PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Saturday, February 14, 2009

Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asli

Selaku Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN Negeri Pahang, saya memohon kerjasama semua Ketua dan Setiausaha Bahagian, dan Ketua/Setiausaha AMK dan Wanita Bahagian-Bahagian untuk menubuhkan dengan segera Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal selewat-lewatnya pada atau sebelum 15hb Mac 2009.
Saya menjemput semua Ketua/Setiausaha Bahagian, semua Ketua/Setiausaha AMK dan Wanita Bahgian-Bahagian untuk hadir di mesyuarat Biro ini yang akan menggariskan dasar serta tindak gerak Biro berhubung perjuangan dikalangan masyarakat Peneroka Felda dan Orang Asal.
Perwakilan dari setiap Bahagian hendaklah seramai 10 orang mengandungi 5 wakil dari Biro Hal Ehwal Felda dan 5 wakil dari Biro Hal Ehwal Orang Asal.
Saya akan usahakan juga untuk menjemput Sdr Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK, Gen. Kedua dari PAS untuk berkongsi pendapat barng 30 minit. Sdr Datuk Fauzi akan merasmikan mesyuarat Biro tersebut iaitu pada 21hb Mac 2009 jam 2.00 petang di Hotel Seri Malaysia Temerloh.
Sila sahkan kehadiran saudara/saudari dan jumlah kehadiran dari Bahagian saudara/saudari sebelum 15hb Mac 2009.
FELDA MEMPUNYAI 300,000 LEBIH PENGUNDI-PENGUNDI DISELURUH PAHANG. MANA-MANA PARTI YANG MENGUASAI UNDI DI RANCANGAN FELDA DI PAHANG AKAN MEMENANGI NEGERI PAHANG. MARILAH KITA USAHAKAN BERSAMA.
ORANG ASAL SUDAH BERPULUH TAHUN MEMBERIKAN UNDI KEPADA BN. MARILAH KITA UBAH KEADAAN ITU BERSAMA.
BUAT KERJA BELUM TENTU MENANG, TAK BUAT KERJA SUDAH TENTU TIDAK MENANG.

No comments: