PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, December 16, 2008

Penderas sudah bersedia menerima Parti Keadilan Rakyat

Terasa amat terkilan jika saya tidak menemui Sdr Jahidin di Kg Mendoi yang dimarahi oleh Ketua UMNO Cawangan kampong itu kerana keluar dari UMNO dan menertai keahlian Parti Keadilan Rakyat.



Maka jam 4.00 petang tadi saya pergi ke rumah Jahidin, sedang molek, dia berada di rumah. Dan berceritalah dia akan kejadian dia dan Jamil dimarah oleh Ketua Cawangan UMNO kampong Mendoi.
Saya memberi penerangan kepada beliau bahawa setiap ahli masyarakat dewasa boleh memilih parti politik yang dia suka dan tidak ada paksaan untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya ambil contoh bahawa Tun Dr Mahathir Mohamed adalah pengasas UMNO Baru dan menjadi Presiden UMNO untuk kesekian lama, tetapi beliau pun akhirnya keluar dari UMNO. Itu adalah pilihan dia, tak ada sesiapa yang boleh paksa dia kekal didalam UMNO.
Begitulah dengan setiap rakyat Malaysia, bebas bagi dirinya untuk menertai mana-mana parti politik dan bebas baginya untuk meninggalkan UMNO apabila dia sudah tidak lagi yakin bahawa UMNO itu serasi dengan naluri perjuangannya.
Syukurlah, Jahidin faham, dan dia mengatakan dia akan terus kekal dengan keahlian Parti Keadilan Rakyat.
Kemudian dia membantu saya turut mengedarkan risalah kepada penduduk kampong Mendoi. Selesai di Mendoi, saya ditemani pula lagi oleh kumpulan AMK Kg Paya Luas seramai 5 orang diketuai oleh Sdr Hafez Harun. Kami terus ke Penderas dan mengedarkan risalah kesetiap buah rumah di Penderas membawa ke Kg Pasu.
Kami sempat menemui Sdr Kin Kassim dan Sdr Ahmad Dagu. Kin menyatakan bahawa ahli-ahli di Kg Penderas akan memasang bendera PKR dari pintu gerbang memasukki kampong Penderas membawalah ke rumah Ahmad Dagu tempat perasmian PKR Cawangan Penderas jam 4.00 petang esuk (17.12.08). Cawangan tersebut akan dirasmikan oleh Sdr Chegu Bard dengan Sdr Ram Ponnusamy turut berucap.
Kin Kassim berkata bahawa Penderas yang selama ini menjadi kubu UMNO di perkampongan Orang Asli di kawasan DUN Jenderak sudah bersedia menerima Parti Keadilan Rakyat. Dengan runtuhnya kubu UMNO itu menandakan bahawa kesemua perkampongan Orang Asli di kawasan ini boleh menerima Parti Keadilan Rakyat.
Malam ini kami mengadakan Mesyuarat JK Tergempar PKR Kuala Krau kerana DS Presiden tidak dapat merasmikan penubuhan PKR Bahagian Kuala Krau kerana pada 26hb Disember itu beliau berada di luar Negara. Sdr Chegu Bard, YB Teresa Kok dan Ustaz Kamil Shaari telah pun mengesahkan bahawa mereka akan hadir didalam Ceramah Perdana pada 26hb Disember 2008, dan mesyuarat tergempar tersebut adalah untuk memutuskan samada penubuhan PKR Bahagian Kuala Krau perlu dirasmikan oleh mana-mana Ahli MPT yang hadir di Ceramah Perdana tersebut.
Bagaimanapun, Pengerusi Perhubungan PKR Pahang, Sdr Zakaria Hamid telah sudi hadir di Mesyuarat Agung Penubuhan tersebut dan seterusnya merasmikan mesyuarat tersebut.

No comments: