PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, January 22, 2009

Datuk Fauzi akan berceramah kepada Masyarakat Orang Asli di Kg Pelong, Kuala Krau

Datuk Fauzi telah menyatakan persetujuannya untuk berceramah dan berdailog dengan masyarakat Orang Asli di Kg Pelong Kuala Krau pada 5hb Februari akan datang.
Kampong Pelong terletak dipinggir Pekan Kerdau dan kehidupan masyarakatnya masih amat dhaif. Mereka pernah dijanjikan pelbagai projek untuk membantu ekonomi mereka tetapi sehingga kini hanyalah tinggal janji kosong sahaja.
Wakil Rakyat Barisan Nasional hanya datang ke Kampong ini dimasa pilihanraya sahaja dan selepas mereka menang wakil-wakil rakyat DUN dan Parlimen tidak akan menjenguk kampong ini.
Sebelum pilihanraya 8hb Mac lalu, masyarakat Orang Asli kampong Pelong dan dipimpin oleh Batin mereka telah mengadakan tunjuk perasaan kerana tanah yang dikatakan Rezab Orang Asli telah diluluskan oleh Kerajaan kepada 2 JKKK Mukim Kerdau dan sebahagian lagi kepada individu-individu tertentu dengan keluasan beratus-ratus ekar sedangkan Orang Asli disini kehilangan kawasan rayau dan punca rezeki dari hutan berkenaan.
Parti Keadilan Rakyat sudah pun menubuhkan Jawatankuasa Penaja untuk persediaan menubuhkan cawangan parti itu di kampong ini dan kehadiran Datuk Fauzi ke Kg Pelong akan mempercepatkan lagi proses penubuhan cawangan.
Sementara itu terdapat beberapa golongan korporat dari Kuala Lumpur yang bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh Orang Asli akan turun ke perkampongan Orang Asli di Kuala Krau untuk mengkaji bentuk bantuan yang mereka boleh sumbangkan untuk masyarakat Orang Asli, dan PKR Kuala Krau sedang mengaturkan lawatan mereka itu.

1 comment:

pendekar jahut said...

tahniah, PKR Pahang. sila beri dorongan kepada masyarakat OA Jahut di Kuala Krau.