PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, February 19, 2010

LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA PKR CABANG BERA BIL: 02 / 2010 PADA 14 FEBRUARI 2010 @ AHAD






BANDAR BERA 17 FEBRUARI 2010:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera telah memutuskan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) bagi tahun 2009 ialah pada 20 Mac 2010 @ Sabtu bermula jam 10.00 pagi yang dijangka di langsungkan di Pejabat PKR Cabang Bera, Bandar Bera, Pahang.

Keputusan ini diputuskan ketika mesyuarat Jawatankuasa Cabang PKR Bera kali kedua (Bil: 02/2010) yang telah diadakan pada 14 Februari 2010 lalu.

Seramai 17 orang AJK cabang Bera telah menghadiri mesyuarat tersebut. Selain membincangkan tentang tarikh MATC tersebut, mesyuarat tersebut juga turut memberitahu seramai 25 orang peserta Felda dari daerah Bera ini bersetuju untuk hadir ke Konvensyen Felda yang dijangka diadakan di Temin, Jerantut pada 20 Februari 2010 @ sabtu ini.

Mesyuarat juga telah memutuskan bahawa Takwim rasmi PKR Bera 2010 yang mengandungi perancangan aktiviti PKR Bera disepanjang tahun 2010 ini perlu diedarkan ke semua ranting bagi tujuan makluman kepada ahli di setiap ranting tersebut.

Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Pemangku Ketua Cabang Bera, Tn Hj Abas Awang ini turut menetapkan beberapa tarikh penting seperti mesyuarat bersama Pakatan Rakyat Bera bersama PAS dan DAP disamping juga beberapa perkara yang lain.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam ini di tangguhkan pada kira-kira jam 05.30 petang.

1 comment:

ahmadnizamhamid said...

saya berpandangan sungguhpun kita perlu telus namun minit mesyuarat dan keputusan mestyuarat adalah RAHSIA organisasi.maka sungguh tak faham kenapa perlu didedahkan kepada umum seperti masuk dalam blog?