PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Saturday, August 8, 2009

Mari lawan salahguna kuasa UMNO/BN dalam PRK Permatang Pasir

UMNO sedang berusaha untuk memulihkan imejnya dan kemenangan didalam salah satu Pilihanraya Kecil di Semananjung bagi parti itu akan diraikan oleh mereka sebagai tanda UMNO telah pulih.
Didalam PRK Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau imej UMNO menjadi semakin tercalar dan tidak menampakkan harapan langsung parti itu akan pulih.
Dan ketidakberanian UMNO untuk bertanding di Penanti meletakkan kedudukan parti UMNO sebagai tidak berupaya lagi untuk memenangi hati rakyat.
Bagaimana pun, UMNO telah berusaha dan melakukan tindakan-tindakan diluar batasan demokrasi di Manek Urai dan justeru kerana itu kemenangan calon PAS yang tipis telah diterjemahkan oleh UMNO sebagai "pemulihan" dan kononnya pengundi-pengundi sudah mula menerima semula kehadiran mereka.
Jika dibandingkan dengan PRK Pengkalan Pasir dimana UMNO berjaya merampas kawasan DUN itu dari PAS apabila UMNO melakukan tindakan-tindakan diluar batasan demokrasi dengan menyalahgunakan kuasa dengan pemberian projek-projek "mee segera" yang melampau-lampau dan pemberian wang ringgit yang tidak terhingga, maka ketidakupayaan UMNO merampas Manek Urai dengan tindakan yang sama atau lebih hebat dari Pengkalan Pasir menandakan bahawa UMNO sudah tidak berupaya mengembalikan imejnya.
Di Permatang Pasir didalam kawasan Parlimen Permatang Pauh sekali lagi UMNO akan berpegang kepada taktik-taktik kotor dan tindakan-tindakan melampau dan diluar sekup demokrasi dan dengan tindakan itu mereka sangat berharap untuk menang di kawasan DUN itu.
Kalau di Manek Urai, PR tidak begitu peka dengan tindakan-tindakan kotor UMNO, maka Manek Urai telah memberikan pengalaman kepada PR dan PAS dan pisang tidak akan berbuah dua kali di Permatang Pasir nanti.
Diantara tindakan-tindakan yang akan dilakukan oleh UMNO ialah menggunakan dengan lebih hebat lagi kakitangan kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan dan budget-budget kerajaan untuk kegunaan parti UMNO untuk "membeli" undi.
Perkara-perakara itu adalah jelas melanggar tata-etika pilihanraya dan tidak dibenarkan didalam sistem demokrasi.
Parti lawan parti adalah konsep yang dibenarkan didalam demokrasi berparlimen dan harta-benda kerajaan tidak boleh digunakan untuk mempengaruhi pengundi-pengundi.
Maka oleh kerana itu jentera PR perlu bertindak pro-aktif. Pertama, orang-orang PR sendiri hendaklah diresapkan kedalam Jentera Pilihanraya UMNO untuk memperolehi maklumat terperinci dan setiap penyalahgunaan dan rasuah yang dilakukan oleh Jentera BN/UMNO hendaklah dengan segera dilapurkan kepada Polis dan SPRM.
Projek Mee Segera dari kementerian-kementerian dan jabatang-jabatan kerajaan adalah salah dari segi Akta Pilihanraya jika projek-projek itu dibuat sewaktu PRK dijalankan dan bertujuan untuk menarik pengundi. Buat laporan Polis dan SPRM.
Pemberian wang ringgit oleh Jentera BN bagi menarik pengundi-pengundi adalah salah dan melanggar Akta Pilihanraya. Buat laporan Polis dan SPRM.
Perbuatan mengugut yang dilakukan oleh Jentera BN bagi mengalihkan aliran pengundian adalah salah disisi Akta Pilihanraya. Buat laporan Polis dan SPRM.
Perbuatan penipuan yang dilakukan oleh Jentera BN bagi meraih undi adalah salah disisi Akta Pilihanraya. Buat laporan Polis dan SPRM.
Buat laporan polis dan sprm apabila Jentera BN melakukan apa juga tindakan yang bertentangan dengan Akta Pilihanraya.
Perkara-perakara yang dilakukan oleh Jentera UMNO/BN yang melanggar Akta Pilihanraya adalah perkara yang sangat penting kerana jika calon UMNO/BN menang kerana mereka melakukan kesalahan-kesalahan ini, kemenangan mereka itu boleh dicabar dan Mahkamah boleh melucutkan kemenangan itu.
UMNO/BN sudah menjadi begitu desperate dan sebagai desperador mereka akan lakukan apa saja untuk menang kerana sehingga kini mereka belum pernah menang didalam mana-mana PRK di Semenanjung dan mereka juga memahami bahawa jika mereka terus kalah di Permatang Pasir ini iaitu di kawasan yang bermajoritikan Orang Melayu, mereka tidak akan menang dimana-mana kawasan Pilihanraya pun di Semenanjung Malaysia ini.
Kepada Jentera PAS, kami dari PR memohon kerasama agar tenaga-tenaga dari PKR dan DAP dapat digunakan sepenuhnya.
Pengalaman kami di Kuala Terengganu, PAS tidak begitu selesa menerima tenaga dari PKR kononnya bahawa PAS sudah mencukupi tenaga sendiri, sehinggakan tenaga-tenaga dari PKR yang datang dari seluruh Negara tidak digunakan sepenuhnya kecuali tenaga-tenaga penceramah dari kalangan pimpinan pusat PKR.
Sehingga beberapa hari tenaga PKR tidak digunakan di Kuala Terengganu bahkan PAS Terengganu memberikan 11 syarat jika tenaga PKR hendak turun padang.
Tetapi apabila tenaga PKR dapat turun padang, kami berjaya mendapatkan undi atas pagar dan pengundi-pengundi dari UMNO menyebabkan kawasan-kawasan yang dahulunya PAS kalah telah dapat dimenangkan kerana penghijrahan undi atas pagar dan dari UMNO.
Ramai tenaga dari PKR tidak turun ke Manek Urai kerana kami mendapat signal bahawa tenaga kami tidak diperlukan.
Maka, janganlah perkara seumpama ini berlaku di Permatang Pasir. Kita dari PR, kita bersatu hati mahu memenangkan calon-calon PR walaupun dari parti mana pun kita datang.

No comments: