PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Sunday, September 13, 2009

Biro Felda PKR Pusat bermula dengan tapak yang baik

Lateefah Koya berucap di Majlis Perasmian Biro Felda

YB Datuk Kamarul Baharin Abas berucap merasmikan penubuhan Biro Felda PKR Pusat


Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat bersama-sama YB Datu Kamarul Baharin Abas
=====

Biro Felda PKR Pusat telah dengan rasminya ditubuhkan didalam upacara yang sederhana di Pejabat Perhubungan PKR Negeri Sembilan dan dirasmikan oleh YB Datuk Kamarul Baharin Abas, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sembilan, pada 12hb September 2009.

Sdri Lateefah Koya, Ketua Penerangan PKR Pusat hadir mewakili Biro Politik PKR Pusat dan memberikan garis-garis panduan untuk pergerakan Biro tersebut.



Selain dari Suhaimi Said dan T.Kumar yang telah dilantik oleh Biro Politik PKR Pusat menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Biro tersebut, pimpinan PKR berikut telah dipilih menduduki jawatan-jawatan bagi mengurskan Biro tersebut:


Naib-Naib Pengerusi:

Sdr Zabidie Abas - Wakil PKR Johor, beliau juga adalah Setiausaha kepada NGO Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang memperjuangkan hak Generasi Kedua Peneroka Felda kebangsaan.


Sdr Haji Zahari Mamat - wakil PKR Pahang, beliau adalah juga Pengerusi Konvensyen Peneroka-Peneroka Felda Pahang yang akan berlangsung pada bulan Mac 2010.


Sdr. Haji Mohd Kamil Yassin - wakil PKR Negeri Sembilan, beliau adalah juga Presiden Warga Felda Perihatin, sebuah NGO yang memperjuangkan peneroka-peneroka di Negeri Sembilan.

Bendahari:

Dr Shaiful Nizam

Setiausaha:

Sdr Tajudin Ramli


Pengerusi Penerangan:

Sdr Razali Md Nor


Pengerusi Guaman:


Sdr Nazri Kassim


Pengerusi Research Team:


Sdr Rebin Birham (Ketua AMK PKR Negeri Sembilan)


Diantara rojokan kerja Biro ini adalah untuk memperjuangkan nasib peneroka-peneroka Felda yang sedang berhadapan dengan pelbagai masalah terutamanya didalam hubungan mereka dengan Felda berhubung isu tanam semula, jualan buah sawit melalui Felda, potongan pendapatan secara arbitrary oleh Felda, isu Technoplant dan Felda Plantation dan masalah penindasan Felda terhadap gerakan parti-parti pembangkang didalam ranacangan-rancangan Felda.


Biro ini menyedia pasukan peguam yang ramai untuk memberikan khidmat peguam kepada peneroka-peneroka Felda.



Disamping itu segala maklumat mengenai Felda menjadi tanggungjawab Research Team dan Team ini akan mengadakan perjumpaan dengan bekas pegawai-pegawai tinggi yang pernah terlibat dengan Felda dan kini berada bersama-sama PKR untuk mendapatkan maklumat-maklumat sewajarnya.


Perjumpaan itu juga telah mengambil keputusan untuk mengadakan Konvensyen Peneroka-Peneroka Felda Kebangsaan, dan memandangkan Biro Felda PKR Pahang akan mengadakan Konvensyen Peneroka-Peneroka Felda Pahang pada bulan Mac 2010, maka Perjumpaan bersetuju untuk menggabungkan Konvensyen itu kerana PKR Pahang sudah menyediakan infrastruktur yang sesuai dan boleh ditukarkan kepada Konvensyen peringkat Kebangsaan.













No comments: