PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, December 4, 2009

CHIN PENG & MELAYU MUDAH LUPA

Banyak kali dah cerita Chin Peng ini dibicarakan. Ada cerita suka tidak kurang yang duka. Sejarah hidup Chin Peng dibongkar satu persatu. Kisah keganasan komunis pimpinan Chin Peng menjadi perbahasan utama. Dari tengah sawah dan lautan membawa ke kedai kopi. Dari stesen bas ke pejabat tinggi. Dari seorang buruh hingga pak menteri. Semua terpanggil berbicara tentang Chin Peng. Dari dulu hingga kini Chin Peng menjadi popular. Lebih popular dari Che Det. Dengan Najib? tak usah cerita. Jauh panggang dari api. Bukan saja orang biasa, Che Det pun bercakap pasal Chin Peng. Najib pun tumpang sama. Agaknya nak tumpang populariti bekas ketua komunis Malaya itu. Makin tua makin popular. Pada hemat saya bukan Chin Peng minta jadi popular tetapi hasil bicara dan bahas orang lain dia jadi popular.

Berbalik kepada pokok cerita..Chin Peng minta nak jumpa Perdana Menteri Najib untuk luahkan hasrat nak balik ke Malaysia. Nak jumpa dan ziarah saudara mara di Perak. Ramai yang marah; bekas tentera, pak menteri, orang umno dan macam-macam lagi. Mahathir kata dia ikut suara ramai. Kalau ramai setuju bolehlah Chin Peng balik kampung jumpa sanak saudara. Kalau ramai tak setuju tak bolehlah. Pelik juga dengar Mahathir cakap macam ni.. Masa bila Mahathir dengar cakap orang. Tak ingat pulak saya. Garu kepala. Tak apa la..Melayu mudah lupa..Itu kata Mahathir..Najib kata dia tak mahu jumpa Chin Peng. Tak ada sebab nak jumpa Chin Peng. Dia nak lawat Selatan Thailand dalam dua tiga hari lagi. Sah la pergi dengan bini. Bini mana percaya kalau laki pergi Selatan Thailand seorang diri. Kalau ikut boleh shopping sekali. ada pakaian, ada periuk, ada toto..ada macam-macam..ke macam-macam ada..ikut je la..

Betul kata Mahathir masa dia PM dulu. Dia baca sajak "buatan sendiri"..Dia kata Melayu mudah lupa..dia menagis..keluar air mata..betul..memang betul..Melayu mudah lupa. Musa Ahmad boleh balik kampung dari China. Shamsiah Fakeh (almarhumah) pun boleh balik. Semua orang tahu latarbelakang kedua orang itu. Apa pasal Chin Peng tak boleh nak melawat sanak sedara. Dia pun dah tua. Mengikut hukum alam tak lama dah tu. Komunis dah letak senjata. Ada perjanjian dengan PDRM & ATM. Melayu mudah lupa.Sebagai sesama manusia kita ada kaedah tolak ansur kalaupun tiada kemaafan. Bertimbang rasa lah sikit. Dia dah tua. Sudah insaf. Kalau kita anggap Chin Peng yang sudah tua tu masih belum insaf, kita juga boleh anggap "orang tua" yang lain tu pun payah la nak insaf. Rumah kata pergi kubur kata mari..

PM 1Malaysia macam mana? Lupa juga ke..Memang sah lagi teruk penyakit pelupa dia tu. Dia terikut-ikut marah pasal Chin Peng tu ketua komunis. Komunis ganas. seksa orang, bunuh orang. betul la tu. Tu memang kerja komunis. Ayah saya Special Constable (SC) perang dengan komunis. Banyak dia cerita pasal ganasnya puak komunis ni.Dia cerita pernah tembak Shamsiah Fakeh di Temerloh. Sekarang umur ayah saya 83 tahun. Ayah cakap dengan saya buat apa nak halang Chin Peng balik melawat sedara mara. Nak angkat senapang pun dia dah tak larat. Macam abah ni kata dia...Balik pada PM 1Malaysia..dia lupa siapa agaknya yang pergi ke Negara China runding nak jalin hubungan diplomatik. Negara China tu pemerintahnya komunis. Bapak kepada segala bapak komunis. Chin Peng pun tunduk dan terima arahan dari bapak komunis dari Negara China. Kalau dia masih lagi lupa saya nak bagi tahu. Bapak dia la yang pergi. Masa tu bapak dia macam dia juga PM. Betul kata Mahathir..Melayu mudah lupa..

Kalau nak kata komunis tu ganas, memang la..tapi sekali fikir apa kurangnya Jepun.. Menjajah Tanah Melayu (sekarang Malaysia) lebih tiga tahun. Cerita ganasnya Jepun memang brutal..tampar, terajang, gantung, kelar, bagi minum air sabun, belah perut...pancung!!! Masa wayang "Embun" dulu saya beli CD(ori..)..pasang..masa tu arwah mak saya ada (dia tak tau cerita kisah apa)..tengok.. Tak sampai 20 minit dia terketar-ketar..tumbang terus pengsan..bawak pergi hospital..rupa-rupanya dia trauma dengan Jepun. Mak cerita dia berendam sekeluarga dalam Sungai Pahang tiga hari tiga malam. Tak fikir ular dan buaya..takut pada Jepun lagi..Jepun ni ganas maknanya tu..macam komunis jugak..Tapi Mahathir kata Melayu mudah lupa..sekali la dengan dia..
Siapa yang buat Dasar Pandang ke Timur..siap jadi dasar negara lagi tu..dari barat hala pulak ke timur. Serba salah. Nak cari identiti. Sesat. Serba salah nak tuju. Lebih sesat dari Ayah Pin. Itu pasal tak jumpa Ayah Pin. Macam mana nak jumpa. Orang sesat cari orang sesat. Dua-dua sesat..MML (Melayu mudah lupa), MML(Mahathir mudah lupa)..

Agak-agaknya siapa yang jalinkan hubungan dengan Rusia sampai boleh beli Jet Sukhoi dengan komisyen RM410 juta?. Cuba teka. PKR? PAS? DAP? Anwar Ibrahim? Nik Aziz? Haji Hadi? Lim Kit Siang? Karpal Singh?..Siapa betul kita bagi hadiah Borang Ahli PKR. Rusia tu kan ibubapa kepada Soviet Union. Amalannya komunis. Tolong PM 1Malaysia jawab..siapa yang beli?

Komunis memang ganas; pukul orang, bunuh orang, rampas isteri orang, ambil harta orang, rampas tanah orang, rogol anak dara orang..apa lagi. Kata orang Pahang "saknike jahat, ada pada komunis". Agak-agaknya siapa yang berperangai macam tu.. Siapa yang suka pukul orang? Ada satu kes, seorang pak menteri pukul boyfriend anak dia sampai budak tu cacat..buat report polis, tak tau apa cerita sampai sekarang. Menteri tu makin naik pangkat.. makin gong. Siapa yang bunuh orang? Ada satu kes di Johor, seorang GRO nak dedah hubungan sulit dengan timbalan menteri..jumpa mayat dia depan rumah dengan kapak tersengkag lekat belakang kepala.. Kes tutup.. Ni tak selesai lagi satu kes, beli kapal selam budak Monggolia hancur berkecai..tinggal tulang sikit, daging sejemput. Siapa agaknya rampas isteri orang? "lu fikir la sendiri".. Siapa agaknya ambil harta orang? Mana pergi tanah rizab Melayu yang lebih 2 juta ekar? tinggal berapa ekar sekarang ni? Sisa tanah rizab Melayu dalam Bandar Kuantan tinggal 52 ekar dekat Transit Quarters. Sekarang ni tinggal 0 ekar. Siapa yang ambil harta orang Melayu ni? PKR? PAS? DAP?.."lu fikir la sendiri". Siapa rogol anak dara orang? Tukang rogol lepas yang kena rogol masuk penjara.."lu fikir la sendiri"..siapa punya angkara..Komunis tu memang ganas..Orang yang buat perangai macam komunis ni macam mana pulak? tak ganas ke?.. "lu fikir la sendiri.

Tajam Otak
Zaidi Ahmad

4 comments:

INGENIUR said...

JANJI KETIKA BAJET 2008 DULU "PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA", TAPI TAHUN 2010 KENA BAYAR...Kalau kita imbas kembali kenyataan mantan Menteri Pelajaran (pada pertengahan Disember 2008) ketika itu Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein telah bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan lagi untuk pelajar bagi mengurangkan beban kewangan ibubapa yang menanggung perbelanjaan sekolah anak-anak dan ianya sejajar dengan janji PM ketika itu Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi ketika pembentangan Bajet 2008 bertajuk “Pendidikan Percuma untuk Semua”.....Lawatilah blog http://ingeniur.blogspot.com

Unknown said...

Itu kisah lama yang diberi nafas baru. Bajet 2008 untuk tahun 2009. Tahun ni awal tahun dia tangguh kutip yuran. Kata dia nak kurangkan beban ibubapa. lepas bulan 3 sekolah start kutip. sorang anak seratus lebih jugak..Itu satu dari kaedah menipu orang ramai. ada banyak kaedah lagi. Yuran percuma memang dia beri. 4 ringgit. Hok lain tak potong..

" KE ARAH BERA YANG LEBIH GEMILANG" said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Rasanya dia tak boleh balik malaysia. Kalau balikpun kena ada pengawal2 peribadi jaga. almaklumlah malaysia ni ramai gangster.