PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, December 16, 2008

Sebutlah "Orang Asli" jangan kata hanya Bumiputra

2 hari lepas saya bertemu dengan Sdr Yusri Ohon, Ketua PKR Cawangan Sg Mai didalam Bahagian Jerantut meminta saya berpesan-pesan kepada pimpinan PKR supaya menyebut kaum Orang Asli apabila menyatakan nama-nama kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Orang Ulu, Bidayuh dan sebagainya.
Kenapa tidak sebut juga nama kaum Orang Asli dan beliau menyatakan bahawa beliau berasa tersinggung apabila Orang Asli hanya dikumpulkan didalam kategori "lain-lain kaum".
"Kami adalah orang Asal yang terbiar di Negara ini. Kamilah orang yang paling miskin dan tertindas di Negara ini. Kami tak punya apa-apa. Kami tidak ada tanah, kami tidak ada ladang, kami tidak ada sumber pendapatan tetapi, kaum kamilah yang mempunyai pengangguran yang paling besar, pendapatan kaum kami sangat kecil, kami dibiarkan dari segi kesihatan, kami terbiar dari segi pendidikan, dan kamilah sebenarnya simbol perjuangan rakyat tertindas, tetapi kenapa kaum kami tak nak disebut langsung didalam ucapan-ucapan pemimpin?"
"Adakah PKR nanti akan mempunyai dasar yang sama dengan UMNO yang hanya pandai memperkudakan kaum kami, Orang Asli?" tanya Yusri.
"Saya menyokong perjuangan PKR, dan saya membawa penduduk kampong saya menyertai PKR dan disamping itu saya pergi kesemua kampong-kampong berdekatan supaya menubuhkan cawangan-cawangan PKR, dan saya anggap PKRlah penyelamat kepada kaum kami, Orang Asli. Jadi janganlah tinggalkan kami, sebutlah nama kaum kami didalam ucapan-ucapan, dan jangan longgokkan kami dengan kategori "lain-lain kaum", " Kata Yusri.
"Boleh tak Tuan Haji peringatkan pimpinan PKR supaya memberi sedikit penghormatan kepada kaum kami? tanya Yusri.
Ya, memang benar. Saya sendiri udah banyak mendengar ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin PKR, memang tak disebut pun kaum Orang Asal atau Orang Asli ini, yang disebut adalah kaum-kaum Bumiputra di Sabah dan Sarawak, hafaz sungguh pemimpin-pemimpin dengan nama-nama kaum disana, tapi tak teringat dengan kaum Orang Asli di Semenanjung.
Adalah diharapkan dengan penulisan melalui blog PKR Pahang ini, pemimpin-pemimpin diperingatkan!

No comments: