PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, September 29, 2009

PKR Pahang Disana Sini

Temerloh, 29.09.09: Dato Alimudin Sawal yang baru meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR menyatakan seramai 200 orang ahli UMNO di Bahagian Temerloh akan bersama-samanya menyertai PKR dan diantara mereka itu terdapat seorang AJK Bahagian Temerloh dan pimpinan-pimpinan cawangan UMNO. Beliau menunggu tarikh yang sesuai dengan pimpinan PKR Pusat untuk menganjurkan dua perhimpunan besar di DUN Lanchang.


Kuala Krau, 29.09.09: PKR Cabang Kuala Krau akan mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Eidulfitri bertempat di Pejabat PKR Cabang itu di Pekan Kuala Krau pada 4hb Oktober 2009 bermula jam 8.00 malam.
Cabang ini juga akan mengadakan Majlis Deepavali sempena Hari Raya Deepavali yang jatuh pada 17hb Oktober. Tarikh dan masa akan ditetapkan kemudian.


Lepar Utara, 29.09.09: PKR Ranting Lepar Utara akan mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Eidulfitri bertempat di Felda Lepas Utara pada 5hb Oktober 2009 bermula jam 2.00 petang.


Jerantut, 29.09.09: PKR Ranting Kota Gelanggi 2 akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Eidulfitri bertempat di Pejabat PKR Kota Gelanggi 2, Ranting itu sedang berbincang dengan PAS Cawangan Kota Gelanggi 2 untuk mengelakkan pertindihan masa, dan tarikh dan masa akan diberitahu kelak.


Raub, 29.09.09: Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal PKR Zon Barat akan mengadakan mesyuarat biro tersebut pada 30hb Oktober 2009 bertempat di Pejabat PKR Raub bermula jam 2.00 petang. Sdr Abang Ali memohon kerajasama PKR Cabang-Cabang Bentong, Lipis dan Cameron Highlands menghantar perwakilan yang secukupnya daripada kalangan peneroka-peneroka Felda dan Orang Asal bagi menjayakan program tersebut. Pengerusi dan JK Konvensyen Peneroka Felda Pahang d akan Pengerusi dan JK Konvensyen Orang Asal PKR Pahang akan menghadiri mesyuarat Biro ini untuk memperincikan konvensyen-konvensyen tersebut.


Bera, 29.09.09: PKR Cabang Bera akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Eidulfitri pada 4hb Oktober 2009 dari jam 2.30 petang hingga 6.00 petang, tempat akan diberitahu kemudian.
Rompin, 29.09.09: PKR Cabang Rompin akan menubuhkan dua buah Ranting Baru iaitu Ranting Tg Gemuk dan Bandar Rompin didalam satu Majlis Perasmian bersama pada 17hb Oktober 2009 bermula jam 8.00 malam di Bandar Rompin diikuti dengan ceramah oleh pimpinan Pusat.
Paya Besar, 29.09.09: Pengerusi Konvensyen Peneroka-Peneroka Felda PKR Pahang menyatakan bahawa beliau akan memanggil mesyuarat JK Konvensyen tersebut dari seluruh Negeri Pahang melibatkan jawatankuasa-jawatankuasa setiap zon untuk mengemukakan pelan persediaan konvensyen peneroka Felda Pahang yang akan diadakan pada bulan Mac tahun depan. Mesyuarat yang dijadualkan 3hb Oktober 2009 itu terpaksa ditunda ke tarikh lain kerana berserempak dengan tarikh mesyuarat PKR Negeri Pahang. Tarikh baru akan diberitahu kelak dan Sdr Haji Zahari Mamat, selaku Pengerusi Konvensyen memohon kerjasama setiap Bahagian PKR di Negeri Pahang agar dapat menghantarkan wakil masing-masing.
Haji Zahari melapurkan juga bahawa seramai 13 orang peserta Tanah Kelompok Kg Panching telah dianiaya kerana tanah mereka telah dijadikan kawasan lombong bijih besi oleh Pengusaha Lombong dengan kelulusan dari Pejabat Tanah Kuantan. Pengusaha Lombong tersebut berjanji untuk memberikan pampasan pokok-pokok, saguhati dan bayaran RM5.00 per ton. Tetapi sehingga kini tidak ada satu pampasan pun yang dibayar. 13 orang Peserta tersebut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengusaha Lombong tersebut.
Lipis, 29.09.09: PKR Cabang Lipis akan mengadakan 3 Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Eidulfitri iaitu pada 11hb Oktober 2009 jam 3.00 petang di Benta, 12hb Oktober jam 3.00 petang di Mela dan 17hb Oktober 2009 di Pejabat PKR Cabang Lipis, Bandar Baru Lipis.
Maran, 29.09.09: PKR Cabang Maran akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka di perkampongan Orang Asli Kg Bangas, tarikh dan masa akan ditetapkan kemudian kerana mengambil kira Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Negeri Sembilan.

No comments: