PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, March 30, 2010


Mungkinkah Felda Plantation ladang haram?

Wan Rohimi Wan Daud, seorang peguam muda yang namanya menjadi begitu prominent, setelah memenangi kes 354 peneroka-peneroka Felda berhubung dengan isu grading dan perahan sawit keluaran peneroka-peneroka di Felda Kemahang 3 Kelantan dengan keputusan Mahkamah memerintahkan Felda membayar hampir RM12 juta kepada peneroka-peneroka., menyatakan bahawa kajian yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa Felda Plantation adalah bertentangan dengan Group Settlement Act 1960.
Mengikut Wan Rohimi, beliau telah mengkaji ucapan Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussain, yang membahaskan undang-undang GSA di Parlimen pada tahun 1960 bahawa GSA adalah undang-undang tanah untuk kawasan berkelompok khusus untuk pemilik-pemilik individu dan bukan untuk syarikat.
Tun Razak menjelaskan bahawa beliau mahukan rancangan Felda untuk rakyat secara individu bagi membantu rakyat mengatasi kemiskinan dan bukan untuk menubuhkan ladang-ladang berbentuk syarikat untuk Felda.
Peguam Wan Rohimi membuat pendedahan ini semasa memberikan ucapan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau pada 27hb Mac 2010 yang lalu di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Pahang.
"Bukan sahaja pegangan ladang dibawah Felda Plantation itu haram dibawah GSA, bahkan perjawatan pengurus-pengurus Felda di semua rancangan Felda juga tidak mengikut lunas undang-undang yang betul," kata Wan Rohimi.
Beliau menyatakan bahawa undang-undang tanah adalah dibawah kuasa Kerajaan Negeri, dan untuk mentadbirkan tanah-tanah hendaklah mengikut undang-undang yang dikuasakan kepada Kerajaan Negeri, dan justeru itu semua pengurus-pengurus Felda hendaklah diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri, dan jika kuasa ini tidak diberikan oleh Kerajaan Negeri, maka semua pengurus-pengurus Felda itu mentadbir rancangan-rancangan Felda secara haram.
Wan Rohimi Wan Daud berjanji akan mengujudkan kumpulan peguam untuk membuat kajian secara terperinci mengenai ladang-ladang dibawah Felda Plantation dan perlantikan pengurus-pengurus Felda dan jika kajian terperinci itu terbukti bahawa Felda Plantation ditubuhkan bertentangan dengan undang-undang GSA dan jika pengurus-pengurus Felda dilantik membelakangkan undang-undang, maka tindakan-tindakan sewajarnya akan diambil melalui Mahkamah supaya Felda Plantation tidak diberikan hak mentadbir dan menguruskan tanah-tanah ladang untuk Felda dan pengurus-pengurus Felda ditarik balik kuasa mereka dan segala tindakan mereka selama ini adalah bertentangan dengan undang-undang.
Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau telah dirasmikan oleh Sdr Adnan Lazim, Pengerusi Biro Ekonomi PKR Pahang.
Hampir 200 orang termasuk perwakilan dan pemerhati hadir di Majlis perasmian Mesyuarat Agung tersebut.
Sdr Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) turut berucap di dalam agenda Ucapan Penangguhan (ucapannya dilapurkan didalam kolom yang lain).


Haji Suhaimi Said,
Ketua PKR Cabang Kuala Krau.

Petikan Dari Blog: The Spirit of Lubok Kawah

No comments: