PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, December 12, 2008

PKR Cawangan Kg Penderas, Kuala Krau

Satu lagi cawangan PKR di perkampongan Orang Asli di Kuala Krau akan ditubuhkan dan akan dirasmikan olehSdr Chegu Bard, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat pada 17hb Disember 2008 jam 4.00 petang di Rumah Sdr Ahmad bin Dagu.
Sdr Chegu Bard akan diiringi oleh Sdr Ram Ponnusamy, Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang.
Kg Penderas adalah nadi kerja bagi kampong-kampong Orang Asli di Dun Jenderak. Hanya disana sahajalah terdapat Sekolah Kebangsaan dan klinik dan di kampong inilah dijadikan contoh oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk merujukkan kononnya masyarakat Orang Asli sudah mendapat kemudahan modern.
Dari segi keadilan sosial dan pembangunan penduduk, Kg Penderas tidak banyk bezanya dengan kampong-kampong Orang Asli di sekitar DUN Jenderak ini. Pengangguran adalah tinggi dikalangan penduduk khususnya dikalangan anak-anak muda, pendapatan penduduk yang hanya bergantung kepada pengeluaran barang hutan dan bercucuk tanam secara tradisional adalah kecil dan taraf kehidupan mereka adalah rendah.
Pembangunan yang kononnya untuk menaikkan taraf kehidupan Orang Asli ini hanyalah "Indah Kabar dari Rupa" dan segala peruntukan Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli lebih bertumpu kepada hiasan luaran dan tidak sampai kepada penduduk.
Mereka masih kelaparan tanah dan tuntutan mereka untuk mendapatkan geran tanah bagi tanah-tanah kediaman dan pertanian masih tidak dilayan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Penduduk Kg Penderas telah membuka lembaran baru untuk memperjuangkan nasib mereka. Biasanya, apabila tertubuh sebuah cawangan parti pembangkang di perkampongan Orang Asli, akan diikuti dengan sedikit sebanyak perkembangan pembangunan.
Apa yang telah berlaku disini sejak PKR menjejakkan kakinya sudah banyak mendapat perubahan seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik untuk lampu jalan, bekalan elektrik kerumah-rumah dan lebih banyak rumah-rumah bertaraf PPRT didirikan. Akhir sekali kini Tok-Tok Batin telah ditambah elaun bulanan mereka.
Dengan penubuhan cawangan baru di Kg Penderas ini nanti akan menyaksikan pelbagai perubahan dan Orang Asli tidak akan kerugian apa-apa jika mereka menyertai Parti Keadilan Rakyat.
PKR Bahagian Kuala Krau menjemput Orang Ramai dan pendokong-pendokong Pakatan Rakyat di seluruh Pahang menghadiri Majlis Perasmian PKR Cawangan Kg Penderas pada 17.12.08, jam 4.00 petang di Rumah Sdr Ahmad bin Dagu, Kg Penderas, Kuala Krau.

No comments: