PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, June 8, 2009

Forum Cabaran Kaum India Pada Masa Kini dan Masa Hadapan Anjuran AMK PKR

Mentakab: Bertempat di Taman Gopeng, Mentakab satu forum berkenaan Cabaran Kaum India Pada Masa Kini dan Masa Hadapan telah dianjurkan oleh AMK Temerloh pada7hb Jun 2009. Kehadiran dianggarkan seramai 150 orang dan antara ahli panel yang hadir ialah YB. Manickavasagam Ahli MPT PKR Pusat, Datuk Subramaniam dari Suhakam, Surendran seorang peguam. Turut hadir saudara Ram Ponusamy(Timbalan Pengerusi 3 PKR Pahang), saudara Rizal Jamin(Ketua AMK Pahang), saudara Ahmad Nizam Hamid(Ketua Bahagian Temerloh), dan Haji Zahari Mamat(Ketua Bahagian Paya Besar). Saudara Saravanan selaku Ketua AMK Bera merangkap exco AMK Pusat mempengerusikan majlis.
Menurut saudara Rizal Jamin, beliau berpuashati dengan komitment yang diberikan oleh AJK AMK Bera dan Temerloh kerana dapat menjayakan forum ini dengan lancar. Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada AJK-AJK AMK negeri yang turut hadir memeriahkan program ini.
Sesi soal jawab berjalan dengan rancak dengan isu-isu kaum India yang diutarakan oleh hadirin yang hadir.








No comments: