PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, March 19, 2010

PERUMAHAN TANJUNG SERI SELANGOR JADI PENEMPATAN PEKERJA ASING

Perumahan untuk rakyat miskin tak kiralah atas nama PPRT , PKAR atau apa sekali pun namun objektifnya kediaman tersebut di bina untuk rakyat terbanyak dan khusus kepada yang kurang berkemampuan.

Atas alasan inilah saya terpanggil untuk menyatakan kekecewaan saya kepada pemerintah terutama kepada agensi agensi kerajaan yang terlibat mengendalikan pemberian rumah rumah tersebut. Sistem pemilihan yang kurang telus dan pemberian yang berpilih

Walaupun apa hujahnya yang pasti kenikmatan sebenar untuk rakyat yang benar benar memerlukan sebuah rumah untuk kediaman tidak akan menjadi kenyataan

Saya menerima laporan dari beberapa individu yang tidak berpuashati sistem ini khususnya di PERUMAHAN SERI TANJUNG SELANGOR , Pekan Pahang tempat dimana Perdana Menteri menjadi wakil mereka.

Sebanyak 8 buah rumah di taman tersebut telah di sewakan kepada PEKERJA ASING wanita dari Indonesia , bukan lah saya menentang kebanjiran pekerja pekerja ini ke bandar Pekan atas nama pembangunan akan tetapi penempatan mereka tidak sepatutnya di kawasan kawasan yang di khusus kan kepada orang yang miskin dan warga tempatan

Yang menjadi tandatanya bagaimana pekerja pekerja ini di tempatkan di perumahan tersebut oleh sebuah kilang yang membuat barang barang eloktonik ini ? Pasti lah ada dalang yang membawa mereka kesana.

Saya juga tertanya tanya bagaimana pemilik rumah tersebut boleh menyewakan sedangkan apabila mereka yang dianugerahkan rumah tersebut perlulah tinggal disana kerana rumah akan di beri kepada rakyat yang masih tidak mempunyai kediaman. Disinilah ketelusan pemberian rumah rumah sebegini yang di pertikaikan.

Saya amat berharap supaya agensi yang bertanggungjawab, wakil rakyat DUN Peramu , dan seluruh pihak yang berkaitan perlu menyiasat aduan ini agar kisah yang berlaku di PERUMAHAN SERI TANJUNG SELANGOR tidak berulang.

Ibarat kata pepatah kera di hutan di susukan anak di dakapan mati terkangkang , apakah ini konsep 1 malaysia yang di laung laungkan.

Aznan Abu Bakar

Mantan SUP PKR PHG

yang juga Aktivis PKR

Pekan Pahang

17hb March 2010

No comments: