PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Sunday, December 20, 2009

UMNO vs GERAKAN di Pulau Pinang

Pertamanya, diucapkan setinggi taaniah kepada semua yang menjayakan Konvensyen Pakatan Raayat yang ulung. Disamping ianya mencipta sejarah sebagai Konvensyen pembangkang paling berjaya, pengisiannya juga telah diterima olih sebahagian besar raayat sebagai sangat menyengat dan sesuai dengan motto "Harapan Baru Untuk Malaysia", sekaligus mempamirkan kematangan Pimpinan Parti2 komponen Pakatan Raayat berserta dengan kematangan anggota2nya semua peringkat.

Kesepakatan yang dicapai dan dipersetujui bersama secara sebulat suara adalah isyarat awal bagi UMNO dan BN mencari jalan pintu keluar dari Putrajaya.

Semasa kesemua ini sedang berlaku di Shah Alam, di Pulau Pinang heboh pula berita pertelingkahan UMNO dan Parti Gerakan. Mereka berebut kerusi Pengerusi BN Negeri yang persamaan dengan merebut kerusi Ketua Menteri.

Hari semalam, berita mempaparkan kenyataan olih Zahid Hamidi, selaku Pengerusi UMNO PP bahawa Perhubongan UMNO PP menuntut agar Pengerusi BN Negeri diserah kepada UMNO atas alasan hanya UMNO sahaja yang laku di PP, sekaligus membayangkan bahawa Gerakan sudah tidak laku lagi. Tuntutan ini adalah hasil mesyuarat JK Perhubungan Negeri PP. Hari ini pula, berita menyiarkan bantahan dari Ketua Parti Gerakan, Koh Su Koon, dan dia menyatakan bahawa kerusi itu adalah hak Gerakan.

Yang anehnya, Pengerusi BN, Najib Razak menyatakan tuntutan itu adalah pandangan peribadi, dengan beliau tidak menyedari bahawa tuntutan itu adalah hasil dari mesyuarat Perhubungan Negeri. Mari kita sama-sama tunggu perkembangan selanjutnya.

Tanda2 perubahan lebih besar dari tsunami 08 akan menjelang tiba.

Fauzi A. Rahman
Pengerusi,
M.P.N. PKR Pahang

No comments: