PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, September 10, 2009

Felda Menzalimi Peneroka

Selancar 2, Muadzam Shah: Seorang Peneroka Felda disini menerima surat dari Pengurusan Felda bertarikih 3hb September 2009 dengan ugutan bahawa Peneroka itu akan dilucutkan tarafnya sebagai Peneroka Felda dan terlucut sama haknya untuk menerima bonus dan insentif Hari Raya dan sebarang pinjaman perumahan.


Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Peneroka ini? En Zakaria bin Ismail berhajat menanam sendiri ladangnya dan tidak menerusi Felda. Beliau telah menanam ladangnya seluas 10 ekar dengan anak-anak sawit yang diluluskan oleh MPOB.


Perbuatannya itu dianggap oleh Felda sebagai mengingkari Pekeliling Felda bahawa peneroka-peneroka tidak boleh menanam sendiri tetapi hendaklah menanam melalui Felda.


Umum mengetahui bahawa peneroka-peneroka yang menanam melalui Felda atau lebih tepat lagi anak syarikat Felda, Technoplant, akan dikenakan hutang dengan faedah 6.5%, dan peneroka-peneroka berkenaan akan diberikan elaun sara hidup sebanyak RM1200.00 sebulan yang dikenakan faedah sebanyak 6.5% juga.


Apabila buah sawit boleh dituai nanti, peneroka-peneroka berkenaan akan memperolehi pendapatan standard sebanyak RM1500 sebulan. Pendapatan ini amatlah kecil jika dibandingkan dengan mereka yang menanam sendiri yang boleh berpendapatan melebihi RM3000.00 sebulan, dan semasa harga sawit tinggi seperti beberapa bulan dahulu, pendapatan peneroka yang menanam sendiri boleh mencecah hingga RM9,000.00 sebulan, manakala peneroka-peneroka yang menanam melalui Felda hanya berpendapatan RM1500.00 sebulan.
Peneroka-peneroka yang menanam sendiri tidak lagi dibelenggu dengan hutang-hutang kepada Felda dan membebankan mereka hingga berpuluh-puluh tahun; sedangkan peneroka-peneroka tanam sendiri bebas dari hutang dan pendapatan yang mereka perolehi adalah pendapatan bersih.
Sejak Felda berubah dasar dan peranan daripada bertujuan untuk membasmi kemiskinan diluar bandar kepada peranan dan dasar korporat dan konglomerat dibidang pertanian 1Malaysia, Felda menekan peneroka-peneroka disemua sudut. Lesen MPOB hanya diberikan kepada Felda dan individu atau Koperasi Peneroka tidak lagi memperolehi lesen tersebut.
Peneroka hanya boleh menjualkan hasil mereka melalui Felda dengan harga yang jauh lebih rendah dari Kilang-Kilang swasta.
Melalui resit yang dikeluarkan oleh Felda, pendapatan peneroka disetiap kali hantaran ke Kilang akan dipotong 20% oleh Felda.
Tandan muda dan mekal dikenakan denda dan diasingkan dari buah-buah lain, tetapi buah-buah sawit yang diterima itu tidak pernah mendapat perahan yang tinggi tetapi sekadar 19% sahaja; manakala buah muda dan mekal itu tidak dibenarkan pula oleh Kilang Felda untuk dibawa pulang oleh peneroka-peneroka, dan apa yang berlaku kepada buah-buah reject itu diperah pula bersekali dengan buah-buah lain, tetapi pendapatan daripada perahan itu tidak pernah dikembalikan kepada peneroka.
Peneroka-peneroka yang menanam melalui Felda diberikan tuntutan pengurusan tanam semula yang tidak munasabah seperti penanaman kacang tutup bumi sedangkan tanaman itu tidak pernah dibuat oleh Technoplant.
Di sesetengah Rancangan Felda dimana peneroka-peneroka menanam sendiri diberikan bil oleh Felda hingga berpuluh ribu ringgit kononya diatas kerja Felda mengusahakan ladang mereka seperti yang berlaku di Felda Trolak.
Memang benar seperti apa yang dinyatakan oleh Sdr Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) bahawa Felda yang mengejar untung untuk perbadanan itu dan peneroka-peneroka menjadi mangsa dengan katanya: Dulu Tolong sekarang Along.

No comments: