PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, March 25, 2010

APA NAK JADI DENGAN ZULKULIM NI??

Polis akan soal Zulkifli Noordin: KPN

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil keterangan Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin, berhubung pendedahannya di Dewan Rakyat semalam bahawa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata disebabkan ia satu maklumat terbaru yang diterima polis, siasatan lanjut akan dijalankan bagi memastikan sama ada pendedahan oleh wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu itu benar atau tidak.
"Sebagai prosedur siasatan satu-satu kes, kita akan memanggil mereka yang bertanggungjawab mendedahkan perkara itu bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis yang turut dihadiri Perdana Menteri dan isteri. Musa berkata, sebarang maklumat yang ada termasuk pendedahan itu akan dinilai dan digunakan bagi meneruskan siasatan sehingga kes itu dapat diselesaikan.

Semalam Zulkifli, yang juga bekas anggota Parti Keadilan Rakyat, mendakwa ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyahkan iman oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. - Bernama

No comments: