PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, August 10, 2009

Sekitar Kunjungan Chua Jui Meng Ke Cabang Paya Besar,Bertempat Di Restoran Tas Food,Taman Tas pada 9hb Ogos 2009.

Datuk Seri Chu Jui Meng,Bekas Menteri Kesihatan,kelihatan begitu segak dantersenyum dengan sambutan yang diberikan semasa kunjungan beliau ke Taman Tas,kebanyakan yang hadir ialah kawan-kawan beliau dan penyokong dan pengdokong dari Parti MCA,yang akan menjejak kaki mengikut beliau beralih arah berhijrah ke Parti Keadilan Rakyat..Syabas Kepada Datuk Seri Chua Jui Meng.
Sepatutnya perjumpaan kaum cina sekitar Taman Tas,diadakan di restoran Tas Jaya bersebelahan restoran Taj Food,tetapi terpaksa dibatalkan kerana saya di fahamkan pemilik restoran ini telah diberi amaran tindakan akan di ambil pihak yang berkuasa,seandainya majlis perjumpaan itu terus diadakan direstoran ini.Untuk makluman,direstoran ini lah Anwar Ibrahim pernah berkunjung dalam perjumpaan dengan kaum cina sekitar Taman Tas,pada masa itu kehadiran diluar jangkaan.
Perjumpaan hi-tea bersama Jui Meng terpaksa di adakan di Restoran Tas Food.
Kelihatan hujan turun begitu lebat semasa ketibaan Jui Meng.


Reformasi..Keadilan untuk semua..Masa untuk berubah.
Kelihatan Ketua Cabang Paya Besar Sdr Zahari Mamat(berdiri sebelah kiri).
Dato' Fauzi,Pengerusi -Pengerusi -Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahag DM,bersama Jui Meng,menjawab pertanyaan wartawan.

Sdr Cheong(AMK Cabang Kuantan) sekali pandang macam Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, bersama Jui Meng,tak tahu apa yang digelakannya.
Hujan turun begitu lebat,semasa ketibaan Chua Jui Meng,kelihatan Sdr Ahmad Shah menyambut ketibaan beliau.
Sdr Rabidin Ketua Cabang Rompin,diantara yang turut hadir.
Para tetamu sedang menunggu Jui Meng sampai.

Jui Meng kelihatan begitu bersemangat menerangkan dan menjawap soalan dari wartawan kenapa beliau berhijrah beralih arah menyertai Parti Keadilan Rakyat,turut kelihatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat(PKR)Negeri Pahang Dato'Fauzi Abdul Rahman.

No comments: