PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Sunday, June 7, 2009

Lawatan JK PKR Bahagian Kuala Krau ke Majlis Mesra Rakyat di Kg Paya Pelong, Kuala Krau, 6hb Jun 2009

Paling tidak sebulan sekali kami dari Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau tetap sampai di Kg Paya Pelong, sebuah perkampongan Orang Asli dari Kaum Jah Hut. Mereka sangat mesra dan menyambut kami dengan penuh kemesraan.
Anak-anak muda mereka begitu seronok dengan kehadiran kami, dan setiap kali kami berada di kampong ini, mereka kami dengan baik. Di Kampong ini telah tertubuh cawangan Parti Keadilan Rakyat dengan keahlian kini sudah mencapai 68 orang.




Kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang menjamu selera iaitu bubur kacang dan roti, dan beginilah suasana meriah setiap kali kami sampai di kampong ini.

Inilah sebahagian dari ahli-ahli Angkatan Muda Keadilan dari kaum Jah Hut di Kg Paya Pelong.




Wanita merupakan kekuatan kepada cawangan Parti Keadilan Rakyat Kg Paya Pelong, dan mereka menyambut kami dengan Selamat Teduh kerana ketibaan kami di waktu petang. Jika sudah menghampiri malam disambut dengan Selamat Sengat.














Lihatlah kanak-kanak dan perjuangan Parti Keadilan adalah HARAPAN BARU UNTUK IWAQ-IWAQ (Kanak-kanak didalam Bahasa Jah Hut).










Ini adalah sebahagian dari Ahli-Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat Cawangan Kg Paya Pelong.

Selepas sedikit sebanyak ucapan dari Sdr Razak Husin, Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau, dan ucapan ringkas saya, maka kami menjamu selera dengan bubur kacang dan roti.






Di sebelah kanan sekali yang tidak berbaju itu adalah Sdr Achan Chandek, Tuan Rumah.

Rumah ini dijadikankan Markas dan Bilik Gerakan PKR calon DUN Jenderak didalam Pilihanraya Umum yang lalu.

Sdr Achan adalah seorang pejuang untuk membela nasib Orang Asli yang kental. Bukan sedikit dia menerima ugutan dan janji-janji sogokan, tetapi dia tetap berpegang teguh memperjuangkan hak kaum Orang Jah Hut, dan tidak pernah terfikir olehnya untuk mencari kepentingan sendiri. Kini Sdr Achan sentiasa diserang sakit. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Haji Ahmad Shah, Temerloh kerana serangan penyakit jantung. Dan dia kini terpaksa bergantung kepada belas ikhsan anak-anaknya untuk perbelanjaan hariannya. Dia sudah hilang upaya untuk menjalankan kerja-kerja berat.

Lihatlah tubuh badannya, begitu kurus dan susut. Kami menyerulah kepada pimpinan Parti Keadilan Rakyat di mana-mana peringkat jua pun yang mampu memberi bantuan supaya Sdr Achan mendapat rawatan, untuk pemimpin-pemimpin datang melawat Sdr Achan, bolehlah menghubungi kami ditalian 0199321260. Beliau memang memerlukan bantuan samada kewangan atau untuk rawatan.

Majlis Mesra Rakyat di Cawangan PKR Kg Paya Pelong pada 6hb Jun 2009 itu berakhir jam 6.00 petang. Dari PKR Bahagian Kuala Krau yang hadir adalah Sdr Haji Suhaimi Said, Ketua Bahagian; Sdr Razak Husin, Timbalan Ketua Bahagian; Pn Hendon Jaafar, Bendahari Bahagian; Pn Zaida Husin, Ketua Wanita Bahagian; Pn Anita Karim, Ahli Jawatankuasa Bahagian dan Sdr Ramli Lidup, AJK Bahagian.


Pada sebelah malamnya kami menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Bahagian PKR Bhg Kuala Krau di Rumah Azizan Ahmad, Kg Datuk Shariff Ahmad.

Pandangan awal semasa menunggu ketibaan ahli-ahli PKR Cawangan Kg Paya Pelong

No comments: