PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, November 12, 2009

Diari Pengerusi MPN PKR Negeri Pahang

08/11/2009 (Ahad). Pengerusi MPN PKR Negeri Pahang, Dato Fauzi Abdul Rahman telah menghadiri pelbagai program di kawasan Temerloh, Kuala Krau dan Mentakab. Antara program yang telah dihadiri oleh beliau;
12.00 tengahari - Ucaptama Majlis Wacana PKR Pahang Strategi PRU Ke-13 di Restoran D'Puncak, Temerloh. Penceramah jemputan Dato Zaid Ibrahim.

3.00 petang - Menghadiri majlis penyerahan borang dari anggota-anggota baru KEADILAN sekitar Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Makmur dan Kg Tualang.
5.00 petang - Merasmikan KEADILAN Ranting Kg Datuk Shariff Ahmad di perkarangan rumah Sdr Azizan Ahmad, Ketua KEADILAN Ranting Kg Datuk Shariff Ahmad di Cabang Kuala Krau.
7.00 malam - Solat maghrib di surau Taman Saga, Mentakab. Selepas solat maghrib Dato Fauzi mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa surau.
8.00 malam - Melawat rumah mangsa kebakaran di kawasan rumah murah Taman Saga, Mentakab. Dato Fauzi telah menyerahkan sumbangan peribadi dan sumbangan dari PKR cabang Temerloh.
9.00 malam - Bertemu dengan pemimpin setempat Taman Saga, Mentakab. Berbincang tentang isu-isu semasa.

No comments: