalah-risalah fitnah ditaburkan ke rumah-rumah pengundi-pengundi Hulu Selangor oleh UMNO menyerang peribadi pemimpin-pemimpin PR dengan fitnah yang sangat jijik dan memalukan. Tidak kurang setiap hari antara 5 hingga 10 risalah-risalah fitnah. Oleh kerana risalah-risalah ini kesemuanya berbentuk fitnah jahat maka petugas-petugas UMNO tidak berani pergi rumah ke rumah untuk mengedarkan risalah-risalah itu, dan risalah-risalah ditinggalkan didalam post box sahaja. Maka terserah kepada nasiblah samada risalah-risalah fitnah itu diambil oleh tuan-tuan rumah atau sebaliknya, tetapi kebanyakan apa yang berlaku bahawa risalah-risalah itu dibiarkan begitu sahaja, tidak diambil dan tidak dibaca.

Orang-orang Melayu yang beragama Islam benci dan berasa jijik dengan fitnah-fitnah terhadap peribadi kerana mereka beragama Islam dan mempunyai etika Islam. Hanya UMNO sahaja yang berminat tabur fitnah kerana mungkin mereka kurang yakin dengan janji Allah bahawa mereka yang menabur fitnah melakukan dosa lebih besar dari membunuh.

Bagaimana pun, dengan taburan fitnah setiap hari yang tidak ada hentinya ini memberikan lebihan (advantage) kepada PKR. Kita tidak perlu berkempen lebih kuat dari selebihnya kerana fitnah-fitnah ini ditolak oleh rakyat.

Semalam saya berceramah di Felda Sg Tengi Selatan dan Felda Gedangsa, jarak antara keduanya lebih kurang 50 kilometer. Di Suharto, saya tidak sempat. Itu pun saya berucap di Tengi Selatan dalam 40 minit, namun di Gedangsa terpaksa berceramah hingga 1 jam 30 minit sebelum kehadiran Mustapha Kamal Ayob yang menyudahkan sehingga jam 12.00 malam.

Selepas ceramah itu saya ditahan oleh peneroka-peneroka felda Gedangsa, tak benarkan saya beredar dulu. Mereka mahu saya menerangkan masalah-masalah yang mereka hadapi kalau boleh untuk dicarikan peneyelesaian.

Salah seorang daripada yang mengadu kepada saya ialah mengenai kolam ikan yang dia usahakan sejak 28 tahun lalu. Beliau adalah Setiausaha UMNO Cawangan disalah satu kampong di Felda Gelanggi. Bahkan beliau sudah pun keluar dari UMNO dan menyertai PKR. Beliau Asmah bt Moin dan suaminya Udin bin Karim meminta jasa baik saya untuk memberitahu Kerajaan Negeri Selangor kiranya dapat meluluskan TOL keatas tanah itu sahaja. Sdr YB Yaakob Safari memang ada memberitahu saya bahawa beliau akan kembali ke Gedangsa selepas Pilihanraya Hulu Selangor untuk perbincangan dengan penternak-penternak ikan air tawar disana dan menjadikan Felda Gedangsa sebagai kawasan pengeluaran ikan air tawar.

Seorang lagi ialah Mokhtar bin Ahmad plot 1 No 1111 Kg Tengah, Felda Gedangsa. Itulah alamatnya. Tapi tanah itu tidak ada, rumah pun tidak ada. Hai....macam ini pun ada berlaku dalam Felda.

Ladangnya ada bergeran iaitu No. 4888 Lot 6511. Inilah kali pertama saya dengar bahawa peneroka Felda tidak ada lot rumah dan tidak ada rumah, yang ada hanyalah alamat sahaja.

Yang lain-lain mempunyai berbagai masalah lain tetapi masalah-masalah mereka itu hanya dapat diselesaikan melalui tindakan politik, bahkan apabila PR berjaya memerintah Negara ini. Kalau peneroka-peneroka mahukan perubahan, maka PR perlu menang didalam Pilihanraya ke-13 nanti.

Posted by Suhaimi Said at 9:12 AM

No comments: