PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, November 9, 2009

Fokus Gerak Kerja KeADILan Cabang Lipis

Mesyuarat Cabang Lipis pada sabtu 7 november telah memberi fokus kepada gerak kerja melalui biro-biro. Ajk telah diminta mengerakkan aktiviti peringkat akar umbi dengan segera. Berikut adalah pengerusi2 biro:
Biro Politik & Hubungan PR - Sdr Zakaria Abdul Hamid
Biro Kebajikan & Hubungan Masyarakat - Sdr Idris Sulaiman
Biro Pengurusan & Keahlian - Sdr Mohd Sabri Ismail
Biro Ekonomi & Dana - Sdr Rizal Jamin
Biro Pilihanraya - Sdr Wan Khairul Fazdillah
Biro Penerangan - Hj Abd Rashid Ali
Biro Felda & Orang Asal - Sdr Mohamad Alwi
Biro Tugas2 Khas - Sdr Ali Bakti Ishak
Sayap AMK yang di ketuai Sdr Rizal Jamin telah diminta mempelopori sokongan anak2 muda melalui sukan sukan, rekreasi dan majlis ilmu. Sayap Wanita yang dipangku Puan Hamidah Bakar akan menerusikan program2 akar umbi wanita dan pendedahan kepada kepimpinan.
Untuk mengemaskan gerak kerja di peringkat DUN, 3 penyelia telah dilantik untuk menyusun jentera pilihanraya dan program:
DUN Benta - Sdr Idris Sulaiman
DUN Cheka - Hj Abd Rashid Ali
DUN Padang Tengku - Sdr Mohamad Alwi

Selepas mesyuarat tersebut, Sdr. Zakaria bersama-sama AJK telah meluangkan masa melawat Bilik Gerakan Pakatan Rakyat(PR) DUN Benta yang telah siap dibina di Kg. Jerkoh.










1 comment:

Suhaimi Said said...

Cukup gembira apabila tengok semua Cabang KEADILAN Pahang aktif begini. Sesuailah dgn motto saya: BUAT KERJA BELUM TENTU MENANG, TAK BUAT KERJA DAH TENTU TAK MENANG.

Apa kata ada yang menang tapi tak buat kerja. Itulah yang akan jadi MAMAT seperti di Perak dan Port Klang.