PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, December 17, 2009

PERTEMUAN DENGAN MEDIA : PENGERUSI MPN PKR PAHANG DAN ADUN BESERAH MENJELASKAN ISU PERMOHONAN TANAH SEBUAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) DI BESERAH

Berikutan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina pada 16hb Disember, 2009 bahawa PKR dan PAS tidak membantu sekolah berkenaan untuk mendapatkan tanah bagi tujuan membesarkan sekolah tersebut, Dato’ Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang telah tampil memberikan kenyataan balas. Dato’ Fauzi menyatakan isu permohonan tanah oleh sekolah berkenaan bermula dari tahun 2004 lagi. Pihak Lembaga Pengelola Sekolah telah membuat permohonan kepada Dato’ Faisal (UMNO). Dato’ Faisal telah menubuhkan jawatankuasa mengkaji permohonan tersebut tetapi sehingga sekarang tiada khabar berita.

Walau pun DUN Beserah diwakili oleh PAS dan Parlimen Indera Mahkota diwakili oleh PKR, namun Pakatan Rakyat bukanlah parti yang membentuk kerajaan di Pahang. Oleh itu PR tidak mempunyai kuasa untuk memberikan tanah kepada sekolah tersebut atau mana-mana pihak yang memohon. Walau bagaimanapun beliau menasihati pihak sekolah agar datang berjumpa dengan Wakil Rakyat PR sama ada Ahli Parlimen mahupun ADUN untuk berbincang. PR akan membantu membawa perkara ini kepada pengetahuan kerajaan negeri.

Dato’ Fauzi juga memaklumkan semasa beliau menjadi ADUN Beserah (1999 – 2004) banyak permohonan tanah telah beliau selesaikan tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Beliau juga telah berusaha membantu sekolah berkenaan. Beliau telah berbincang dengan pemilik tanah bersebelahan sekolah tersebut supaya menjual tanah berkenaan bagi tujuan membesarkan sekolah tetapi pemilik itu tidak mahu menjualnya. Beliau juga mempersoalkan Dato’ Faisal yang juga wakil Menteri Besar dalam urusan tanah (yang mempunyai kuasa) di Daerah Kuantan tidak membantu sekolah berkenaan.

Sementara itu ADUN Beserah, YB Syed Muhammad menyatakan pihaknya sedia membantu membawa isu sekolah ini kepada pihak berkuasa jika pihak sekolah datang berjumpa dan mengemukakan dokumen permohonan tanah. Beliau berkata Wakil Rakyat PR sedia pada bila-bila masa untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan status. Beliau juga menyatakan dihalang pergi ke sekolah-sekolah untuk membuat lawatan dan mengadakan perbincangan dengan guru-guru. Beliau sanggup membantu sesiapa sahaja dan bersedia memberi khidmat pada bila-bila masa.

No comments: