PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Sunday, December 14, 2008

Kempen Keahlian Baru untuk PKR Kuala Krau

PKR Bahagian Kuala Krau khususnya di DUN Jenderak akan menjalankan kempen secara besar-besaran bagi menarik keahlian baru dikalangan pengundi-pengundi.
Sehingga kini dihampir seluruh perkampongan didalam DUN Jenderak sudah tertubuh cawangan-cawangan baru yang ditubuhkan oleh ahli-ahli UMNO, Gerakan dan MIC, dan PKR Kuala Krau mengambil pendekatan iaitu dengan cara seorang ahli membawa masuk seorang ahli baru setiap 2 minggu sekali dan jumlah sasaran keahlian baru adalah 2500 orang menjelang bulan Jun 2009.
Sasaran PKR dikalangan masyarakat Orang Asli pula ialah 1000 orang ahli baru dan dengan penubuhan cawangan-cawangan baru di Kg Penderas, Kg Galung, Kg Mendoi dan Kg Seboi, sasaran ini akan menjadi kenyataan menjelang Jun 2009.
Adalah diingatkan bahawa kekalahan calon PKR untuk DUN Jenderak didalam PRU ke-12 hanyalah 1300 undi sahaja.
PKR Cawangan Kg Penderas yang akan dirasmikan penubuhannya oleh Ahli Majlis Tertinggi PKR, Sdr Chegu Bard pada 17hb Disember 2008 sudah pun mengumpulkan keahlian baru seramai 40 orang dipimpin oleh Sdr Kin Kassim, bekas ahli UMNO Cawangan Penderas; manakala PKR Cawangan Kg Paya Luas yang ditubuhkan pada 5hb Disember lalu sudah mencatatkan keahlian menghampiri 60 orang kebanyakannya dari kalangan ahli-ahli UMNO yang sudah hilang keyakinan kepada dasar dan pimpinan UMNO.

No comments: