PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Sunday, July 19, 2009

500 Orang Asli Hadiri Ceramah PKR di Kg Penderas, Kuala Krau

"Apa yang diperlukan oleh Orang Asli telah pun ditunaikan oleh Barisan Nasional," kata YB Datuk Mohamed Jaafar, ADUN Jenderak, Kuala Krau
Kuala Krau 17.07.09: Datuk Fauzi Abdul Rahman menegaskan bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah Negeri Pahang, seorang Ahli Exco akan dilantik dari kalangan pimpinan Orang Asli yang terpilih sebagai ADUN, dan jika sekiranya tidak ada ADUN dari kalangan Orang Asli, seorang Pegawai bertaraf EXCO akan dilantik dari kalangan pimpinan Orang Asli Negeri Pahang dengan tugas-tugas khas bagi menjaga kepentingan, kemajuan dan pembangunan Orang Asli Negeri Pahang. Ucapan Datuk Fauzi di Majlis Ceramah PKR Kuala Krau diperkampongan Orang Asli Kg Penderas tersebut mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.

Sdr Kin Kasim, Ketua PKR Ranting Kg Penderas, menghadiahkan cenderamata kepada Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang

Sdr Roman Achai, AJK Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang menyerahkan Memorandum Tuntutan Tanah Orang Asal. Memorandum yang sama telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pahang tetapi tidak ada sesuatu pun telah dilakukan oleh Kerajaan Pahang bahkan tanah Orang Asli diceroboh oleh Agensi Kerajaan dan towkay-towkay puak kroni UMNO/BN

Apakah yang dikatakan oleh Datuk Fauzi menyebabkan Felicia Ling tersenyum dan bertepuk tangan?

Felicia Ling sampai awal ke Kuala Krau, sempat merakamkan gambar foto bersama Wanita PKR Kuala Krau yang sedang menyediakan makanan untuk dibawa ke Kg Penderas.
Felicia Ling menempelak Kerajaan Barisan Nasional kerana gagal membawa kemajuan kepada penduduk Orang Asli di Negara ini walaupun Negara telah Merdeka lebih dari 50 tahun. "Orang Asli masih hidup dalam keadaan mundur dan miskin walaupun mereka itu merupakan penduduk asal Negara ini, mendiami bumi ini beratus ribu tahun mendahului kaum-kaum lain", tegas Felicia Ling.

Sebahagian dari kehadiran di Majlis Ceramah tersebut
Sebahagian lagi dari kehadiran di Majlis Ceramah PKR di Kg Penderas

Sdr Datuk Fauzi menerima Memorandum dari Sdr Roman Achai, disebelah kanannya Felicia Ling
Suhaimi Said bersama Kin Kasim

Suhaimi Said sedang berucap di Majlis Ceramah tersebut.
Suhaimi Said, Pengerusi PKR Cabang Kuala Krau merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang didalam ucapan aluannya bahawa sejak PKR bergerak di kawasan DUN Jenderak lebih setahun yang lalu, keanggotaan PKR di kawasan itu dikalangan Orang Asli sudah bertambah melebihi 500 orang dengan kejayaan penubuhan 8 buah Ranting Orang Asli di kawasan tersebut. Beliau menekankan bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah Negeri Pahang, perkara utama yang dilakukan terhadap Orang Asli ialah meluluskan tanah kampong dan kebun Orang Asli untuk dikeluarkan Suratan Hakmilik secara individu.

500 Orang Asli hadir di Majlis Ceramah PKR Kg Penderas, suatu kehadiran yang luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini

------------------------------------






No comments: