PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, June 15, 2009

Mesyuarat Pertama Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal Berjaya

Datuk Fauzi Abd Rahman memberikan pesanan sebelum mesyuarat Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN Pahang dimulakan, dibelakangnya Sdr Ram Ponnusamy, Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, Sdr Rabidin Kasmawi, (kiri) Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda, Suhaimi Said, Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal dan Sdr Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal.


Kuantan, 14hb Jun 2009: Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang dengan penuh bergaya dan berjaya mengadakan mesyuarat Ahli-Ahli Jawatankuasanya yang pertama di Pejabat Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang, Kuantan.
Jawatankuasa yang tidak berpegang kepada koram itu dihadiri oleh 72 orang wakil-wakil dari Rancangan-Rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal seluruh Negeri Pahang.
Mesyuarat memutuskan bahawa mulai dari tarikh ini, semua Cabang di seluruh Negeri Pahang akan menubuhkan Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal dan penumpuannya adalah untuk penubuhan-penubuhan Ranting di semua Rancangan Felda dan Perkampongan Orang Asal di seluruh Pahang.
Biro Felda dipecahkan kepada 3 zon iaitu Zon Barat terdiri daripada Cabang Lipis, Cameron Highlands, Raub dan Bentong; zon Tengah terdiri daripada Temerloh, Jerantut, Maran, Bera dan Kuala Krau dan zon Timur terdiri daripada Rompin, Pekan dan Paya Besar.
Cabang Kuantan dan Indera Mahkota dikecualikan kerana di kedua-dua Cabang itu tidak ada Rancangan Felda atau perkampongan Orang Asal.
Setiap zon itu bebas berfungsi dengan mengadakan mesyuarat, melantik ahli-ahli jawatankuasanya, mengadakan aktiviti dan program termasuk mengadakan majlis-majlis penerangan dengan ceramah-ceramah kelompok dan ceramah-ceramah umum, menubuhkan ranting-ranting dan jawatankuasa-jawatankuasa bertugas.
Perkembangan disetiap zon akan dilapurkan kepada Biro di peringkat Negeri sebulan sekali dan Biro diperingkat Negeri akan bemesyuarat sekurang-kurangnya 3 bulan sekali dengan sasarannya untuk mengadakan Konvensyen Peneroka Felda Pahang pada bulan Mac 2010, dan Konvensyen Orang Asal Pahang mengekori sebulan selepas itu.
Mesyuarat telah memilih Sdr Nordin b Pa' Wan Chik, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil untuk penyediaan Konnvensyen bagi Biro Hal Ehwal Felda dan Sdr Bob Manolan mempengerusikan Jawatankuasa Kecil untuk penyediaan Konvensyen bagi Orang Asal.
Mesyuarat bersetuju mengundang YB Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merasmikan Konvensyen Felda dan YBhg Datuk Seri Wan Azizah untuk merasmikan Konvensyen Orang Asal.

No comments: